Permukaan daratan dan lautan pada asalnya daripada hanya satu benua tunggal PANGEA dan satu lautan purba PANTHALASSA |
Pengenalan
- Taburan daratan dan lautan dapat dilihat daripada 2 sudut/ perspektif, umum dan terperinci, iaitu ;
- 71% daripada permukaan bumi asdalah lautan, dan 29% adalah daratan dan pulau-pulau.
ii) taburan secara terperinci
- terdapat 7 daratan benua utama (Asia, Australia, Eropah, Afrika, Amerika Utara, Amerika Selatan dan Antartika.
- 5 lautan utama (Lautan Pasifik, Lautan Hindi, Lautan Atlantik, Lautan Selatan (Antartika) dan Lautan Artik.
- Hemisfera Utara mempunyai kwsn daratan yg lebih luas, iaitu meliputi 39.4% berbanding 18.6% daratan di Hemisfera Selatan.
Permukaan daratan dan lautan masa kini |
- Daratan merujuk kepada semua jenis tanah atau daratan yang timbul dari permukaan aras laut termasuk bahagian daratan berhampiran yang cetek dan tenggelam yang dinamakan pentas benua. Pulau-pulau dan gugusan pulau termasuk dalam istilah daratan atau benua ini.
- Terdapat tujuh kawasan daratan yang diistilahkan sebagai benua di permukaan bumi iaitu Afrika, Amerika Utara, Amerika Tengah dan Selatan, Asia, Eropah, Australia ( termasuk New zealand ), dan Antartika.
Daratan Benua
- Daratan benua terdiri daripada 2 bahagian;
- pentas benua
- pergunungan
- ialah lapisan kerak bumi yg terdapat di pinggir benua dan bercerun landai hingga ke tubir benua.
- ianya merupakan kwsn yg cetek dgn kedalaman kurang drp 180m dgn lebar dan panjang yg berbeza-beza antara satu sama lain (80 - 1 500km).
- terdr drp pelbagai jenis mendapan/sedimen laut (tanah lanar, tanah liat, kelodak, pasir dan sisa hidupan yg telah mati spt cangkerang).
- Merujuk kepada kawasan tanah tinggi yang mempunyai puncak agak rata dan luas.
- Mempunyai bahagian tepi yang bercerun curam dan bertebing tinggi.
- Jenis-jenis dataran yang utama ialah dataran tinggi tektonik seperti dataran Tinggi Deccan, dataran Tinggi Arab, dataran tinggi antara gunung seperti daratan Tinggi British Columbia, Colorado dan Tibet , dataran tinggi sisa seperti Dataran Tinggi Rhine Tengah dan dataran tinggi gunung berapi seperti Dataran Tinggi Columbia –Snake.
Sistem gunung lipat dan banjaran gunung
- Melibatkan kedutan lapisan kerak bumi akibat daripada kuasa tekanan dan asakan terhadap kerak bumi.
- Berlaku sejak 600 juta tahun yang lalu yang menghasilkan gunung lipat muda dan gunung lipat tua.
- Proses pembentukannya dikenali sebagai orogenesis.
Tanah Pamah
- Tanah Pamah atau dataran adalah merupakan kawasan tanah rendah yang rata atau beralun tetapi jarang melebihi beberapa ratus kilometer dari aras laut.
- Tanah pamah merupakan kawasan yang paling subur di sesebuah negara dan selalunya digunakan sebagai kawasan petempatan, pertanian dan perindusterian.
- Tanah pamah boleh dibahagi kepada tiga jenis yang utama iaitu berdasarkan kepada asal kejadiannya :
- Dataran beralun
- Dataran mendap
- Dataran hakis
- Terbentuk daripada enapan sedimen seperti pasir , kelodak, lempung, batu lada dan sebagainya yang berasal dari laut.
- Bahan-bahan ini dimendapkan di dataran pantai dan terbentuklah paya masin, kukup, tanah pamah pasang surut dan tanah pamah muara.
- Penimbulan bumi mungkin meninggikan sedikit kedudukan pinggir pantai dan membentuk dataran pantai timbul.
TABURAN LAUTAN
- 70% permukaan bumi terdiri daripada laut dan lautan Lautan utama ialah lautan Pasifik, lautan Atlantik, lautan Hindi, lautan Artik dan laut-laut lain yang lebih kecil saiznya.
Profil rentas dasar lautan |
BENTUK MUKA BUMI LAUTAN
Tubir benua
- Tubir benua atau zon batial merujuk kepada bahagian dasar laut yang bercerun curam dan terletak antara pentas benua dan zon laut dalam.
- Kecuramannya antara 5 º hingga 27 º dan menganjur ke laut hingga sedalam 3 700 meter.
- Permukaannya mempunyai pelbagai bentuk yang kompleks seperti jurang, bukit-bukit dan permatang-permatang dasar laut.
- Merupakan bahagian lautan yang paling dalam iaitu antara 7000 meter hingga 11 000 meter.
- Terbentuk akibat pergerakan bumi dasar laut seperti gerakan tektonik yang menyebabkan satu bahagian dasar laut mengalami pengantaman dan seterusnya terjatuh jauh ke dalam kerak bumi.
- Terdapat beberapa jurang yang terkenal seperti Jurang Mariana dan Jurang Mindanao yang terletak berhampiran perairan Filipina.
- Jurang-jurang lain ialah Jurang Jawa, Jurang Puerto Rico dan Jurang Jepun.
Permatang dan Rabung dasar laut
- Terbentuk akibat daripada gelinciran,lipatan ,aktiviti gunung berapi dasar laut dan proses orogenik.
- Kejadian geliciran menghasilkan gunung bongkah dasar laut, proses lipatan di dasar laut menghasilkan rabung dasar laut dan pengeluaran lava gunung berapi dan proses orogenik akan menghasilkan banjaran-banjaran gunung spertimana di daratan.
- Satu contoh permatang dan rabung dasar laut ialah Permatang Tengah yang menganjur dari timur laut ke tenggara . Terdapat puncak-puncak yang ketinggiannya melebihi 1,000 meter, lurah dan teres-teres.
Dataran tinggi dasar laut
- Merujuk kepada kawasan-kawasan tanah tinggi di dasar laut yang mempunyai puncak yang agak rata dan luas
- Di puncak dataran tinggi ini terdapat gunung-gunung brapi perisai,gunung dasar dasar laut dan gunung datar dasar laut.
- Contoh, Dataran Tinggi Albatross di Lautan Pasifik, Dataran Tinggi Syechelles di Lautan Hindi dan Dataran Tinggi Azores di Lautan Atlantik Utara.
Pelantar Benua, Jurang Dan Pematang Tengah Lautan |
No comments:
Post a Comment