Kepentingan Saling Bergantung Antara
Negara
• Dlm sistem ekonomi global, tiada negara yg mempunyai
ekonomi yg lengkap.
• Setiap negara perlu bergantung antara satu sama lain demi
mewujudkan keadaan saling melengkapi agar ekonomi lebih pantas berkembang.
• Kekurangan dlm sesebuah negara akan ditampung oleh
kelebihan yang ada di negara yg lain.
1. Perkongsian sumber alam khususnya sumber bahan mentah dan
sumber tenaga
•
Sesetengah negara tidak mempunyai bekalan tenaga yg cukup utk mengerakkan
sektor ekonomi.
•
Oleh sebab itu negara terpaksa bergantung kpd negara luar bagi memperoleh
sumber kuasa tersebut.
•
Cthnya, Jepun bergantung kpd negara teluk bagi memperoleh bekalan petroleum.
2.
Perkongsian dan pemindahan teknologi, penyelidikan dan pembangunan (R&D),
serta inovasi baru dlm pelbagai bidang
•
Melalui pemindahan dan perkongsian teknologi moden maka bidang-bidang seperti
pembangunan sumber manusia, sumber tenaga, perindustrian, sumber marin,
pelancongan, pertanian dan sebagainya disesebuah negara boleh dimajukan.
•
Cthnya, industri HITEC di Malaysia, negara bergantung kpd permindahan teknologi
dari negara Jepun.
3. Perluasan pasaran dan perdagangan antara negara atau
kawasan
•
Kerjasama serantau membolehkan sesebuah negara memperluaskan pasaaran barangan
dan perkhidmatan mereka ke kws dan negara lain.
•
Faedah drp perkongsian pasaran akan dpt dinikmati kususnya drp segi pertambahan
permintaan kuasa beli pengguna.
•
Cthnya, barangan negara Asia Tenggara boleh dijual di pasaran Eropah dan
Aemerika dan begitulah sebaliknya.
4. Perkongsian modal
•
Kekurangan modal dlm sesebuah negara boleh ditampung oleh negara lain sama ada
drp pelaburan kerajaan ataupun swasta melalui perkongsian bijak seperti kaedah
pelaburan bersama atau perlaburan silang.
•
Cthnya, pelaburan swasta mempercepatkan proses pembangunan ekonomi di kws
setiga pertumbuhan ASEAN di IMT-GT, IMS-GT, EAGA_BIMP.
•
Rakyat mendapat limpahan pembangunan manakala pihak swasta memperolehi
keuntungan melalui pegangan ekuiti.
5. Perkongsian buruh dan tenaga pakar
•
Kekurangan buruh & tenaga pakar dlm sesebuah negara boleh ditampung oleh
negara lain.Cthnya Malaysia bergantung kpd tenaga buruh
dari Indonesia dlm sektor perladangan dan pembinaan.
•
Kemasukan buruh Indonesia membolehkan sektor pembinaan berkembang dgn pesat manakala
Indonesia memperolehi keuntungan melalui pengaliran masuk mata wang Ringgit hasil gaji/upah
warganya yang bekerja dlm sektor tersebut di Malaysia.
•
Selain itu perkongsian pakar juga berlaku dgn meminjam tenaga pakar dari negara
maju. Keuntungan di perolehi melalui latihan dan R&D.
Kajian kes: Ciri saling bergantung
antara Malaysia dgn negara lain.
•
Malaysia amat bergantung kpd sumber bhn mentah, sumber kuasa & sumber
makanan dari negara-negara lain. Cthnya, Malaysia bergantung kpd Thailand utk
mendapatkan bekalan beras, sumber perikanan, sayur-sayuran, buah-buahan.
•
Bergantung kpd Filipina utk bekalan gula, Indonesia utk bekalan beras.
•
Teknologi moden dari negara maju seperi Jepun, Korea, USA, Rusia dll utk sektor
perindustrian. Malaysia pula membekalkan minyak sawit & getah asli.
•
Malaysia bergantung kpd pasaran luar negara spt AFTA, USA, Eropah, Asia
Pasifik dll. Cthnya, produk alat penghawa dingin Malaysia amat bergantung kpd
pasaran negara Timur Tengah.
•
Pelaburan modal asing juga di perlukan oleh Malaysia utk menggerak dan
memajukan sektor ekonomi seperti perindustrian, perkhidmatan, pelancongan dll.
•
Tanpa modal asing Malaysia tidak mempunyai modal yg mencukupi utk mengegarak, menjana dan memperkasakan
ekonominya.
•
Negara maju yg byk melabur di Malaysia ialah seperti negara Jepun, Korea, USA,
England, Jerman dll disamping pelaburan dari negara serantau Asean seperti Thailand,
Indonesia, Singapura, Vietnam dan Filipina.