Thursday, 7 November 2013

LULUHAWA

Pengenalan - Definisi/ Maksud Luluhawa


Luluhawa merupakan proses penyepaian, pemecahan dan penguraian atau pereputan batuan yang berlaku secara in-situ akibat tindak balas pelbagai agen luluhawa seperti air, angin, glasier, perubahan suhu, tindakan fros/ibun, haiwan, manusia dan mikroorganisma ke atas batuan sehingga batuan tersebut mengalami pemecahan kepada saiz yang lebih kecil atau terurai menjadi bahan baru seperti larutan, tanih, regolit, dan sebagainya.

 Luluhawa merupakan proses awal kepada kejadian gerakan jisim yang berlaku di permukaan bumi.


Jenis-Jenis Luluhawa

Luluhawa terbahagi kepada tiga jenis iaitu luluhawa kimia, luluhawa fizikal, dan luluhawa biologi.

Luluhawa kimia atau juga dikenali sebagai luluhawa dalaman banyak berlaku di kawasan tropika lembap manakala luluhawa fizikal atau luluhawa mekanika/mekanikal pula sangat dominan terjadi di kawasan gurun panas dan kawasan artik yang melibatkan perubahan suhu yang ekstrem. Luluhawa biologi pula berlaku akibat tindakan unsur hidupan seperti tumbuhan, haiwan dan manusia dan dikesan berlaku di kawasan hutan tebal seperti di kawasan Hutan Hujan Tropika/Khatulistiwa.

1. Luluhawa Mekanikal/Fizikal

Merupakan satu proses penyepaian dan pemecahan batuan oleh agen-agen bergerak yang hanya melibatkan perubahan fizikal batuan tanpa melibatkan perubahan komposisi kimia atau dalaman batuan.

Proses-proses terlibat;

a) Basah kering
b) Pelepasan tekanan
c) Penghabluran garam
d) Perubahan suhu ekstrem
e) Tindakannya ibun/fros

2. Luluhawa Kimia/Dalaman

Merujuk kepada proses pereputan dan penguraian batuan secara kimia atau dalaman yang hanya melibatkan perubahan kandungan kimia batuan (mineralogi) oleh air hujan, suhu dan asid.

Proses-proses yang terlibat;
a) pengkarbonan
b) pengoksidaan
c) penghidratan
d) hidrolisis
e) chelasi

a) Pengkarbonan
Pengkarbonan merupakan sebarang tindak balas antara asid lemah (asid karbonik) dengan kalsium karbonat (batu kapur). Hujan yang turun akan berpadu dengan karbon dioksida di udara dan membentuk asid karbonik. Persamaan tindak balas kimia seperti di bawah;

             H2O (Air) + CO2 (Karbon dioksida) → H2CO3 (Asid Karbonik) 

b) Pengoksidaan

Proses pengoksidaan merujuk kepada tindak balas antara oksigen dengan kandungan mineral (mineralogi) batuan yang menyebabkan mineral tersebut teroksida. Contohnya:

             4Fe + 3O2 → 2Fe2O3
            (Ferum) + (Oksigen) → (Ferum Oksida)

             2Mg + O2 → 2MgO
           (magnesium) + (Oksigen) → (Magnesium Oksida)

c) Penghidratan

Proses penghidratan merujuk kepada sebarang penambahan air kepada mineral batuan sehingga menyebabkan mineral tersebut mengalami tegasan dan pengembangan. Contohnya besi oksida (ferum oksida) menyerap air menjadi besi hidroksida (ferum hidroksida). Contoh yang paling baik ialah penglibatan proses hidrasi ini ialah dalam kejadian limonit daripada hematit. Hematit yang berwarna merah akan bertukar menjadi limonit berwarna kuning apabila menyerap air. Persamaan kimianya seperti berikut:


            2FeO2 + 3H2O → 2FeO2.3H2O
           (Hematit Merah) → (Limonit Kuning)

d) Hidrolisis

Hidrolisis merupakan tindak balas antara ion hidrogen (H+) atau ion hidroksil (OH-) dengan ion mineral pembentuk batuan sehingga menyebabkan terhasil satu sebatian dan mineral yang berlainan. Proses ini bertanggungjawab menukar seluruh mineral batuan kepada bentuk baru (mineral peringkat kedua) yang berlainan sama sekali dengan sifat mineral asalnya. Ion hidrogen atau ion hidroksil yang menjadi agen peluluh ini dibekalkan oleh air hujan. Bagi mineral pembentuk batuan yang tidak stabil biasanya mudah diuraikan menerusi proses ini untuk membentuk kaolinit (tanah liat). Tindak balas hidrolisi bagi menghasilkan tanah liat boleh diringkaskan seperti berikut:

 Orthoclase Feldsfar + Asid Karbonik + Air → Kalsium Karbonat + kaolin (Tanah Liat) + Kuartza

e) Chelasi

Chelasi merupakan proses pembendungan satu ion antara agen-agen luluhawa chelasi yang dikeluarkan oleh tumbuhan dengan ion mineral dalam batuan seperti ferum. Pembendungan ini menyebabkan batuan mengalami tegasan dan mengembang. Agen-agen chelasi boleh dikeluarkan oleh tumbuhan yang hidup di permukaan batuan seperti lumut dan kulampair. Semasa menyerap makanan dan zat galian menerusi akar higroskopnya tumbuhan tersebut akan mengeluarkan sejenis asid yang dikenali sebagai asi chelasi. Asid ini berupaya bertindak balas dengan ion mineral batuan menyebabkan mineral tersebut mengalami penguraian.


3. Luluhawa Organik/Biologi

Merujuk kpd proses pereputan dan pemecahan batuan sama ada secara fizikal atau kimia (dalaman) oleh komponen hidupan, khususnya manusia, haiwan dan mikroorganisma. Hidupan boleh bertindak mempercepatkan luluhawa sama ada secara fizikal atau kimia melalui aktiviti yang dilakukan.

Manusia misalnya, mempercepatkan pelbagai proses luluhawa di muka bumi ini melalui pelbagai aktiviti pembangunan sosioekonomi yang dijalankan, khususnya aktiviti penyahutanan.

Aktiviti perlombongan kuari mempercepatkan kadar luluhawa

Menerusi aktiviti penyahutanan, pembinaan jalan raya, dan perlombongan kuari akan mendedahkan batuan kepada agen-agen luluhawa khususnya sinaran matahari dan air hujan. Oleh itu batuan akan lebih cepat dipecahkan dan diuraikan. Aktiviti pertanian dan perindustrian pula membebaskan bahan-bahan kimia seperti baja, racun serangga atau pelepasan bahan pencemar udara dan sisa toksik. Bahan-bahan ini akan berasid di dalam air hujan (hujan asid) atau air tanih untuk bertindak balas dengan mineral batuan (mineralogi) dan meluluhawakan batuan tersebut. Misalnya tindak balas antara hujan asid yang mengandungi asid nitrat, asid sulfurik, dan asid karbonik ke atas mineral batuan seperti batu kapur dan riolit.

Haiwan pula bertindak ke atas sesuatu batuan itu dengan membuat sarang (habitat) dengan cara mengorek tanah untuk dijadikan sebagai habitatnya bagi meneruskan kelangsungan hidup. Mikroorganisa seperti cacing tanah selain menjadikan tanah sebagai habitat utamanya, turut mengeluarkan sejenis asid humik setelah mencernakan makanannya. Asid humik ini, apabila bertindak balas dengan air hujan akan meluluhawakan batuan.

Humus cacing tanah mengeluarkan asid humik yang akan menggiatkan luluhawa dalaman

Manakala tumbuhan pula bertindak meluluhawakan batuan melalui tindakan baji akarnya, khususnya tumbuhan atau pokok yang mempunyai sistem akar tunjang yang menjalar jauh ke dalam tanah untuk mendapatkan bekalan air bagi melengkapkan proses fotosintesis. Akar yang kian membesar dari semasa ke semasa dalam jangka masa tertentu akan merekahkan atau memecahkan batuan. 

Kesan dan Pengaruh Pelbagai Proses Luluhawa Terhadap Pembentukan Pelbagai Bentuk Muka Bumi dan Aktiviti Manusia

  a) Topografi karst dan gua batu kapur
     - stalagmit, stalaktit, tiang kalsit, sungai bawah tanah dsb.
Pelbagai rupa dan bentuk muka bumi gua batu kapur
     - kepelbagaian bmb yg unik & tersendiri ini membantu jana dan giatkan sektor pelancongan,
       khususnya eko-pelancongan. cth: Gua Niah & Gua Mulu (Swak), Gua Gumantong (Sabah), Batu
       Cave (Selangor) Gua Musang (Kelantan), dsb.
     - Batu Caves (Selangor) bukan hanya unik sebagai gua batu kapur, tetapi turut terkenal sbagai
        pusat keagamaan kaum India yang sekaligus menjadi daya tarikan pelancong utama di Malaysia.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhjW3rJ6uQbbgkg0gyCqXGNailWiHNxe8PdapJUkY0A0UPrGQz3-1GtoSzSzHhEWa5xvwkSfunJC4mGDGecHcAl342Os4zyewugivmLLgjYCQ8XHKsG9sFBtFN22Ua2jHnRYNSfjWHCxQ/s1600/batu-caves.jpg
Batu Caves di Selangor sentiasa menjadi tumpuan pelancong
b) Pembentukan pelbagai jenis tanih
- tanah laterit & gambut (luluhawa kimia secara pengoksidaan) - sektor pertanian : sesuai ditanam getah, kelapa sawit, dsb.

- tanah liat (kaolin) (luluhawa kimia secara hidrolisis) - sektor pks/iks : jd bhn mentah dlm pbuatan tembikar, seramik & pelbagai hasil kraf.

c) Medium pengangkutan dan perhubungan
- pembentukan sungai - medium pengangkutan & perhubungan.

No comments:

Post a Comment