Monday 6 July 2015

TABURAN DARATAN DAN LAUTAN

Berikan Balasan Batalkan balasan
Permukaan daratan dan lautan pada asalnya daripada
hanya satu benua tunggal PANGEA dan
satu lautan purba PANTHALASSA 

Pengenalan
  • Taburan daratan dan lautan dapat dilihat daripada 2 sudut/ perspektif, umum dan terperinci, iaitu ;
i) taburan secara umum
- 71% daripada permukaan bumi asdalah lautan, dan 29% adalah daratan dan pulau-pulau.

ii) taburan secara terperinci 
- terdapat 7 daratan benua utama (Asia, Australia, Eropah, Afrika, Amerika Utara, Amerika Selatan dan Antartika.
- 5 lautan utama (Lautan Pasifik, Lautan Hindi, Lautan Atlantik, Lautan Selatan (Antartika) dan Lautan Artik. 

  • Hemisfera Utara mempunyai kwsn daratan yg lebih luas, iaitu meliputi 39.4% berbanding 18.6% daratan di Hemisfera Selatan.

Permukaan daratan dan lautan masa kini

KONSEP DARATAN
  • Daratan merujuk kepada semua jenis tanah atau daratan yang timbul dari permukaan aras laut termasuk bahagian daratan berhampiran yang cetek dan tenggelam yang dinamakan pentas benua. Pulau-pulau dan gugusan pulau termasuk dalam istilah daratan atau benua ini. 
  • Terdapat tujuh kawasan daratan yang diistilahkan sebagai benua di permukaan bumi iaitu Afrika, Amerika Utara, Amerika Tengah dan Selatan, Asia, Eropah, Australia ( termasuk New zealand ), dan Antartika.
Daratan Benua
  • Daratan benua terdiri daripada 2 bahagian;
  1. pentas benua
  2. pergunungan
Pentas benua
  • ialah lapisan kerak bumi yg terdapat di pinggir benua dan bercerun landai hingga ke tubir benua.
  • ianya merupakan kwsn yg cetek dgn kedalaman kurang drp 180m dgn lebar dan panjang yg berbeza-beza antara satu sama lain (80 - 1 500km).
  • terdr drp pelbagai jenis mendapan/sedimen laut (tanah lanar, tanah liat, kelodak, pasir dan sisa hidupan yg telah mati spt cangkerang).
Dataran tinggi
  • Merujuk kepada kawasan tanah tinggi yang mempunyai puncak agak rata dan luas. 
  • Mempunyai bahagian tepi yang bercerun curam dan bertebing tinggi. 
  • Jenis-jenis dataran yang utama ialah dataran tinggi tektonik seperti dataran Tinggi Deccan, dataran Tinggi Arab, dataran tinggi antara gunung seperti daratan Tinggi British Columbia, Colorado dan Tibet , dataran tinggi sisa seperti Dataran Tinggi Rhine Tengah dan dataran tinggi gunung berapi seperti Dataran Tinggi Columbia –Snake.

Sistem gunung lipat dan banjaran gunung
  • Melibatkan kedutan lapisan kerak bumi akibat daripada kuasa tekanan dan asakan terhadap kerak bumi. 
  • Berlaku sejak 600 juta tahun yang lalu yang menghasilkan gunung lipat muda dan gunung lipat tua. 
  • Proses pembentukannya dikenali sebagai orogenesis.     

Tanah Pamah    
  • Tanah Pamah atau dataran adalah merupakan kawasan tanah rendah yang rata atau beralun tetapi jarang melebihi beberapa ratus kilometer dari aras laut. 
  • Tanah pamah merupakan kawasan yang paling subur di sesebuah negara dan selalunya digunakan sebagai kawasan petempatan, pertanian dan perindusterian. 
  • Tanah pamah boleh dibahagi kepada tiga jenis yang utama iaitu berdasarkan kepada asal kejadiannya :
  1. Dataran beralun
  2. Dataran mendap
  3. Dataran hakis
Dataran pantai 
  • Terbentuk daripada enapan sedimen seperti pasir , kelodak, lempung, batu lada dan sebagainya yang berasal dari laut. 
  • Bahan-bahan ini dimendapkan di dataran pantai dan  terbentuklah paya masin, kukup, tanah pamah pasang surut dan tanah pamah muara. 
  • Penimbulan bumi mungkin meninggikan sedikit kedudukan pinggir pantai dan membentuk dataran pantai timbul.

TABURAN LAUTAN 
    Profil rentas dasar lautan
  • 70% permukaan bumi terdiri daripada laut dan lautan Lautan utama ialah lautan Pasifik, lautan Atlantik, lautan Hindi, lautan Artik dan laut-laut lain yang lebih kecil saiznya.
BENTUK MUKA BUMI LAUTAN

Tubir benua      
  • Tubir benua atau zon batial merujuk kepada bahagian dasar laut yang bercerun curam dan terletak antara pentas benua dan zon laut dalam.
  • Kecuramannya antara 5 º hingga 27 º dan menganjur ke laut hingga sedalam 3 700 meter. 
  • Permukaannya mempunyai pelbagai bentuk yang kompleks seperti jurang, bukit-bukit dan permatang-permatang dasar laut. 
Jurang lautan 
  • Merupakan bahagian lautan yang paling dalam iaitu antara 7000 meter hingga 11 000 meter.
  • Terbentuk akibat pergerakan bumi dasar laut seperti gerakan tektonik yang  menyebabkan   satu bahagian dasar laut mengalami pengantaman dan seterusnya terjatuh jauh ke dalam  kerak bumi.
  • Terdapat beberapa jurang yang terkenal seperti Jurang Mariana dan Jurang Mindanao yang terletak berhampiran perairan Filipina. 
  • Jurang-jurang lain ialah Jurang Jawa, Jurang Puerto Rico dan Jurang Jepun.    

Permatang dan Rabung dasar laut 
  • Terbentuk akibat  daripada gelinciran,lipatan ,aktiviti gunung berapi dasar laut dan proses orogenik. 
  • Kejadian geliciran menghasilkan gunung bongkah dasar laut, proses lipatan di dasar laut menghasilkan rabung dasar laut dan pengeluaran lava gunung berapi  dan proses orogenik akan menghasilkan banjaran-banjaran gunung spertimana di daratan. 
  • Satu contoh permatang dan rabung dasar laut ialah Permatang Tengah yang menganjur dari timur laut ke tenggara . Terdapat puncak-puncak yang ketinggiannya melebihi 1,000 meter, lurah dan teres-teres. 

Dataran tinggi dasar laut
  • Merujuk kepada kawasan-kawasan tanah tinggi di dasar laut yang mempunyai puncak yang agak rata dan luas 
  • Di puncak dataran tinggi ini terdapat gunung-gunung brapi perisai,gunung dasar dasar laut dan gunung datar dasar laut. 
  • Contoh, Dataran Tinggi Albatross di Lautan Pasifik, Dataran Tinggi Syechelles di Lautan Hindi dan Dataran Tinggi Azores di Lautan Atlantik Utara.
Pelantar Benua, Jurang Dan Pematang Tengah Lautan