Wednesday, 14 March 2012

Antisiklon

Konsep Antisiklon

Antisiklon merujuk kepada kumpulan udara yang berputar mengelilingi pusat tekanan udara tinggi.Maknanya dalam konteks antisiklon angin akan bergerak keluar dari tengah atau pusat yang memiliki tekanan udara yang tinggi.

Sel-sel tekanan tinggi merupakan merupakan zon yang mempunyai tekanan udara yang lebih tinggi berbanding dengan tekanan udara di sekelilingnya. Ia juga dikenali sebagai antisiklon kerana di zon inilah angin bergerak keluar, iaitu angin mula bergerak keluar dari pusat antisiklon yang bertekanan tinggi ke kawasan udara sekitarnya yang bertekanan rendah.

Kesan kejadian antisiklon

Antisiklon akan mewujudkan 2 fenomena cuaca yang penting, iaitu;

i) Keadaan cuaca yang baik dan tenang tanpa hujan

Awan biasanya tidak terdapat di langit. Ini memperlihatkan langit berkeadaan cerah. Angin bertiup dengan perlahan dan tidak kencang sebagaimana siklon. Angin yang bertiup dari pusat sel tekanan tinggi ini akan dipesongkan oleh daya korialis. Ia akan bertiup mengikut putaran jam di hemisfera utara dan melawan arah jam di hemisfera selatan.

Memandangkan kecerunan zon-zon tekanan tinggi ini adalah landai di pusatnya, ini menyebabkan angin yang bertiup keluar dari pusat tersebut adalah kurang laju/ kencang sebaliknya angin semakin kencang bertiup di zon pinggir antisiklon, dimana tiupan angin disertai gelombang-gelombang sejuk dan mungkin sekali sekala berlakunya ribut salji.

ii) Perubahan kepada tekanan udara, angin dan kelembapan udara setempat.

Antisiklon boleh mengubah ketiga-tiga unsur cuaca di atas daripada keadaan lazimnya. Semasa antisiklon berlaku, tekanan udara sekitar akan naik dan suhu akan turun dengan cepat. Arah-arah angin juga turut berubah, di mana arah angin akan beralih kepada baratan. Ia turut menyebabkan kelembapan bandingan udara menurun. Apabila pusat antisiklon tiba, suhu berada pada paras yang paling rendah dan ini akan menyebabkan angin hanya bertiup sepoi-sepoi atau berhenti sama sekali.  

 

No comments:

Post a Comment