Sunday 1 July 2018

2.1 : PROSES GEOMORFOLOGI

2.1. PROSES GEOMORFOLOGI

Pengenalan & Maksud

- asal istilah Yunani ; Geo (bumi), Morphe (bentuk) dan logos (kajian) yg mbawa maksud "kajian mengenai bentuk bumi".
- satu bidang sains bumi yang mengkaji interaksi/hubungan/saling bergantung antara proses, faktor dan bentuk di permukaan bumi secara sainstifik. 
- bermaksud semua/segala proses fizikal, kimia dan biologi yg bertanggungjawab membentuk dan mengubah bmb (pandang darat fizikal @ landskap fizikal).

Proses-proses Geomorfologi

- 2 proses utama ;
(i) Proses eksogenik (proses-proses luaran)
(ii) Proses endogenik (proses-proses dalaman)

(i) Proses eksogenik
- dijana/digerakkan oleh tenaga eksogen/eksogenik/eksogenetik, iaitu tenaga cahaya matahari (gelombang pendek).
- chya matahari ini akan mewujudkan tenaga bahangan/tenaga haba, tenaga kinetik, tenaga keupayaan untuk melakukan pelbagai poses fizikal di muka bumi spt luluhawa, hakisan, gerakan jisim, pengangkutan, dan pemendapan.

i1. Hakisan- proses penghausan atau pengukiran permukaan bumi dan pemindahan bahan terhakis      
                    oleh agen yg bergerak spt air yg mengalir, titisan hujan, angin dan glasier.
i2. Luluhawa- proses pemecahan dan penguraian batuan secara insitu oleh agen luluhawa.
i3. Pergerakan jisim- pergerakan bahan terluluhawa (regolit) menuruni cerun akibat tarikan graviti.
i4. Pemendapan- penimbunan/ perlonggokan bahan regolit oleh agen pengangkutan spt air  
                            mengalir, angin dan ombak.
i5. Pengangkutan- merujuk kpd ampaian, larutan, seretan, iaitu pemindahan beban/ bahan dari hulu 
                              ke hilir oleh air sungai dan ombak secara ampaian, larutan, seretan, golekan, 
                              loncatan, apungan).
      
(ii) Proses endogenik
- dijanakan oleh tenaga dalaman bumi.
- menyebabkan hanyutan benua, lipatan dan gelinciran kerak bumi, aktiviti igneus dan pembentukan gunung berapi dan metamorfosisme (pembentukan) batuan.
- bertanggungjawab terhadap pembentukan gunung-ganang, banjaran gunung, kejadian gempa bumi,letusan gunung berapi & tsunami.

ii1 - Pergerakan plat tektoik/hanyutan benua, merujuk kepada pencapahan/pertembungan/perselisihan plat2/kerak2 bumi secara bertentangan, mengarah satu sama lain dan berselisih.

ii2 - Pembentukan gunung berapi & akt igneus, iaitu proses pembentukan bmb jalar luar dan bmb  jalar dalam.

ii3 - Gempa bumi, iaitu pelepasan tng secara tiba2 dr dalam bumi oleh arus perolakan magma yg menghasilkan tng seismik menyebabkan kerak bumi bertembung, berselisih atau mencapah antara satu sama lain.

ii4 - Metamorfosisme batuan, iaitu perikatan dan penjelmaan batuan igneus, batuan enapan dan batuan jelmaan akibat tekanan dan suhu yg tinggi di dlm kerak bumi.

ii5 - Lipatan kerak bumi, 2 plat / kerak bumi bertembung atau bergerak mengarah ke arah satu sama lain akibat daya mampatan/himpitan dr kedua2 arah sisi plat/kerak bumi. Bahagian kerak bumi yg lembut akan terlipat ke atas.

ii6 - Gelinciran kerak bumi, perselisihan antara plat bumi menyebabkan berlaku perubahan secara menegak dan mendatar akibat daya tegangan dan himpitan menyebabkan satu bahagian plat/kerak bumi tergelincir ke atas atau ke bawah.


Peranan/ Pengaruh/ Kesan Proses2 Geomorfologi

i) Terhadap aktiviti manusia

i1 - Luluhawa - pbentukan regolit mhasilkan tanih yg subur utk akt pertanian.
i2 - Gerakan jisim - pergerakan tanah jatuh ke baawah memusnahkan tanaman.
i3 - Hakisan - tindakan larian air permukaan  oleh air hujan melarikan/ menghanyutkan lapisan atas tanih/top soil yg subur, nutrien tanih hilang. Hal ini memaksa pembajakan terpaksa dilakukan utk mengembalikan kesuburan tanih.
i4 - Pemendapan - penimbunan bahan/regolit meningkatkan kualiti tanih. Hal ini memulihkan kesuburan tanih, akt pertanian giat dilakukan. cth. pemendapan di tebing sg mbentuk tanih aluvium yg subur utk penanaman padi sawah.
i5 - Pembentukan gunung berapi - letusannya menghasilkan lava bes yg subur utk akt pertanian. cth penanaman padi sawah di Pulau Jawa, Indonesia.
i6 - Gempa bumi - pergerakan tanih akibatkan gegaran di daratan / tsunami di lautan akan memusnahkan byk kwsan pertanian/ tanaman, dsb.

ii) Terhadap alam sekitar fizikal

ii1- Luluhawa - mhasilkan tanih yg subur. cth. tanih laterit, kaolin & gambut.
ii2 - Gerakan jisim - berlaku tanah runtuh, aliran lumpur, dsb
ii3 - Hakisan - mbentuk lopak, gegalur dan gegalir.
ii4 - Pemendapan - mbentuk tasik ladam, beting pasir, tetanjung, pantai, permatang, tetambak, delta, tombolo.
ii5 - Gunung berapi - mhasilkan lava bes dan lava asid yg subur. Juga bmb jalar luar dan jalar dalam.
ii6 - Pergerakan plat tektonik - sebabkan hanyutan benua

Soalan Tutorial;

Tutorial 1 : Jelaskan proses pembentukan bentuk muka bumi yang terhasil akibat daripada pergerakan plat tektonik. [12]

TIPS:
i. Soalan bertanyakan PROSES/MEKANISME, maksudnya 4 isi x 3m = 12m.
ii. Perancangan jawapan : Pernyataan isi (proses) + BMB + huraian.
iii. Tidak perlu kesimpulan sbb markah genap, 12m.

Tutorial 2 : Jelaskan bagaimana proses geomorfologi memberikan kesan terhadap aktiviti / kegiatan pertanian di sesuatu kawasan. [12]

TIPS:
i. Soalan bertanyakan proses dulu baru kesannya thdp akt pertanian (kesan baik atau tidak baik).
ii. Perancangan jawapan : pernyataan isi (proses) + kesannya (hasil)
iii. Tidak perlu kesimpulan sebab markah genap, 12m.

Tutorial 3 : Nilaikan kepentingan bentuk muka bumi pemendapan terhadap akt manusia di pinggir pantai. [13]

TIPS:
i. Kata tugasan soalan - Nilaikan...
ii. Markah diperuntukkan - 13m (1m utk kesimpulan)
iii. Perlu ada 6 pernyatan isi/fakta + huraian, 6 X 2m = 12m + 1m = 13m.
iv. Perancangan jawapan : BMB + apa aktiviti yg boleh dijalankan di pinggir pantai (boleh berulang).

No comments:

Post a Comment