SEUNTAI KATA PEMBUKA BICARA...

Top 50 hình ảnh động chúc mừng năm mới - Happy New Year 2020 | Happy new  year gif, Happy new year images, New year gif

Selamat Datang, Salam Sejahtera, Selamat Tahun Baru 2018!!! Anda sangat dialu-alukan dalam blog ini. Semoga segala informasi yang dipaparkan dapat membantu kalian.

Saya percaya masih ada yang empunya rencana dan cita-cita yang masih belum terlaksana di tahun yang lalu dan meletakkan visi baru di Tahun Baru ini dengan tekad dan azam yang lebih baik. Kita semua pastinya rasa sangat bersyukur kerana masih diberi kesempatan dan nafas baru di tahun baru ini terus memperbaiki diri meniti puncak kejayaan yang diidamkan sesuai dengan rencana-Nya.

Menyedari akan hakikat itu, teruskan usaha murni kita masing-masing untuk mentransformasikan diri melalui pendidikan kerana hanya melaluinya perubahan dalam segenap aspek akan dicapai!

Ingatlah bahawa KEJAYAAN banyak terletak pada usaha DIRI SENDIRI dan semangat yang tidak pernah mengenal erti putus asa. Pepatah mengatakan di mana ada kemahuan, di situ ada jalan dan kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya kerana yang bulat takkan datang bergolek dan yang pipih takkan datang melayang!

Semoga kita semua beroleh kebahagiaan dan kejayaan yang paling cemerlang sebagaimana yang dihajati dengan izin, bimbingan dan petunjuk daripada TUHAN. Oleh itu, janganlah lupa untuk sentiasa berdoa dan mengucap Syukur ke atas segala yang telah kita nikmati selama ini.

SELAMAT MAJU JAYA & TERUSKAN USAHA YANG DISERTAI DENGAN KESUNGGUHAN TINGGI KE ARAH KECEMERLANGAN DIRI, KELUARGA, BANGSA DAN NEGARA YANG TERCINTA!!!

Monday, 4 January 2016

Struktur dan Kandungan Atmosfera

Definisi
Image result for gambar awanProf Shaharuddin Ahmad (2001) mendefinisikan atmosfera sebagai,
"Satu lapisan nipis gas tanpa bau, warna dan rasa yang berada di atas permukaan bumi disebabkan oleh daya tarikan graviti bumi”. 
  
Struktur Atmosfera 

- terdapat 5 lapisan utama, iaitu;
  
          Lapisan
Ciri-ciri

Fungsi/peranan/kepentingan


        Troposfera

         - paling hampir dgn pmb.                                    - Ketebalannya berbeza ikut kwsn 
           (18km di khatulistiwa & 8km di kutub).
         - Mengandungi O², CO², CnH2n, wap air,    
            dsb.
         - Suhu & TU akan berkurangan ikut         
            ketinggian (kerana alami kadar tukaran          adiabatik).


           - Menampung kehidupan manusia, haiwan &       tumbuhan (ada O², CO² & air hujan).
          - Berlaku pelbg fenomena cuaca – hujan,    
                  angin, salji,  ribut, petir dsb.
          -penebat suhu atau bahangan matahari & bumi.
           Ia bfungsi utk menyerap kedua- dua  atau            bahangan supaya suhu bumisentiasa stabil. 
           Maknanya, ia menghalang kehilangan haba
           dari pmb.


         Stratosfera
        - Turut dikenali sebagai ozonosfera.
        - Terletak di lapisan troposfera dan menganjur
           kira-kira 50km dari pmb.
         - Lapisan ini tidak berawan, kering &  lebih stabil.
        - Suhunya meningkat ikut ketinggian krn  kehadiran lapisan ozon pd ketinggian 25km.

        - Lapisan ini mengandungi gas ozon yang 
          berfungsi menyerap sinar lembayung 
          matahari dan seterusnya melindungi 
          manusia, tumbuh-tumbuhan dan  
          haiwan daripada radiasi yang berlebihan
          sinaran tersebut.

      
       Mesosfera 
     
          - Terletak kira-kira 50km-80km dari pmb.
          - Udara didalamnya adalah amat nipis & 
            mempunyai suhu yang sejuk apabila semakin
            tinggi ke angkasa sehingga mencecah -80°C.
          - terdapat awan noktilusen (awan yg sgt  lembut,   
            nipis & tak dpt dilihat mata kasar).

           - berlakunya pemusnahan & phancuran tahi   
             bintang/meteorit.



            Termosfera          

          - terletak 80km – 100km dr pmb.
          - suhu meningkat cepat (jd panas) a/bila    semakin   tinggi. Ini krn O² & nitrogen  menyerap   byk sinar     UV & menukarkannya  mjadi tenaga   haba.
          - suhunya amat tinggi juga disbbkn oleh  aktiviti 
            pengionan & boleh mcapai hampir 1200°C.


          - pd ketinggi lebih 100km, tdpt ion2 yg    
            memantulkan      gelombang radio yg sgt ptg     utk penyiaran, perhubungan  & 
           telekomunikasi.

         *Ionosfera
          - lapisan atas termosfera sebelum bertemu dgn   
            ekzosfera.
          - letakannya 80km – 500km dr pmb.
          - tdpt aurora (kilauan chy bwarna-warni yg thasil   akibat tindakan zarah2 bercas dgn gas2    atmosfera  & magnet bumi).


          Ekzosfera
          - lapisan paling atas atmosfera bumi.
          - jadi sempadan antara atmosfera bumi dgn  angkasa lepas.
          - letakannya 500km – 1000km dr pmb.
          - terbentuk oleh gas & atom O², hidrogen &  helium  (1% drpnya diionkan). Atom helium  neutral &    atom hidrogen boleh tbebas ke  angkasa lepas krn    perubahan perlanggaran  molekul bkenaan.

           - lapisan magnetosferanya (letakan 4000 –   
             20000km dr pmb) mjadi perisai/pelindung         bumi drp pelbg jenis pancaran bahaya dr 
             angkasa.

Struktur atmosfera mengikut ketinggian
Ciri dan Peranan Lapisan Atmosfera Bumi       

 Kandungan / Komposisi Atmosfera

-          Terdiri drp gas kekal, gas berubah & juzuk bukan gas.
-          Gas kekal merupakan gas yg tetap di atmosfera spt;
  •          Nitrogen (78%)
  •          O2 (21%)                     
  •          Argon (0.93%) 
  •          CO2 (0.03%) 
  •          selebihnya (lain2)
-          gas berubah – gas yg kandungannya tidak tetap di atmosfera, spt;
     o   CO² (ini sentiasa bertambah)
     o   O³ (semakin kurang)
     o   CFC (smakin bertambah)
     o   Nitrogen oksida (semakin bertambah)
     o   Sulfur dioksida (semakin bertambah)

 -          Juzuk bukan gas pula terdiri drp habuk, asap, zarah garam, zarah tanah, habuk gng berapi, 
      wap air, partikel terampai (komponen asbut/PM10).                                                                                                                                                           
Kesimpulan

-          Jelaslah menunjukkan bhw atmosfera bumi mempunyai kandungan dan struktur yang sangat penting terhadap segala proses fizikal di muka bumi dan kehidupan, terutamanya manusia.
-          Namun, keseimbangan gas antara O² dan CO² tidak tercapai.
-          Penggunaan bahan2 CFC – tingkatkan penipisan O² yg menjurus kpd pemanasan global/ peningkatan suhu setempat.

Monday, 6 July 2015

TABURAN DARATAN DAN LAUTAN

Berikan Balasan Batalkan balasan
Permukaan daratan dan lautan pada asalnya daripada
hanya satu benua tunggal PANGEA dan
satu lautan purba PANTHALASSA 

Pengenalan
  • Taburan daratan dan lautan dapat dilihat daripada 2 sudut/ perspektif, umum dan terperinci, iaitu ;
i) taburan secara umum
- 71% daripada permukaan bumi asdalah lautan, dan 29% adalah daratan dan pulau-pulau.

ii) taburan secara terperinci 
- terdapat 7 daratan benua utama (Asia, Australia, Eropah, Afrika, Amerika Utara, Amerika Selatan dan Antartika.
- 5 lautan utama (Lautan Pasifik, Lautan Hindi, Lautan Atlantik, Lautan Selatan (Antartika) dan Lautan Artik. 

  • Hemisfera Utara mempunyai kwsn daratan yg lebih luas, iaitu meliputi 39.4% berbanding 18.6% daratan di Hemisfera Selatan.

Permukaan daratan dan lautan masa kini

KONSEP DARATAN
  • Daratan merujuk kepada semua jenis tanah atau daratan yang timbul dari permukaan aras laut termasuk bahagian daratan berhampiran yang cetek dan tenggelam yang dinamakan pentas benua. Pulau-pulau dan gugusan pulau termasuk dalam istilah daratan atau benua ini. 
  • Terdapat tujuh kawasan daratan yang diistilahkan sebagai benua di permukaan bumi iaitu Afrika, Amerika Utara, Amerika Tengah dan Selatan, Asia, Eropah, Australia ( termasuk New zealand ), dan Antartika.
Daratan Benua
  • Daratan benua terdiri daripada 2 bahagian;
  1. pentas benua
  2. pergunungan
Pentas benua
  • ialah lapisan kerak bumi yg terdapat di pinggir benua dan bercerun landai hingga ke tubir benua.
  • ianya merupakan kwsn yg cetek dgn kedalaman kurang drp 180m dgn lebar dan panjang yg berbeza-beza antara satu sama lain (80 - 1 500km).
  • terdr drp pelbagai jenis mendapan/sedimen laut (tanah lanar, tanah liat, kelodak, pasir dan sisa hidupan yg telah mati spt cangkerang).
Dataran tinggi
  • Merujuk kepada kawasan tanah tinggi yang mempunyai puncak agak rata dan luas. 
  • Mempunyai bahagian tepi yang bercerun curam dan bertebing tinggi. 
  • Jenis-jenis dataran yang utama ialah dataran tinggi tektonik seperti dataran Tinggi Deccan, dataran Tinggi Arab, dataran tinggi antara gunung seperti daratan Tinggi British Columbia, Colorado dan Tibet , dataran tinggi sisa seperti Dataran Tinggi Rhine Tengah dan dataran tinggi gunung berapi seperti Dataran Tinggi Columbia –Snake.

Sistem gunung lipat dan banjaran gunung
  • Melibatkan kedutan lapisan kerak bumi akibat daripada kuasa tekanan dan asakan terhadap kerak bumi. 
  • Berlaku sejak 600 juta tahun yang lalu yang menghasilkan gunung lipat muda dan gunung lipat tua. 
  • Proses pembentukannya dikenali sebagai orogenesis.     

Tanah Pamah    
  • Tanah Pamah atau dataran adalah merupakan kawasan tanah rendah yang rata atau beralun tetapi jarang melebihi beberapa ratus kilometer dari aras laut. 
  • Tanah pamah merupakan kawasan yang paling subur di sesebuah negara dan selalunya digunakan sebagai kawasan petempatan, pertanian dan perindusterian. 
  • Tanah pamah boleh dibahagi kepada tiga jenis yang utama iaitu berdasarkan kepada asal kejadiannya :
  1. Dataran beralun
  2. Dataran mendap
  3. Dataran hakis
Dataran pantai 
  • Terbentuk daripada enapan sedimen seperti pasir , kelodak, lempung, batu lada dan sebagainya yang berasal dari laut. 
  • Bahan-bahan ini dimendapkan di dataran pantai dan  terbentuklah paya masin, kukup, tanah pamah pasang surut dan tanah pamah muara. 
  • Penimbulan bumi mungkin meninggikan sedikit kedudukan pinggir pantai dan membentuk dataran pantai timbul.

TABURAN LAUTAN 
    Profil rentas dasar lautan
  • 70% permukaan bumi terdiri daripada laut dan lautan Lautan utama ialah lautan Pasifik, lautan Atlantik, lautan Hindi, lautan Artik dan laut-laut lain yang lebih kecil saiznya.
BENTUK MUKA BUMI LAUTAN

Tubir benua      
  • Tubir benua atau zon batial merujuk kepada bahagian dasar laut yang bercerun curam dan terletak antara pentas benua dan zon laut dalam.
  • Kecuramannya antara 5 º hingga 27 º dan menganjur ke laut hingga sedalam 3 700 meter. 
  • Permukaannya mempunyai pelbagai bentuk yang kompleks seperti jurang, bukit-bukit dan permatang-permatang dasar laut. 
Jurang lautan 
  • Merupakan bahagian lautan yang paling dalam iaitu antara 7000 meter hingga 11 000 meter.
  • Terbentuk akibat pergerakan bumi dasar laut seperti gerakan tektonik yang  menyebabkan   satu bahagian dasar laut mengalami pengantaman dan seterusnya terjatuh jauh ke dalam  kerak bumi.
  • Terdapat beberapa jurang yang terkenal seperti Jurang Mariana dan Jurang Mindanao yang terletak berhampiran perairan Filipina. 
  • Jurang-jurang lain ialah Jurang Jawa, Jurang Puerto Rico dan Jurang Jepun.    

Permatang dan Rabung dasar laut 
  • Terbentuk akibat  daripada gelinciran,lipatan ,aktiviti gunung berapi dasar laut dan proses orogenik. 
  • Kejadian geliciran menghasilkan gunung bongkah dasar laut, proses lipatan di dasar laut menghasilkan rabung dasar laut dan pengeluaran lava gunung berapi  dan proses orogenik akan menghasilkan banjaran-banjaran gunung spertimana di daratan. 
  • Satu contoh permatang dan rabung dasar laut ialah Permatang Tengah yang menganjur dari timur laut ke tenggara . Terdapat puncak-puncak yang ketinggiannya melebihi 1,000 meter, lurah dan teres-teres. 

Dataran tinggi dasar laut
  • Merujuk kepada kawasan-kawasan tanah tinggi di dasar laut yang mempunyai puncak yang agak rata dan luas 
  • Di puncak dataran tinggi ini terdapat gunung-gunung brapi perisai,gunung dasar dasar laut dan gunung datar dasar laut. 
  • Contoh, Dataran Tinggi Albatross di Lautan Pasifik, Dataran Tinggi Syechelles di Lautan Hindi dan Dataran Tinggi Azores di Lautan Atlantik Utara.
Pelantar Benua, Jurang Dan Pematang Tengah Lautan