Tuesday, 8 October 2013

OMyGeography!!!

Nyatakan proses berlakunya gerakan jisim perlahan secara kesotan tanih.

Gerakan jisim - semua bahan yang terluluhawa seperti regolit dan sebagai bergerak menuruni cerun dari bahagian atas ke bahagian bawah cerun akibat tarikan graviti.

Jenis-jenis:

a) Aliran cepat/laju
b) Aliran perlahan/lambat


Fenomena gerakan jisim melibatkan beberapa proses seperti kerpasan (hujan), susupan, tanih menjadi tepu (mbentuk air permukaan), daya graviti (ini myebabkan air permukaan td bergerak menuruni cerun utk mbtuk larian pmukaan yg bertindak menghakis pmukaan cerun dan mbentuk galir/galur), hasilnya (kesotan tanih, tanah runtuh, dsb...)

Kesan negatif fenomena gerakan jisim

1. Kerosakan ekosistem semulajadi
2. Kemusnahan habitat flora & fauna
3. Kerosakan infrastruktur & harta benda
4. Mengancam keselamatan penduduk - kemalangan jiwa/kematian & kecederaan
5. Kesan psikologi - mangsa jadi trauma akibat kejadian yg menimpa
6. Menjejaskan ekonomi - kerajaan tpaksa tanggung kos & kerugian akibat kejadian gerakan jisim yg blaku