Konsep Imbangan Air
Imbangan air merujuk kepada keseimbangan antara input dan output air. Maknanya, imbangan air atau juga dikenali sebagai imbangan hidrologi ialah keseimbangan antara jumlah air yg diterima (input) dr atmosfera (kerpasan spt hujan, embun & salji) oleh permukaan bumi adalah sama dengan jumlah air yg keluar (output) ke atmosfera (melalui proses sejatan, sejat-peluhan, yg mengalami larian pmukaan & yg disimpan dlm tanih sbg storan).
Formula imbangan air adalah spt berikut;
P = ET + dST + S di mana;
P ialah Jumlah air yg diterima drp kerpasan.
ET ialah Jumlah air yg hilang melalui proses sejat-peluhan.
dST ialah Air yg diterima atau hilang dr lapisan tanah.
S ialah Air yg berlebihan atau storan.
Imbangan air boleh dikaji drp segi sama ada pd skala makro (global) atau mikro (tempatan).
Terdapat 2 situasi berkaitan dengan imbangan air, iaitu imbangan air negatif (kurangan air-kemarau) dan imbangan air posotif (lebihan air-banjir).

Konsep Lebihan Air
Lebihan air merupakan imbangan air
positif, yang bermaksud jumlah kerpasan melebihi sejatan. Apabila
jumlah kerpasan terutamanya hujan yang turun ke permukaan bumi melebihi kadar
sejatan air ke atmosfera dalam tempoh yang panjang, ianya boleh menyebabkan berlakunya banjir.
Konsep Kurangan air
Kurangan air atau imbangan air
negatif pula ialah kekurangan air yang dialami oleh sesebuah
kawasan dalam tempoh masa tertentu. Dalam hal ini, kadar sejatan melebihi daripada
kerpasan (hujan) yang turun di kawasan berkenaan. Kesan daripada imbangan
air negatif yang dialami oleh sesebuah kawasan itu ialah berlakunya fenomena
kemarau.G
Imbangan air boleh dijelaskan seperti rajah berikut;
Imbangan Air mengikut ruang dan masa |
Keterangan:
Jumlah
kerpasan dari lautan dan daratan (P)=(et) jumlah sejatan dari lautan dan
daratan, iaitu seluruh sejatan ke lapisan atmosfera sepatutnya mesti menurun
semula sebagai kerpasan ke permukaan bumi. Sejatan dari lautan adalah sebanyak
84% , tetapi yang menurun sebagai kerpasan di lautan ialah sebanyak 77%.
Berlaku kehilangan kerpasan sebanyak 7%. Sementara di daratan, sejat peluhan
ialah sebanyak 16%, tetapi kerpasan sebanyak 23%, iaitu lebihan kerpasan
sebanyak 7%. Kehilangan 7% kerpasan di lautan telah ditiup ke daratan sebagai
awan. Apabila sampai di daratan, awan ini menurun sebagai kerpasan lalu
menyebabkan terdapatnya lebihan 7% kerpasan di daratan. Lebihan 7% kerpasan di
daratan ini disalirkan sebagai air larian di permukaan daratan. Formula imbangan
air akan menjadi seimbang, iaitu jumlah kerpasan dari lautan dan daratan (+7%
air larian) = jumlah sejatan dari lautan dan daratan (-7% wap air yang ditiupke
daratan). Oleh itu, elemen (+r) boleh diketepikan kerana tujuh peratus air
larian di permukaan tanah datang dari kehilangan tujuh peratus kerpasan di
lautan.
Oleh itu, P=ET,
iaitu jumlah kerpasan di daratan dan di lautan bersamaan dengan jumlah sejatan
(termasuk sejat peluhan) dari lautan dan daratan.
77% + 23%
(+7%) = 84% +16% (-7%), iaitu 100% = 100%
Faktor-faktor Mempengaruhi Imbangan Air
1. Jumlah kerpasan (terutamanya hujan).
2. Nilai sejat-peluhan yang dipengaruhi oleh suhu.
3. Litupan tumbuhan.
4. Kelembapan tanih.
5. Geologi - mempengaruhi kadar susupan.
6. Tindakan manusia - melalui pelbagai aktiviti, terutamanya pmbangunan sosioekonomi.