Thursday 5 July 2018

1.2: TABURAN PENDUDUK

Maksud Taburan Penduduk

Merujuk kepada sebaran/agihan penduduk di atas ruang/permukaan bumi bagi/untuk/dalam tempoh/ jangka masa tertentu dengan mewujudkan kawasan yg berpenduduk padat, sederhana padat dan jarang.

Dua aspek penting berkaitan taburan penduduk ialah kepadatan penduduk dan pola taburan penduduk.

i) Kepadatan penduduk - jumlah/bilangan penduduk yg mendiami sstu kws bg setiap satu KM persegi (1/km𝟸).
ii) Pola taburan - sebaran/agihan penduduk di sstu kws, iaitu kws berpenduduk padat, kws sederhana dan kws berpenduduk jarang.

Secara umumnya, taburan penduduk di atas muka bumi ini adalah tidak sekata/ tidak seimbang. Hal ini disebabkan oleh faktor-faktor seperti faktor fizikal, faktor sosial dan faktor ekonomi selain faktor governan.

Gambaran soalan
Takrifkan taburan penduduk.
Apakah yang dimaksudkan sebaagi taburan penduduk?
Takrifkan pola taburan penduduk di sesuatu kawasan.
Apakah yang dimaksudkan sebagai/ dengan taburan/pola taburan penduduk?

Kajian Kes: Ketidakseimbangan Taburan Penduduk Negara Malaysia

Taburan penduduk negara Malaysia adalah tiak seimbang/tidak sekata. Hal ini jelas dapat dilihat berdasarkan wilayah negeri dan kawasan yg terdapat di Malaysia. Antara faktor-faktor yg menyebabkannya ialah;

1. Perbezaan bentuk muka bumi.
2. Perbezaan saiz/luas kawasan
3. Pengaruh pola/ jenis tanih & saliran
4. Perkembangan kemudahan sistem pengangkutan & perhubungan
5. Peningkatan kemudahan pendidikan
6. Kemajuan / perkembangan proses pembandaran/urbanisasi
7. Perkembangan kegiatan ekonomi moden
8. Perkembangan/kemajuan kemudahan kesihatan/perubatan
9. Kekayaan sumber alam
10. Faktor sejarah

Gambaran soalan
Huraikan/jelaskan/terangkan faktor2 yang menyebabkan ketidakseimbangan taburan penduduk di sesuatu kawasan/ di negara Malaysia.
Bagaimanakah faktor ekonomi menyebabkan ketakseimbangan taburan penduduk di sesuatu kawasan/ negara Malaysia?
Huraikan/jelaskan/terangkan bagaimana faktor ekonomi mempengaruhi taburan/pola taburan dan kepadatan penduduk sesuatu kwsn/negara Malaysia.



2 comments: