Tuesday 28 February 2017

Tajuk 3.2: Unsur-Unsur Cuaca & Iklim

Maksud

Cuaca - fenomena harian yg sentiasa berubah mengikut masa, iaitu sama ada pagi, petang atau malam yang melibatkan suhu, hujan, awan, angin, dll dalam skala yg kecil spt kws/ daerah/ negeri/wilayah.

Iklim - purata unsur2 cuaca dalam tempoh/jangka masa panjang, iaitu 30 tahun dan ke atas dan meliputi skala yg luas/besar spt negara/rantau/benua/dunia.

Elemen2/Unsur2 Cuaca & Iklim

1. Suhu - darjah kepanasan udara di sstu tempat/kwsn disebabkan oleh pancaran/ sinaran/ chy / bhgn matahari dan diukur dalam unit darjah selsius atau darjah fahrenheit. Alat : Termometer.

2. Kerpasan - titisan/cecair yg jatuh/turun drp awan ke pmb akibat tarikan graviti bumi. Cth: hujan, salji, hujan batu, hujan beku dan embun. Alat : Tolok hujan dlm unit mm padu.

3. Kelembapan Udara - jumlah/ peratusan wap air yg terkandung/terdapat dalam udara. Terbahagi kepada Kelembapan Mutlak dan Kelembapan Bandingan. Alat : Higrometer.

4. Tekanan Udara - berat jisim/isipadu udara yg dikenakan ke atas pmb, wujud dalam 2 keadaan iaitu Udara lembap (udara sejuk) dgn TUnya tinggi dan Udara kering (suhu panas) dgn TUnya rendah.
Alat : Barometer aneroid dlm unit mb(milibar).

5. Awan - titisan2/wap2 air yg terpeluwap/terkondenssasi dan terapung2 di ruang udara/atmosfera disebabkan oleh daya graviti. 3 kumpulan utama : Awan Tinggi (Sirrus), Awan Tengah (Alto) dan Awan Rendah (Kumulus)

6. Angin - udara yg bergerak secara mendatar/laminar atau berpusar dari pusat tekanan udara tinggi ke pusat tekanan udara rendah. Cth: angin laminar bergerak secara mendatar, ribut dan angin siklon bergerak secara berpusar. Alat :Anemometer, arah mata angin, wind shock, dll.

Suhu dan Tekanan Udara adalah berhubungan secara songsang, iaitu;
Suhu Tinggi (panas) ; TU Rendah, sebaliknya apabila
Suhu Rendah (sejuk) ; TU Tinggi

Elemen2/Usur2 cuaca dan iklim ini sangat mempengaruhi/ berperanan dalam mencorakkan pelbagai fenomena cuaca dan iklim yg berlaku/ terjadi di pmb. Sebarang perubahan kecil secara semulajadi mahupun melalui campurtangan manusia akan memberi/mendatangkan kesan yg sgt besar kpd alam sekitar fizikal dan alam sekitar manusia.



No comments:

Post a Comment