SEUNTAI KATA PEMBUKA BICARA...

Top 50 hình ảnh động chúc mừng năm mới - Happy New Year 2020 | Happy new  year gif, Happy new year images, New year gif

Selamat Datang, Salam Sejahtera, Selamat Tahun Baru 2018!!! Anda sangat dialu-alukan dalam blog ini. Semoga segala informasi yang dipaparkan dapat membantu kalian.

Saya percaya masih ada yang empunya rencana dan cita-cita yang masih belum terlaksana di tahun yang lalu dan meletakkan visi baru di Tahun Baru ini dengan tekad dan azam yang lebih baik. Kita semua pastinya rasa sangat bersyukur kerana masih diberi kesempatan dan nafas baru di tahun baru ini terus memperbaiki diri meniti puncak kejayaan yang diidamkan sesuai dengan rencana-Nya.

Menyedari akan hakikat itu, teruskan usaha murni kita masing-masing untuk mentransformasikan diri melalui pendidikan kerana hanya melaluinya perubahan dalam segenap aspek akan dicapai!

Ingatlah bahawa KEJAYAAN banyak terletak pada usaha DIRI SENDIRI dan semangat yang tidak pernah mengenal erti putus asa. Pepatah mengatakan di mana ada kemahuan, di situ ada jalan dan kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya kerana yang bulat takkan datang bergolek dan yang pipih takkan datang melayang!

Semoga kita semua beroleh kebahagiaan dan kejayaan yang paling cemerlang sebagaimana yang dihajati dengan izin, bimbingan dan petunjuk daripada TUHAN. Oleh itu, janganlah lupa untuk sentiasa berdoa dan mengucap Syukur ke atas segala yang telah kita nikmati selama ini.

SELAMAT MAJU JAYA & TERUSKAN USAHA YANG DISERTAI DENGAN KESUNGGUHAN TINGGI KE ARAH KECEMERLANGAN DIRI, KELUARGA, BANGSA DAN NEGARA YANG TERCINTA!!!

Wednesday, 20 April 2011

Langkah-langkah Mengatasi Kemerosotan Ekosistem Tasik

Pemandangan indah di Tasik Kenyir
       Negara kita sememangnya sangat terkenal dengan keindahan flora dan faunanya dikalangan para pelancong baik dari dalam negeri mahupun dari luar negeri. Banyak panorama dan pengalaman menarik yang boleh dinikmati seperti rangkaian pantai-pantai, taman-taman negara, hutan-hutan simpan, tasik-tasik dan sebagainya yang menyerlahkan keunikannya yang tersendiri.

       Walau bagaimanapun, keindahan ini tidak dapat lari daripada isu-isu alam sekitar yang saban hari terpampang dan tersiar di pelbagai media cetak dan elektronik seperti pembalakan haram, pencemaran alam sekitar, pengeboman ikan dan sebagainya. Begitu banyak isu dan permasalahan yang melibatkan alam sekitar di negara kita. Malahan di seluruh dunia sekalipun. Apakah yang menyebabkan semua permasalahan ini? Mengapa mesti berlaku kemusnahan khazanah alam yang sebenarnya lebih awal wujud di muka bumi ini sebelum kewujudan manusia? Banyak lagi persoalan-persoalan yang bersangkut paut dengan alam sekitar. 
      
          Tidak dapat lari daripada isu-isu seperti ini ialah tasik-tasik. Sebarang elemen (sama ada semulajadi atau akibat aktiviti manusia) yang mengganggu keseimbangan tasik, akan memusnahkan ekosistem tasik berkenaan. Hakikatnya, walau apa jua isu dan masalah yang mengancam ekosistem tasik itu, langkah-langkah pemuliharaan dan pemeliharan perlu diambil oleh semua pihak di setiap peringkat. Nilai-nilai pembangunan lestari perlu diletakkan sebagai kepentingan utama oleh para pemaju dan pengusaha yang terlibat dalam pelbagai projek pembangunan sosioekonomi.

Pencemaran yang mengancam ekosistem tasik
       Terdapat beberapa usaha yang boleh diambil bagi mengatasi masalah kemerosotan ekosistem tasik di negara kita. Dalam hal ini, antara langkah-langkah yang boleh dilaksanakan adalah seperti ;

1) Langkah perundangan.

i) Penguatkuasaan undang-undang.

- laksanakan pengawasan dan pemantauan teliti, tindakan tegas termasuk mengenakan denda dan kompaun, tarik balik lesen operasi, penjara terhadap mana-mana individu atau pihak yang didapati mencemarkan sumber-sumber air tasik sama ada pengusaha kilang, petani, penternak, pemilik restoran, orang perseorangan dan sebagainya.
Logo JAS
- dilaksanakan oleh JAS selaku agensi kerajaan yang bertanggungjawab dan diberi kuasa sepenuhnya di bawah Akta Kualiti Alam Sekitar 1974.
- kerjasama daripada pihak kerajaan yang lain dan agensi bukan kerajaan (NGOs) serta pihak media sepeti TV3 amat perlu dalam memantau, mengawal-selia dan melaporkan segala aktiviti ekonomi yang dikenalpasti berpotensi mengancam ekosistem sesebuah tasik.
- ini sangat penting agar langkah pencegahan di peringkat awal dapat diambil.
- untuk itu, JAS perlu cepat bertindak terhadap setiap laporan yang dikemukakan.

ii) Mewartakan tasik-tasik sebagai taman perlindungan
- Tasik Chini, Tasik Kenyir, Taman Tasik Pergau, Taman Tasik Permaisuri (Cheras, KL) dsb.

2) Langkah pengurusan strategik

i) Merawat air tasik yang tercemar khususnya akibat pencemaran sisa kilang dan air kumbahan.

ii) Menyedia dan memperbanyakkan loji rawatan air
- dalam hal ini, hanya air yang telah dirawat sahaja dibenarkan dialirkan semula ke dalam tasik.
- loji perawatan ditempatkan di sekitar tebing tasik.

iii) Menyediakan sistem perangkap sampah yang efisien
- perlu utk bersihkan sungai dan seterusnya menyekat aliran sampah daripada memasuki sistem tasik melalui sungai-sungai.

iv) Pihak pengusaha kilang-kilang perlu bertanggungjawab supaya tidak menjadikan tasik  sebagai tempat pembuangan sisa industri mereka.
- sisa efluen dirawat di tempat khusus dan bukannya dibuang terus ke dalam tasik.

v) Mempertingkatkan usaha R&D serta teknologi.
- perlu dijalankan dari semasa ke semasa untuk mewujudkan teknologi kitar semula air atau mengubah teknologi perindustrian yang tidak mencemarkan air tasik bagi menjamin sumber-sumber air tasik yang bersih di masa hadapan.
Kempen kesedaran alam sekitar

3) Kempen kesedaran dan pendidikan alam sekitar.
- perlu untuk menyedarkan segenap lapisan masyarakat tentang kepentingan menjaga dan memelihara tasik dan air tasik sebagai sumber penerus kepada kehidupan.
- kempen "Hargailah Air", "Sungaiku Hidupku", "Cintailah Sungai Kita" "Cintai Alam Sekitar", Sambutan Hari Air Sedunia dan sebagainya.
- pendidikan formal dan tidak formal - di sekolah-sekolah, diterapkan dalam subjek tertentu spt Geografi, Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan, dsb., tubuhkan pasukan pengawas alam sekitar, Kelab Pencinta Alam, dsb
- anjurkan pelbagai aktiviti sosial seperti gotong-royong membersihkan tasik, aktiviti riadah dan sukan air agar mendatangkan kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan air tasik dan ekosistem tasik kepada persekitaran kita.




Kempen Cintailah Alam Sekitar
Debat Alam Sekitar
Pasukan Rakan Alam Sekitar

Kesimpulannya, semua pihak harus berasa bertanggungjawab dalam memastikan suber air tasik dan ekosistemnya terus terpelihara seiring dengan pembangunan yang giat bagaikan 'cendawan tumbuh selepas hujan'.

Tuesday, 19 April 2011

Kesan Aktiviti Manusia Terhadap Ekosistem Tasik

Pengenalan : Konsep / definisi
Ekosistem tasik juga dikenali ekosistem Lentus

     Eksosistem tasik merujuk kepada ekosistem air yang tidak berarus yang juga turut dikenali sebagai ekosistem Lentus sama seperti ekosistem kolam. Air tasik atau kolam tidak mengalir sepertimana air mengalir (sungai) yang berarus. Kerpasan seperti hujan dan juga sistem saliran lain yang memasuki tasik atau berakhir di tasik tersebut menjadi input air kepada ekosistem tasik/ kolam.


Keindahan Tasik Chini



     Tasik atau kolam mempunyai komponen biotik dan abiotik yang tersendiri. Ekosistem tasik/ kolam turut mempunyai siratan atau rantaian makanannya yang tersendiri dan unik.
Rantaian makanan sebuah tasik 
  
Tasik yang tercemar adalah sebuah ekosistem yang 'mati'
   


Walau bagaimanapun, kealpaan manusia dalam mengejar pembangunan dan kemajuan lahiriah telah mendatangkan pengaruh dan impak yang besar terhadap ekosistem tasik.

Pelbagai aktiviti manusia pengaruhi ekosistem tasik
       




 

       Apabila hidupan tasik terjejas, ini bermakna seluruh ekosistem tasik itu turut terjejas. Dalam hal ini, pengukuran penting yang menjadi asas kepada kemerosotan kualiti ekosistem tasik bolehlah didasarkan kepada sumber-sumber air bersih yang ditakung oleh sesebuah tasik. Maknanya, apabila air tasik tercemar (oleh apa jua unsur), maka kualitinya turut merosot.

Bakteria E-Coli
     
      Pelbagai indikator digunakan untuk menentukan indeks kemerosotan kualiti air tasik (kadar pencemaran air) seperti mengukur tahap kandungan BOD atau Biological Oxigen Demand, kandungan bakteria E.Coli, kandungan Amoniakal Nitrogen (NH3-N), kandungan Pepejal Terampai (SS), Nilai Keasidan (pH) selain memerhatikan perubahan warna dan bau yang ada terhadap air tasik berkenaan.

 Bagaimana Ekosistem Tasik Boleh Terjejas?

       Ekosistem tasik boleh terganggu dan terjejas keseimbangannya apabila ianya terdedah kepada pelbagai bentuk aktiviti manusia. Antaranya ialah ;
Kegiatan menebusguna tasik

1. Menebusguna tasik untuk dijadikan pelbagai tapak pembinaan seperti kawasan perumahan, industri dsb. Apabila tasik ditimbus bermakna memusnahkan terus semua ekosistem di dalamnya. Habitat tasik berkenaan akan hilang dan semua jenis hidupannya akan mati.

2. Pembangunan pertanian dan penternakan - Penggunaan pelbagai jenis racun serangga seperti DDT dan baja kimia (urea) menyebabkan sumber-sumber air tasik tercemar apabila bahan kimia tersebut dilarutresap oleh air tanih menuju ke tasik disamping air hujan yang sudah tercemar menjadi hujan asid. Contohnya dapat dikesan di tasik-tasik di kawasan perladangan getah dan kelapa sawit yang berskala komersil.

     Sisa pertanian seperti baja kimia (urea) dan racun serangga (makhluk perosak) akan dibawa oleh air larian permukaan atau dilarutresapkan oleh air hujan ke dalam tanih yang akhirnya dialirkan ke dalam tasik yang berdekatan. Kesannya kualiti air tasik terjejas, nilai pHnya bertambah yang boleh mematikan pelbagai hidupan di dalamnya seperti zooplankton dan tumbuhan hijau yang terdapat di sekitar tasik. Rantaian dan siratan makanan dalam tasik juga akan mengalami kemusnahan.

Pelepasan sisa industri perkilangan
3. Aktiviti industri perkilangan 

    Kepesatan industri perkilangan dikatakan menjadi penyumbang terbesar terhadap kerosakan ekosistem tasik pada masa kini. Pencemaran yang diwujudkan daripada kegiatan industri perkilangan ini memberikan impak dan pengaruh yang sangat besar terhadap tasik. Penyaluran dan pembuangan sisa toksid ke dalam tasik oleh sesetengah kilang seperti kilang pemprosesan kelapa sawit, getah, kilang membuat cat dan petrokimia ke dalam tasik akan meningkatkan tahap pencemaran air tasik tersebut dengan menambahkan lagi nilai BODnya yang seterusnya memusnahkan sama sekali hidupan di dalam tasik sekaligus memusnahkan keseluruhan ekosistem tasik tersebut. Di Jepun misalnya, pembuangan raksa daripada beberapa kilang merosakkan Tasik Minimata. Sementara di negara kita sendiri pula, impak akibat pembuangan sisa toksid oleh kilang-kilang industri dapat dilihat di sekitar kawasan Lembah Klang dan Kuala Lumpur.
Sisa toksid menambahkan BOD





Sebuah restoran terapung di Tasik Kenyir
 4. Aktiviti pelancongan - Ini meliputi penyaluran dan pembuangan sisa kumbahan dari hotel, chalet, resort ke kawasan tasik yang berdekatan. Ini akan meningkatkan kandungan bakteria E.Coli dalam tasik tersebut. Peningkatan bakteria E.Coli ini menunjukkan bahawa kualiti air tasik semakin merosot dan jika keadaan ini berterusan, maka hidupannya (biotik) akan mati. Air tasik akan diklasifikasikan sebagai tercemar apabila kandungan bakterianya melebihi paras yang dibenarkan iaitu 200 MPN/100 ml.

Amalan urus tadbir kawasan peranginan secara cekap perlu untuk keseimbangan ekosistem tasik agar tidak musnah


5. Pelbagai aktiviti riadah dan rekreasi 

     Pelbagai aktiviti riadah dan rekreasi serta sukan yang dijalankan di sesebuah tasik turut mengganggu ekosistem tasik tersebut. Tabiat membuang pelbagai bentuk sampah-sarap dan sisa makanan serta tumpahan sisa minyak daripada sukan bot laju yang dijalankan di tasik akan meningkat kandungan BOD dan mengurangkan oksigen ke dalam air tasik berkenaan yang seterusnya menjejaskan pertumbuhan alga dan plankton yang menjadi membekalkan sumber makanan kepada pelbagai hidupan di dalam tasik tersebut. Malahan, aktiviti sukan memancing turut menyumbang kepada pengurangan dan kepupusan spesis tertentu yang terdapat di dalam sesebuah tasik.
Pelbagai jenis sisa domestik dibuang oleh setinggan
6. Kepesatan sektor pembandaran (urbanisasi)  

   Pertambahan penduduk bandar dan kewujudan persetingganan turut menyumbang kepada terjejasnya sistem tasik dan ekosistemnya. Hal ini terjadi apabila sikap dan norma penduduk bandar, terutamanya penduduk setinggan membuang sisa domestik seperti pelbagai sampah-sarap dan air kumbahan sewenang-wenangnya ke dalam tasik atau takungan air yang berhampiran. Ini termasuklah juga dengan pembuangan sisa-sisa makanan oleh para peniaga dan pengusaha restoran dan gerai-gerai makanan dan lain-lain sisa dari kawasan-kawasan perumahan ke dalam sistem tasik.                                                                                   
   






 
 Pembuangan sisa-sisa pepejal ke dalam tasik seperti ini
merosakkan lagi ekosistem tasik dan seluruh hidupannya


 
Perlombongan pasir musnahkan ekosistem tasik
7. Pembangunan sektor perlombongan dan tenaga 
  
  Sisa perlombongan bijih timah, emas dan tembaga mencemarkan tasik apabila ianya dialirkan atau dibuang ke dalam tasik seperti yang berlaku di Mamut, Sabah akibat perlombongan tembaga. Manakala di Tanah Tinggi Cameron pula, ekosistem beberapa tasik berdekatan didapati musnah akibat pembuangan bahan enap cemar sehingga boleh mengganggu bekalan air bersih kepada penduduk di sekitar kawasan berdekatan.

Reaktor nuklear tertumpu di pinggir tasik, sungai atau laut
     Pembinaan loji dan reaktor nuklear yang tertumpu di pinggir tasik, sungai atau laut bagi tujuan membekalkan sumber tenaga turut menjejaskan tasik, kolam, sungai malahan laut. Dalam reaktor nuklear, air yang banyak diperlukan untuk menyejukkan reaktor semasa penghasilan atom yang membebaskan haba yang sangat tinggi.
     Pembuangan air panas daripada reaktor nuklear ini mengakibatkan kenaikan suhu air tasik, kolam, sungai mahupun air laut. Situasi ini akan menyebabkan hidupan akuatik mati, terutamanya apabila suhu air tasik, kolam, sungai dan laut meningkat melebihi 5 darjah celcius daripada suhu air biasa. Keadaan ini turut menjadi punca pengurangan oksigen terlarut dalam air dan membawa kepada peningkatan dalam nilai BOD air tasik, kolam, sungai dan laut berkenaan.

8. Aktiviti perikanan - Ini merangkumi penggunaan kaedah penangkapan ikan yang salah seperti mengebom dan menuba ikan serta menggunakan racun tikus bukan sahaja meningkatkan tahap pencemaran air tasik tersebut, malahan turut menjejaskan keseimbangan ekosistem tasik itu juga. Selain itu, aktiviti memancing jika tidak terkawal berpotensi membawa kemusnahan ekosistem tasik dengan pengurangan ataupun kepupusan terhadap spesies-spesies hidupan akuatik tertentu terutamanya ikan toman dan kelah.




Aktiviti memancing yang terkawal dapat membantu menjamin kelangsungan spesies ikan kelah dan toman seperti di Tasik Kenyir






Konklusi...



Keindahan tasik giatkan sektor pelancongan
     
    Sebagai konklusinya, dalam mengejar arus pembangunan sosioekonomi untuk yang bertujuan sama ada bagi kesejahteraan masa kini dan masa hadapan, pelbagai langkah yang efisien perlu diambil oleh semua pihak di pelbagai peringkat. 

Tasik Bera
 




    Dalam hal ini, pengaplikasian terhadap nilai-nilai pembangunan dalam konsep pembangunan lestari perlu diberi keutamaan bagi memastikan keseimbangan ekosistem tasik terus terpelihara dan terjamin demi faedah bersama dalam jangkamasa panjang.































Saturday, 16 April 2011

Pencemaran Alam Sekitar

Pencemaran merujuk kepada sebarang perbuatan "merosakkan atau tidak bersih atau kotor". Pencemaran boleh juga berlaku apabila sesuatu yang mulia, murni, baik, bersih dan sistematik diceroboh oleh unsur-unsur yang bertentangan dengan sistem, moral, tatacara, tabii, dan nilai alam. 

Sikap manusia yang tidak beretika dengan melanggar prinsip dan hukum alam menjadi penyebab kepada berlakunya perubahan dan kerosakan alam sekitar dan komponennya. Pencemaran alam sekitar boleh ditakrifkan sebagai gangguan atau kerosakan terhadap kebersihan alam sekitar akibat pengumpulan bahan pencemar sama ada yang bersifat boleh diuraikan seperti sisa toksik atau bahan pencemar yang bersifat tidak boleh diuraikan seperti logam buatan. Pencemaran merupakan perubahan alam sekitar yang tidak diingini akibat penghasilan dan pembebasan pelbagai jenis bahan pencemar seperti sisa pepejal oleh pelbagai aktiviti manusia dalam mengejar pembangunan sosioekonomi mahupun secara semulajadi.
 

Terdapat tiga jenis pencemaran alam sekitar yang sering dibicarakan iaitu pencemaran air, pencemaran udara dan pencemaran bunyi. Pencemaran air pada umumnya berpunca daripada pembuangan sampah sarap domestik, bahan buangan toksik atau radioaktif dari perindustrian dan pertanian, tumpahan minyak dari kapal dan hakisan tanah. Selain itu, pencemaran tanah juga turut berlaku terutamanya akibat penggunaan pelbagai jenis racun serangga dan makhluk perosak dan baja kimia dalam sektor pertanian.




Asap kilang mencemarkan udara
Pencemaran sungai





Pembakaran terbuka
Pelepasan asap kenderaan
             

Projek pembangunan antara penyumbang asbut

Pelbagai punca pencemaran tanih



Pelbagai pencemaran alam sekitar dan amalan tidak beretika masyarakat menjadi isu utama di Malaysia masa kini. Kebanyakan masalah ini berpunca daripada sikap ambil mudah pihak terlibat dengan pengurusan ataupun individu tertentu kerana mereka mempunyai pilihan untuk menentukan tindakan yang perlu diambil. Pilihan-pilihan itu menurut Dr Mohamad Diah Jurini (2005) terbahagi kepada 5 kriteria iaitu:

1. Most ethical decisions have extended consequence
2. Personal implications
3. Most ethical decisions have multiple alternatives
4. Most ethical decisions have uncertain consequence
5. Most ethical decisions have mixed outcomes



Faktor-Faktor Pencemaran Alam Sekitar


Antaranya adalah seperti berikut;


a) Faktor semulajadi: 


1. Kebakaran hutan secara semulajadi akibat kemarau, terutamanya el-nino.
2. Letusan gunung berapi.
3. Kewujudan komponen asbut.
4. Kejadian tanah runtuh.


b) Faktor manusia:


1. Pembuangan pelbagai jenis sampah sarap dan sisa domestik.
2. Tumpahan minyak.
3. Penggunaan baja urea dan racun makhluk perosak dalam sektor pertanian.
4. Pelepasan asap-asap kilang dan kenderaan.
5. Amalan pembakaran terbuka.
6. Kegiatan pembalakan yang tidak terancang terutamanya pembalakan haram.
7. Penebusgunaan tanah dan penambakan laut.
8. Perlombongan dan kuari.
9. Amalan mengebom dan menuba ikan dalam sektor perikanan.
10. Penggunaan bahan api fosil.
11. Pelbagai kegiatan pembangunan sosioekonomi yang dijalankan.


Kesan-kesan Pencemaran Alam Sekitar


a) Kesan ke atas alam sekitar fizikal:


1. Berlakunya fenomena jerebu dan pulau haba.
2. Pemanasan global dan penipisan lapisan ozon.
3. Hujan asid.
4. Menjejaskan ekosistem dan biodiversiti.
5. Gangguan terhadap struktur geologi atau tanih.
6. Banjir kilat.
7. Tanah runtuh dan kegagalan cerun.


b) Kesan ke atas alam sekitar manusia:


1. Menjejaskan tahap kesihatan.
2. Menjejaskan pelbagai aktiviti sosioekonomi manusia.
3. Menjejaskan pendapatan negara.


Langkah mengatasi pencemaran alam sekitar


Dalam mengatasi masalah pencemaran alam sekitar ini, terdapat tiga aspek syang perlu diberi perhatian oleh semua pihak sepertimana yang digariskan dalam konsep amalan pembangunan lestari, iaitu;


i) pemeliharaan dan pemuliharaan,
ii) penguatkuasaan undang-undang, dan
iii) pendidikan alam sekitar. 


Antara langkah-langkah yang boleh diambil dalam konteks ini ialah seperti;


1. Tidak melakukan pembakaran terbuka.
2. Mengurangkan kebergantungan kepada bahan api fosil.
3. Mengurangkan pelepasan asap kilang dan kenderaan.
4. Penggunaan sumber tenaga alternatif.
5. Program kitar semula.
6. Penghutanan semula.
7. Akta Kualiti Alam Sekitar 1978 oleh JAS.
8. EIA.
9. Kempen-kempen kesedaran.
10. Pendidikan alam sekitar samada secara formal ataupun tidak formal.
11. Mengambil langkah-langkah pengurusan strategik.