SEUNTAI KATA PEMBUKA BICARA...

Top 50 hình ảnh động chúc mừng năm mới - Happy New Year 2020 | Happy new  year gif, Happy new year images, New year gif

Selamat Datang, Salam Sejahtera, Selamat Tahun Baru 2018!!! Anda sangat dialu-alukan dalam blog ini. Semoga segala informasi yang dipaparkan dapat membantu kalian.

Saya percaya masih ada yang empunya rencana dan cita-cita yang masih belum terlaksana di tahun yang lalu dan meletakkan visi baru di Tahun Baru ini dengan tekad dan azam yang lebih baik. Kita semua pastinya rasa sangat bersyukur kerana masih diberi kesempatan dan nafas baru di tahun baru ini terus memperbaiki diri meniti puncak kejayaan yang diidamkan sesuai dengan rencana-Nya.

Menyedari akan hakikat itu, teruskan usaha murni kita masing-masing untuk mentransformasikan diri melalui pendidikan kerana hanya melaluinya perubahan dalam segenap aspek akan dicapai!

Ingatlah bahawa KEJAYAAN banyak terletak pada usaha DIRI SENDIRI dan semangat yang tidak pernah mengenal erti putus asa. Pepatah mengatakan di mana ada kemahuan, di situ ada jalan dan kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya kerana yang bulat takkan datang bergolek dan yang pipih takkan datang melayang!

Semoga kita semua beroleh kebahagiaan dan kejayaan yang paling cemerlang sebagaimana yang dihajati dengan izin, bimbingan dan petunjuk daripada TUHAN. Oleh itu, janganlah lupa untuk sentiasa berdoa dan mengucap Syukur ke atas segala yang telah kita nikmati selama ini.

SELAMAT MAJU JAYA & TERUSKAN USAHA YANG DISERTAI DENGAN KESUNGGUHAN TINGGI KE ARAH KECEMERLANGAN DIRI, KELUARGA, BANGSA DAN NEGARA YANG TERCINTA!!!

Sunday, 12 February 2012

Globalisasi Ekonomi:Kepentingan Saling Bergantung Antara Negara


Kepentingan Saling Bergantung Antara Negara

• Dlm sistem ekonomi global, tiada negara yg mempunyai ekonomi yg lengkap.
• Setiap negara perlu bergantung antara satu sama lain demi mewujudkan keadaan saling melengkapi agar ekonomi lebih pantas berkembang.
• Kekurangan dlm sesebuah negara akan ditampung oleh kelebihan yang ada di negara yg lain.

1. Perkongsian sumber alam khususnya sumber bahan mentah dan sumber tenaga
• Sesetengah negara tidak mempunyai bekalan tenaga yg cukup utk mengerakkan sektor ekonomi.
• Oleh sebab itu negara terpaksa bergantung kpd negara luar bagi memperoleh sumber kuasa tersebut.
• Cthnya, Jepun bergantung kpd negara teluk bagi memperoleh bekalan petroleum.

2. Perkongsian dan pemindahan teknologi, penyelidikan dan pembangunan (R&D), serta inovasi baru dlm pelbagai bidang
• Melalui pemindahan dan perkongsian teknologi moden maka bidang-bidang seperti pembangunan sumber manusia, sumber tenaga, perindustrian, sumber marin, pelancongan, pertanian dan sebagainya disesebuah negara boleh dimajukan.
• Cthnya, industri HITEC di Malaysia, negara bergantung kpd permindahan teknologi dari negara Jepun.

3. Perluasan pasaran dan perdagangan antara negara atau kawasan
• Kerjasama serantau membolehkan sesebuah negara memperluaskan pasaaran barangan dan perkhidmatan mereka ke kws dan negara lain.
• Faedah drp perkongsian pasaran akan dpt dinikmati kususnya drp segi pertambahan permintaan kuasa beli pengguna.
• Cthnya, barangan negara Asia Tenggara boleh dijual di pasaran Eropah dan Aemerika dan begitulah sebaliknya.
4. Perkongsian modal
• Kekurangan modal dlm sesebuah negara boleh ditampung oleh negara lain sama ada drp pelaburan kerajaan ataupun swasta melalui perkongsian bijak seperti kaedah pelaburan bersama atau perlaburan silang.
• Cthnya, pelaburan swasta mempercepatkan proses pembangunan ekonomi di kws setiga pertumbuhan ASEAN di IMT-GT, IMS-GT, EAGA_BIMP.
• Rakyat mendapat limpahan pembangunan manakala pihak swasta memperolehi keuntungan melalui pegangan ekuiti.

5. Perkongsian buruh dan tenaga pakar
• Kekurangan buruh & tenaga pakar dlm sesebuah negara boleh ditampung oleh negara lain.Cthnya Malaysia bergantung kpd tenaga buruh dari Indonesia dlm sektor perladangan dan pembinaan.
• Kemasukan buruh Indonesia membolehkan sektor pembinaan berkembang dgn pesat manakala Indonesia memperolehi keuntungan melalui pengaliran masuk mata wang Ringgit hasil gaji/upah warganya yang bekerja dlm sektor tersebut di Malaysia.
• Selain itu perkongsian pakar juga berlaku dgn meminjam tenaga pakar dari negara maju. Keuntungan di perolehi melalui latihan dan R&D.

Kajian kes: Ciri saling bergantung antara Malaysia dgn negara lain.
• Malaysia amat bergantung kpd sumber bhn mentah, sumber kuasa & sumber makanan dari negara-negara lain. Cthnya, Malaysia bergantung kpd Thailand utk mendapatkan bekalan beras, sumber perikanan, sayur-sayuran, buah-buahan.
• Bergantung kpd Filipina utk bekalan gula, Indonesia utk bekalan beras.
• Teknologi moden dari negara maju seperi Jepun, Korea, USA, Rusia dll utk sektor perindustrian. Malaysia pula membekalkan minyak sawit & getah asli.
• Malaysia bergantung kpd pasaran luar negara spt AFTA, USA, Eropah, Asia Pasifik dll. Cthnya, produk alat penghawa dingin Malaysia amat bergantung kpd pasaran negara Timur Tengah.
• Pelaburan modal asing juga di perlukan oleh Malaysia utk menggerak dan memajukan sektor ekonomi seperti perindustrian, perkhidmatan, pelancongan dll.
• Tanpa modal asing Malaysia tidak mempunyai modal yg mencukupi utk mengegarak, menjana dan memperkasakan ekonominya.
• Negara maju yg byk melabur di Malaysia ialah seperti negara Jepun, Korea, USA, England, Jerman dll disamping pelaburan dari negara serantau Asean seperti Thailand, Indonesia, Singapura, Vietnam dan Filipina.

Kuliah : Globalisasi Ekonomi dan Kerjasama Serantau



Konsep Globalisasi

Istilah Globalisasi, pertama kalinya digunakan oleh Theodore Levitt pada tahun 1985 yang dirujukkan kepada situasi politik-ekonomi, khususnya politik perdagangan bebas dan transaksi kewangan.

Globalisasi merupakan perkembangan kontemporari yang mempunyai pengaruh dalam mendorong kemunculan pelbagai kemungkinan tentang perubahan dunia yang akan berlangsung. Pengaruh globalisasi dapat menghapuskan pelbagai bentuk halangan, sekatan, peraturan dan rintangan yang menjadikan dunia semakin terbuka dan saling bergantung (memerlukan) antara satu sama lain, khasnya dalam aspek ekonomi. Segala kegiatan ekonomi akan menjadi lebih terbuka dan mudah. 

Maka dapat dikatakan bahawa globalisasi membawa perspektif baru tentang konsep "Dunia Tanpa Batas" atau "Dunia Tanpa Sempadan" yang pada masa kini menjadi realiti dan sangat mempengaruhi perkembangan budaya dan membawa perubahan baru dan pelbagai aspek, khususnya politik, ekonomi dan sosial.

Berikut beberapa pandangan dan pengertian yang diberikan tentang globalisasi ;
 
i) KAMUS BAHASA
Globalisasi merupakan fenomena yang menjadikan dunia mengecil dari segi perhubungan manusia. Hal ini dimungkinkan karena perkembangan tekhnologi yang sangat cepat.

ii) CENDEKIAWAN BARAT
Globalisasi adalah satu proses kehidupan yang serba luas, tidak terbatas, dan merangkum segala aspek kehidupan, seperti politik, sosial, dan ekonomi yang dapat dinikmati oleh seluruh umat manusia di dunia ini.

 iii) SMITH
Globalisasi adalah proses dimana dunia menjadi semakin terhubung (interconnected).

Globalisasi Ekonomi (GE)
• Merujuk kpd sempadan ekonomi negara-negara di dunia yg semakin runtuh dan seluruh dunia menjadi satu unit yg blh dihubungkan dgn cepat, mudah, pantas dan rapat. 

• Globalisasi juga dikenali sbg dunia tanpa sempadan.
• Menerusi ledakan dan kemajuan dlm ICT segala pergerakan modal, teknologi, kepakaran R&D, informasi pasaran dan perdagangan blh menembusi mana-mana negara yg mengamalkan konsep pasaran bebas tanpa had atau batas sempadan.
• Kecanggihan teknologi menjadikan segala urusniaga menjadi cepat dan mudah.
• Pada masa kini arus globalisasi bergerak dari negara maju ke negara dunia ketiga atau negara sedang membangun. 

Maka, dapatlah dikatakan bahawa;

GLOBALISASI EKONOMI bermaksud saling interaksi, memerlukan, bergantungan atau saling hubungan antara negara di dunia, iaitu dua atau lebih negara di dunia terhadap buruh, pasaran, bahan mentah, teknologi, perdagangan, pelaburan dsb dalam proses pengeluaran dan pemasaran barangan dan perkhidmatan dengan bantuan kemajuan teknologi maklumat atau ICT.
  
2 konsep/ istilah utama dalam GE yang harus diketahui, iaitu ;
1. Liberalisasi ekonomi
• Dasar pasaran bebas yg memberikan peluang atau membolehkan sesiapa sahaja termasuk pemodal/pelabur asing memasuki & menguasai pasaran & ekonomi sesebuah negara tanpa batas.
• Persaingan pasaran dan ekonomi menjadi terbuka dan bebas. Aliran keluar masuk modal dan perdagangan sesebuah negara tidak boleh disekat atau dikawal oleh kerajaan.
• Liberalisasi ekonomi bergantung sepenuhnya kpd kuasa pasaran iaitu kuasa permintaan dan penawaran.

2. Deregulisasi ekonomi
• Dasar penghapusan dan pengurangan segala peraturan & sekatan ekonomi yg diamalkan oleh sebuah negara yg selama ini menghalang/menghedkan aktiviti perdagangan, pengaliran dan pemilikan modal, teknologi, perniagaan, pasaran barangan, perkhidmatan dan lain-lain. Cth, penghapusan subsidi, penghapusan sekatan tarif dll.

Komponen Utama GE

1. Komponen pengaliran modal
- kemasukan FDI melalui penglibatan syarikat gergasi/MNC.

2. Komponen perdagangan antarabangsa
- liberalisasi perdagangan antarabangsa
- melalui penghapusan dan pengurangan cukai & tarif serta segala bentuk sekatan & halangan
- kurangkan karenah birokrasi perdagangan

3. Komponen buruh & tng pakar
- melibatkan kemasukan tng pakar & berkemahiran tinggi ke ssbuah ngr
   
4. Komponen teknologi & telekomunikasi (ict) 
- mudahkan penyebaran & perkongsian idea/maklumat & inovasi dalam pemasaran brgan, pengendalian perdagangan antarbangsa, perniagaan, pelaburan, pelaburan, dsb. 

Faktor2 Mempengaruhi GE

1. Perkembangan pesat teknologi maklumat & telekomunikasi (ICT).
- bantu mudah & percepatkan urusan perdagangan, pelaburan dsb  
- penyebaran & perkongsian idea & maklumat pemasaran mudah & cepat

2. Kemajuan pengangkutan global/antarabangsa.
- pengangkutan udara & kapal laut semakin moden/canggih
- menyebabkan eksport-import brgn & perkhidmatan lebih mudah/cepat

3. Dasar governan/kerajaan sesebuah negara.
- amalkan dasar terbuka dan buka pintu 
- hapuskan dsr perlindungan, sekatan dan pengurangan tarif (GATT) & cukai yang membebankan
- karenah birokrasi dalam urusan perdagangan/ekonomi dihapuskan

4. Keupayaan modal yang tinggi. 
- MNC punyai keupayaan modal & kewangan yang besar
- adanya suntikan pelaburan asing / FDI

5. Tingkat teknologi yang tinggi, moden & terkini/canggih.
- ini membantu & mudahkan proses pengeluaran dan pemasaran brgn & perkhidmatan
- intranet, internet, robot, dsb.

Kesan Globalisasi Ekonomi ke atas Negara Asia Pasifik
(A) Kesan Positif
1. Menambah keupayaan modal dalam negara
• Negara Asia Pasifik tidak mempunyai keupayaan modal yg cukup utk mengerakkan sektor ekonomi moden khususnya industri dan perkhidmatan.
• Suntikan modal asing membolehkan industri berkembang pesat, mewujudkan peluang pekerjaan, mengurangkan kadar pengangguran, meningkatkan taraf hidup dan menghapuskan lingkaran kemiskinan negara membangun. 

2. Menggalakkan pemindahan teknologi dan kepakaran serta R&D
• Melalui globalisasi kemasukan teknologi moden dan pemindahan kepakaran dari negara maju dapat membangunkan ekonomi moden negara membangun.
• Rakyat tempatan dikehendaki mempelajari kaedah pengendalian teknologi melalui latihan lanjutan dan usahasama dlm konteks R&D tenaga manusia.
• Akhirnya rakyat tempatan dpt menguasai kepakaran asing dan memajukan negara sendiri. Cth, teknologi HITEC, teknologi rekabentuk, kawalan mutu, teknologi komunikasi, kepakaran pengurusan dll.

3. Meningkatkan perluasan pasaran
  • Penghapusan dasar Perlindungan dan Sekatan Tarif (GATT), penghapusan stok penimbal, serta provokasi pasaran akan memberikan peluang kpd produk negara sedang membangun menembusi pasaran negara maju dengan hak yg sama rata.
  • Keadaan ini krn globalisasi memberikan kuasa mutlak kpd kuasa pasaran iaitu permintaan dan cita rasa pengguna dlm urusniaga barangan dan perkhidmatan.
  • Di Asia Tenggara, pengenalan Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA) merupakan satu realisasi drp arus globalisasi. Melalui AFTA barangan dlm kalangan negara ASEAN dpt memasuki pasaran negara anggota dgn lebih mudah dan mendapat faedah pasaran bersama. 

4. Meningkatkan aliran buruh & tenaga pakar

  • kemasukan buruh & tng pakar dipermudahkan 

5. Menggalakkan persaingan antara pengeluar

  • untuk menarik pembeli/pengguna
  • kualiti brgn & perkhidmatan akan meningkat


6. Keunutungan daripada perdagangan bebas

  • harga barangan & perkhidmatan menjadi lebih murah
  • pengguna/ pembeli mpunyai lebih banyak pilihan
  • akt ekonomi meningkat

7. Membuka banyak peluang pekerjaan

  • khususnya kpd penduduk tempatan disebabkan perkembangan sektor ekonomi moden, khususnya perindustrian, perkhidmatan, dsb 
  • bantu atasi pengangguran & kemiskinan


(B) Kesan Negatif
1. Meningkatkan monopoli & penguasaan pasaran oleh negara maju ke atas negara miskin

  • ngr maju makin kaya kerana ada banyak MNC
  • ngr miskin tetap & makin miskin - dibebani hutang & syarat berat sebelah oleh ngr maju
2. Menghakis/ mengancam kedaulatan sesebuah negara

  • ancaman spekulator, dsb

3. Mengancam pengusaha & produk tempatan.

  • IKS
  • kekurangan dana modal & kewangan
  • tidak mampu bersaing dgn produk jenama global yang lebih terkenal
  • tiada permintaan & sambutan - muflis

4. Mengancam guna tenaga tempatan.

  • pengusaha memilih mengupah tng kerja luar yang lebih murah utk tingkatkan untung
  • buruh luar lebih rajin dan kebolehupayaan yang tinggi

5. Kesukaran mengawal aliran keluar-masuk pelaburan asing/FDI.

  • ikut kehendak mereka 
6. Meningkatkan ancaman sosial.
  • kemasukan budaya luar yang bertentangan dgn budaya masy/penduduk tempatan hasil kemasukan, pengenalan & pkembangan produk luar/asing akan menghakis budaya tempatan
  • budaya kuning - hip hop, punk, dsb
  • jenayah sosial meningkat

Kesimpulan : Jelaslah bhw GE mempunyai banyak kebaikan spt meningkatkan peluang pekerjaan, meningkatkan aliran buruh & tng pakar, menambah keupayaan modal dlm ngr, meningkatkan teknologi & R&D, dsb. Selain itu, GE juga turut memberikan kesan negatif spt menghakis kedaulatan ssbuah ngr, meningkatkan monopoli & eksploitasi perdagangan oleh ngr maju, menghakis budaya tempatan, dsb.

SEKIAN...HARAP MEMBANTU...