Thursday 5 April 2012

Komponen Asas Ekosistem

- Menurut Odum (1971) - 2 komponen utama ekosistem iaitu,
   i) komponen biotik (unsur hidupan)
  ii) komponen abiotik (unsur bukan hidupan)

i) Komponen Biotik
   - merupakan elemen/unsur hidupan dlm ssbuah ekosistem.
   - terdiri drp pengeluar, pengguna yg mana ianya dibahagikan kepada kumpulan autotrof dan
      kumpulan heterotrof :

*Kumpulan Autotrof: kumpulan organisma yg dapat membuat makanannya sendiri (melalui proses fotosintesis) & terdiri daripada kumpulan tumbuh-tumbuhan.

*Kumpulan Heterotrof: tidak dapat/mampu membuat makanannya sendiri tetapi memakan hidupan lain untuk mendapatkan tenaga & meneruskan kelangsungan hidup.
   - cth: ulat, burung, ular, tikus, manusia, dsb.

ii) Komponen Abiotik:
- merupakan elemen/unsur/ benda bukan hidupan
- cth: cahaya matahari, air, udara/gas dan nutrien/mineral tanah.

Cahaya matahari: Komponen asas untuk membekalkan tenaga kepada sesebuah ekosistem. Digunakan oleh tumbuhan untuk menghasilkan makanan sendiri melalui proses fotosintesis.

Air: Komponen asas dalam sesebuah ekosistem yang menjadi sumber minuman kepada hidupan, bekalan air untuk tumbuhan, menjadi habitat pelbagai jenis hidupan akuatik. Juga menjadi pelarut yang berkesan untuk menukar bahan organik yang larut dalam air menjadi nutrien tanah.

Udara: Terdiri daripada pelbagai jenis gas dan wap air untuk kegunaan hidupan dan tumbuhan dalam sesebuah ekosistem.

Tanah: Terdiri daripada pemendapan sisa hakisan dan luluhawa yang menyediakan bahan-bahan galian yang diperlukan oleh sesuatu ekosistem. Kesuburan tanih penting untuk tumbuhan membesar, berbunga dan berbuah.

* pembahagian ekosistem kpd komponen biotik & abiotik ini menepati pendekatan fungsi (fungsional).
* dalam hal ini, tenaga dari cahaya matahari menjadi penggerak utama kpd unsur biotik & abiotik ini & kedua-duanya saling bergantung (berinteraksi) antara satu sama lain.

* selain itu, ekosistem juga boleh dikaji menggunakan pendekatan struktural (berstruktur).
* dlm hal ini, ekosistem terbahagi kpd 4 bahagian utama, iaitu;
   i) bahan bukan organik - merupakan kitaran bahan kimia dlm ssbuah ekosistem.
                                            - cth: bhn2 organik spt fosforus, kalsium, nitrogen, karbon dioksida,       
                                                      oksigen,  dll.

   ii) organisma autotrof - organisma (hidupan) yg menggunakan tenaga suria (chy m/hari)
                                            secara langsung utk mhasilkan mknannya sendiri (melalui proses
                                            fotosintesis).
                                        - cth: pelbagai jenis tumbuhan & organisma mikroskopik spt fitoplankton).

  iii) organisma heterotropik - merupakan kumpulan pengguna makro.
                                          - 3 kumpulan;
                                             a) herbivor : hidupan/haiwan yg mkn tumbuhan shj (beluncas, rusa, dsb)
                                             b) karnivor : hidupan/haiwan yg mkn daging (harimau, singa, dsb)
                                             c) omnivor : hidupan/haiwan yg mkn tumbuhan & daging (manusia)

iv) organisma pereput & pengurai - mikroorganisma yg menguraikan bahan2 organik yg kompleks,
                                                      mereputkan bangkai hidupan yg telah mati, & mengeluarkan
                                                      semua  bahan organik utk dijadikan sumber nutrien yg diperlukan
                                                      oleh tanah yg seterusnya diserap oleh tumbuhan pengeluar.
                                                      - cth: fungi, kulat, bakteria & protozoa.

Sekian, semoga bermanfaat...

No comments:

Post a Comment