Wednesday, 4 April 2012

Konsep Ekologi dan Ekosistem

a)Konsep Ekologi 
- kajian tentang hubungan antara organisma hidup dengan persekitarannya. 
- hidupan - saling bergantung sesama sendiri & saling bergantung dengan    persekitarannya dalam komuniti masing-masing ataupun dengan komuniti lain.
- Istilah ekologi diperkenalkan oleh Ernst Haeckel(1869). 
- Menurut beliau;
"perkataan ekologi itu berasal daripada perkataan Yunani, 'oikos' yang bermaksud rumah atau tempat tinggal. Ini bermakna ekologi adalah satu bidang yang mengkaji tentang rumah atau tempat tinggal organisma-organisma". 
- dlm ekologi, tempat tinggal dikenali sbg habitat.
- konsep terpenting - "saling bergantungan atau saling berinteraksi" antara hidupan-hidupan & hidupan-bukan hidupan yg tinggal dlm sstu habitat itu serta berinteraksi dgn hidupan dlm habitat yg lain.

b) Konsep Ekosistem
- oleh A.G. Tansley(1935).
- kombinasi konsep "ekologi" & "sistem".
- jika ekologi merujuk kpd rumah atau habitat, sistem pula merujuk kpd saling kaitan antara organisma2 yg menghuni rumah(habitat) tersebut.
- ini bererti, ekosistem ialah pecahan unit2 kecil yg dikaji dlm ekologi.
- ekosistem (kecil/mikro) & ekologi (besar/makro).
- dari segi saiz, ekosistem terbahagi kpd 3 saiz/skala utama:Meso, Mikro & Makro.

Maka, daripada penjelasan di atas, maksud ekologi dan ekosistem adalah seperti berikut;

Ekologi : Merupakan cabang/bidang sains yang mengkaji saling bergantungan/ hubungan timbal balik antara makhluk/organisma hidup dengan persekitarannya.

Ekosistem : Merupakan satu sistem dimana dua
komponen, iaitu komponen biotik (benda/unsur hidupan) dan komponen abiotik (unsur bukan hidupan) saling memerlukan/
bertindak balas dan bergantungan antara satu sama lain

dalam satu unit ruang untuk mencapai keseimbangan.


Skala / saiz ekosistem & contohnya

Ekosistem meliputi konsep habitat, populasi, komuniti,
koloni dan spesies.

i) Habitat: Merujuk kepada tempat tinggal bagi suatu
makhluk hidup di samping menjadi tempat membiak,
perlindungan, mencari makanan dan air.
ii) Spesies: Merujuk kepada satu jenis organisma yang
mempunyai ciri, rupa bentuk,keturunan, cara membiak
serta pemakanan yang sama dalam sesebuah ekosistem
iii) Populasi: Merujuk kepada kumpulan organisma hidup
daripada spesies sama yang mendiami sesebuah ekosistem
yang sama.
iv) Komuniti: Pelbagai jenis populasi yang saling berinteraksi
dan mempengaruhi satu sama lain dalam satu unit ruang
untuk mencapai keseimbangan. Komuniti tidak melibatkan
komponen abiotik
v) Koloni: Merupakan organisma hidup yang tinggal secara
berkumpulan dan saling bekerjasama antara satu sama lain
dalam mencari makanan, membina kawasan perlindungan
dan sama-sama mempertahankan keselamatan bagi

kelangsungan hidup kumpulan tersebut.

  * populasi - individu spesies yg berkumpulan(mikro).
  * komuniti - perkumpulan populasi yg berlainan jenis(makro).  
             - cth: hutan, padang rumput, burung, ikan dsb.
- ahli biologi menegaskan-komuniti merupakan satu kombinasi yg jelas antara tumbuhan, binatang(haiwan) & manusia yg hidup dlm ssbuah ekosistem.

Semoga bermanfaat & selamat maju jaya...
 

No comments:

Post a Comment