SEUNTAI KATA PEMBUKA BICARA...

Top 50 hình ảnh động chúc mừng năm mới - Happy New Year 2020 | Happy new  year gif, Happy new year images, New year gif

Selamat Datang, Salam Sejahtera, Selamat Tahun Baru 2018!!! Anda sangat dialu-alukan dalam blog ini. Semoga segala informasi yang dipaparkan dapat membantu kalian.

Saya percaya masih ada yang empunya rencana dan cita-cita yang masih belum terlaksana di tahun yang lalu dan meletakkan visi baru di Tahun Baru ini dengan tekad dan azam yang lebih baik. Kita semua pastinya rasa sangat bersyukur kerana masih diberi kesempatan dan nafas baru di tahun baru ini terus memperbaiki diri meniti puncak kejayaan yang diidamkan sesuai dengan rencana-Nya.

Menyedari akan hakikat itu, teruskan usaha murni kita masing-masing untuk mentransformasikan diri melalui pendidikan kerana hanya melaluinya perubahan dalam segenap aspek akan dicapai!

Ingatlah bahawa KEJAYAAN banyak terletak pada usaha DIRI SENDIRI dan semangat yang tidak pernah mengenal erti putus asa. Pepatah mengatakan di mana ada kemahuan, di situ ada jalan dan kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya kerana yang bulat takkan datang bergolek dan yang pipih takkan datang melayang!

Semoga kita semua beroleh kebahagiaan dan kejayaan yang paling cemerlang sebagaimana yang dihajati dengan izin, bimbingan dan petunjuk daripada TUHAN. Oleh itu, janganlah lupa untuk sentiasa berdoa dan mengucap Syukur ke atas segala yang telah kita nikmati selama ini.

SELAMAT MAJU JAYA & TERUSKAN USAHA YANG DISERTAI DENGAN KESUNGGUHAN TINGGI KE ARAH KECEMERLANGAN DIRI, KELUARGA, BANGSA DAN NEGARA YANG TERCINTA!!!

Saturday 16 June 2012

Pendekatan Sistem


Apa itu sistem?

R.J. Chorley dlm bukunya Physical Geography: A System Approach menyatakan bahawa sistem ASF sbg satu set angkubah atau unsur yg saling bertindak (berinteraksi) antara satu sama lain.

Ciri-ciri sistem ASF?

1. Mempunyai angkubah / unsur yg saling berinteraksi.
2. Mempunyai sempadan yg jelas.
3. Mempunyai input & output.
4. Mempunyai tenaga / bahan yg boleh keluar masuk drp sempadan.
5. Sentiasa beroperasi utk mencapai tahap keseimbangan / pemulihan kendiri.

Jenis-Jenis Sistem?
1) Sistem terpencil (isolated system)
- mpunyai sempadan yg tertutup.
- x pengaliran keluar-masuk tenaga & bahan ke dlmnya.
- x dlm alam nyata ttp hanya dlm makmal shj.
- cth: gas di dlm tabung uji (test tube).
  
2) Sistem tertutup (closed system)
- mpunyai sempadan yg ttu.
- hanya benarkan pertukaran & keluar masuk tenaga shj.
- x input-output bahan.
- cth: Bumi dgn Matahari - yakni bumi hanya terima tenaga suria, x bhn.

3) Sistem terbuka (open system)
-  mbenarkan kedua-dua bhn & tenaga masuk-keluar menerusi sempadan.
- akan bgerak & beroperasi sehingga mcapai tahap stabil (keseimbangan).
- ini bmakna, input-output bhn & tenaga adalah sama byk.
- byk tdpt dlm alam nyata di peringkat makro & mikro.
- cth: sistem ekologi (makro), dipecahkan lagi ke tahap mikro spt ekosistem hutan, ekosistem daratan, ekosistem tasik/kolam, ekosistem muara, dsb.

Ahli Geografi juga membahagikan ASF kpd;



1) Sistem berstruktur (juga dikenali sbg sistem morfologi)
- tdr drp ciri2 fizikal yg formal yg bgabung mbtuk unit/bhgn fizikal yg beroperasi.
- setiap unit sistem ini mpyai unsur2 yg saling berinteraksi.
- cth: morfologi sistem pantai tdr drp cerun2 pantai, taburan bijian pasir2 pantai, keteguhan pantai, kekuatan ombak, arus, pasang-surut dsb utk mbtuk unit morfologi pantai yg unik.
- proses penting sistem - jika blaku perubahan thdp salah 1 usr/parameternya, usr2 yg lain turut berubah utk mcapai keseimbangan yg baru.
  
2) Sistem berfungsi (juga dikenali sbg sistem lata)
- bsifat sehala.
- merujuk kpd rantaian sub-sistem yg mengandungi input, storan & output bhn & tenaga.
- output bhn & tenaga dr 1 subsistem dlm sistem ini akan mjadi input kpd subsistem yg lain.
- cth: kitar hidrologi.
- yg penting, dlm sistem lata ini mesti sentiasa wujud 1 jujukan input-output yg berterusan.

3) Sistem interaktif / sistem proses-tindak balas (gabungan sistem bstruktur & sistem bfungsi)
- merupakan jalinan/gabungan/kombinasi antara sistem morfologi & sitem lata yg sama atau bkait rapat antara satu sama lain.
- cth: kemampuan serapan tanih (susupan air ke dlm tanih) merupakan parameter (unsur) penting dlm unit morfologi cerun & pd masa yg sama, ia juga menjadi storan air dlm sistem lata a/bila air yg diserap tanih tsimpan dlm akuifer. Seterusnya, air yg tsimpan dlm akuifer ini akan mengalir mjadi input kpd saliran khususnya sungai yg mjadi komponen penting kpd sistem morfologi.
- di sini wujud kombinasi/ saling-kaitan yg tidak boleh dipisahkan antara sistem morfologi dgn sistem lata.
-