Monday 16 April 2012

Rantaian dan Siratan Makanan (Food Chain/Web)



Rantaian makanan merujuk kpd satu proses pemindahan atau aliran tenaga yang berlaku dalam konteks hubungan mangsa-pemangsa. Pemindahan / aliran ini melibatkan elemen-elemen kimia dan beberapa jenis sebatian daripada satu organisma kepada organisma yang lain di sepanjang aliran itu berlaku.

Ia melibatkan aras trofik yg berbeza bermula dr pengeluar ke pengguna hinggalah ke pereput/ pengurai yg berlaku dlm ssbuah ekosistem.

Secara mudahnya (biasanya), rantaian makanan bmula dgn kehadiran tenaga matahari yg digunakan oleh tumbuhan pengeluar. Tumbuhan akan mengeluarkan daun, bunga dan buah yg akan dimakan oleh organisma/haiwan heterotropik (selaku pengguna primer, sekunder, tertier) bermula dengan haiwan herbivor spt beluncas, kancil, rusa dsb.

Haiwan herbivor ini pula akan dimakan pula oleh pengguna karnivor spt harimau, singa dsb.

Seterusnya, haiwan karnivor ini pula dimakan oleh pengguna omnivor, iaitu kumpulan hidupan yg memakan tumbuhan dan daging. Cth yg paling dominan/ mudah ialah manusia.

Akhirnya, drp pengguna - kpd pengurai/pereput - kembali semula kpd pengeluar (nutrien/mineral/galian).

Rantaian makanan secara amnya bergerak secara sehala/lurus.

Cth rantaian makanan dalam ekosistem pertanian (sawah padi) :

Cahaya matahari (sumber tenaga) - Pokok padi - Tikus - Ular - Helang - Pereput/pengurai


Berbeza dengan rantaian makanan, siratan makanan pula adalah lebih kompleks sifatnya kerana dalam suatu siratan makanan, aliran dan pemindahan tenaga yang berlaku adalah dari dan ke pelbagai arah dalam hubungan mangsa-pemangsa.

 
Siratan makanan
 

No comments:

Post a Comment