Saturday, 2 July 2011

Kejadian Empat Musim







Kejadian empat musim merujuk kepada fenomena alam yang berlaku kesan daripada peredaran bumi mengelilingi matahari pada orbitnya yang tersendiri. Fenomena ini berlaku pada setiap tahun, terutamanya di negara-negara yang mengalami iklim empat musim seperti negara-negara Eropah dan Asia.

Terdapat empat musim yang dikaitkan dengan fenomena ini, iaitu;
     i) ekuinoks musim bunga (21 Mac)
     ii) solstis musim panas (21 Jun)
     iii) ekuinoks musim luruh (23 September)
     iv) solstis musim sejuk/dingin (22 Disember)

Apa itu ekuinoks dan solstis?

Fenomena ekuinoks merujuk kepada kedudukan matahari tegak di Garisan Khatulistiwa. Manakala solstis pula merujuk kepada kedudukan matahari tegak di atas Garisan Sartan dan Garisan Jadi.

Perubahan fizikal yang berlaku di permukaan bumi semasa kejadian empat musim.

Kejadian empat musim yang berlaku menyebabkan beberapa perubahan fizikal di permukaan bumi, iaitu semasa berlakunya;

i) Ekuinoks musim bunga.
- setiap 21 Mac.
- matahari tegak berada tepat di Garisan Khatulistiwa.

- berlaku musim bunga di hemisfera utara, sebaliknya musim luruh di hemisfera selatan.
- tempoh siang dan malam adalah sama panjang.

ii) Solstis musim panas.
- setiap 21 Jun.
- matahari tegak di Garisan Sartan.
- berlaku musim panas di hemisfera utara, sebaliknya musim dingin di hemisfera selatan.
- tempoh siang dan malam tidak sama panjang, 24 jam siang di kutub utara dan 24 jam malam di kutub selatan.

iii) Ekuinoks musim luruh.
- setiap 23 September.
- matahari tegak di Garisan Khatulistiwa.
- berlaku musim luruh di hemisfera utara, sebaliknya musim bunga di hemisfera selatan.
- siang dan malam adalah sama panjang.

iv) Solstis musim sejuk/dingin.
- setiap 22 Disember.
- matahari tegak di Garisan Jadi.
- berlaku musim dingin di hemisfera utara, sebaliknya musim panas di hemisfera selatan.
- siang dan malam tidak sama panjang, 24 jam siang di kutub selatan dan 24 jam malam di kutub utara.

Kesimpulan

Kewujudan musim-musim yang berlainan ini mewujudkan perubahan unik terhadap ciri-ciri fizikal di muka bumi ini yang sudah pastinya sangat mengujakan dan mempersonakan. Perbezaan ini sudah tentunya mempengaruhi pelabagi aktiviti seluruh hidupan yang mendiami muka bumi ini, terutamanya manusia.  

Ia juga menunjukkan kepda kita betapa indahnya ciptaan Tuhan. Oleh itu, kita sebagai manusia hendaklah sedar akan tanggungjawab besar kita untuk mengekalkan keindahan yang sedia ada ini sewajarnya.

KONSEP GEOMORFOLOGI DAN PROSES-PROSESNYA

Konsep Geomorfologi

- Istilah Geomorfologi berasal daripada perkataan Yunani/Greek: γη, ge, "bumi"; μορφή, morfé, "bentuk"; dan λόγος, logos, "pengetahuan".
- ketiga-tiga perkataan ini apabila digabungkan bermaksud kajian/pengetahuan tentang bentuk-bentuk permukaan bumi.
- ia juga berkaitan dengan kajian tentang proses-proses yang berlaku secara semulajadi ke atas fizikal daratan atau lautan dan pada akhirnya membentuk bentuk muka bumi yang baru iaitu permukaan yang terhasil adalah jauh berbeza dengan pembentukan asalnya.

Proses-Proses Geomorfologi
- merujuk kpd semua proses fizikal, kimia & biologi yg bert/jwb dlm membentuk dan mengubah bentuk muka bumi/ pandang darat fizikal (sama ada secara makro/ mikro).

- proses geomorfologi tbhg kpd 2, iaitu:

i) Proses endogenik (Endogenetik/Dalaman)

ii) Proses eksogenik (Eksogenetik/Luaran)
 
 1. Proses Endogenik (Endogenetik/Dalaman)

-proses yg bpunca/ berasal dr dlm bumi (tenaga endogen) .

-cth/bentuk tenaga: tenaga magnetik bumi, graviti & pergrakan plat.
Gunung berapi St. Helens
- bperanan mbtk & ubah pmb.
            -Termasuk dalam klasifikasi ini adalah: Vulkanisme dan  
              Diastrofisme.
    http://nadyaryes.files.wordpress.com/2012/10/ysqt8rer.jpg
Hanyutan benua : Dunia masa kini berasal daripada satu benua tunggal PANGEA
dan satu lautan purba PANTHALASSA
-Cth: pergerakan tektonik, lipatan kerak bumi (orogenesis), gelinciran, gempa bumi, gunung berapi & aktiviti igneus, hanyutan benua serta metamorfosisme batuan
- semua proses fizikalnya dijanakan oleh tenaga dalaman bumi seperti tenaga radiogenik, tenaga vulkanik, tenaga seismik, tenaga geoterma dan tenaga magnetik bumi. 
- mempengaruhi pelbagai proses fizikal yang berlaku di muka bumi seperti letusan gunung berapi, gempa bumi, tsunami, hanyutan benua & pembentukan sistem gunung lipat. 

2.Proses Eksogenik(Eksogenetik/ Luaran)
            -Epigene (menurut Lawson) atau Exogeneous (menurut Penk); Geomorphic processes yang berasal dari luar kerak bumi.
-Proses yg blaku di luar bumi @ luar pmb (tenaga eksogen).



-Punca tenagachy m/h (tenaga suria) yg mewujudkan  tenaga kinetik, tenaga bahangan & tenaga keupayaan.

-Cth: proses luluhawa, hakisan, pengangkutan, pemendapan & gerakan jisim.


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEizq8dWkwEV_ZsFrvLQdo651zBLf4CEWM2APbQj0xn-JSRg2ABXz6799A3xIJQs2VTrarQjUxWhYhHyNMDUkLWvPyGT7GqW47va6VDQyuSUon8B7VW96SEF8BNpQI8N_6lr2AXnnd9Fhyyi/s1600/after.jpg
Cahaya matahari membekalkan kehidupan dan menjana
pelbagai proses fizikal yang berlaku di muka bumi

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhNCIe9m8_i9zn2ghmYLrfQzK0D0Bn4NLwkB2KDUmvUpv_qj8NTzM2M65esLvJTedGDcaCoTUoH0ZlShewurFEkddMjMYMDExa083G5T9UusquNe20hAAypmQ5EyB4k1Ugjvxo3KT1_b6U/s1600/gambar_sungai.jpg https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgbfPv69gc6DWV6MQLq6HL-9Rumy4xTWkZ75cwyA1jtPfe78TbdEAr3dpWlacbJfidQDAMQfoP6NOWD-pweFNQsvCy3D1vw5z2g0m8Qvzj6S3Chx5qQhyphenhyphenA2Gz8ctN7AQEzUjkmR9ZDCvSn3/s1600/Liku+sungai.jpg
Sungai menjalankan proses hakisan, pengangkutan dan pemendapan mendapat punca tenaganya daripada cahaya matahari