SEUNTAI KATA PEMBUKA BICARA...

Top 50 hình ảnh động chúc mừng năm mới - Happy New Year 2020 | Happy new  year gif, Happy new year images, New year gif

Selamat Datang, Salam Sejahtera, Selamat Tahun Baru 2018!!! Anda sangat dialu-alukan dalam blog ini. Semoga segala informasi yang dipaparkan dapat membantu kalian.

Saya percaya masih ada yang empunya rencana dan cita-cita yang masih belum terlaksana di tahun yang lalu dan meletakkan visi baru di Tahun Baru ini dengan tekad dan azam yang lebih baik. Kita semua pastinya rasa sangat bersyukur kerana masih diberi kesempatan dan nafas baru di tahun baru ini terus memperbaiki diri meniti puncak kejayaan yang diidamkan sesuai dengan rencana-Nya.

Menyedari akan hakikat itu, teruskan usaha murni kita masing-masing untuk mentransformasikan diri melalui pendidikan kerana hanya melaluinya perubahan dalam segenap aspek akan dicapai!

Ingatlah bahawa KEJAYAAN banyak terletak pada usaha DIRI SENDIRI dan semangat yang tidak pernah mengenal erti putus asa. Pepatah mengatakan di mana ada kemahuan, di situ ada jalan dan kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya kerana yang bulat takkan datang bergolek dan yang pipih takkan datang melayang!

Semoga kita semua beroleh kebahagiaan dan kejayaan yang paling cemerlang sebagaimana yang dihajati dengan izin, bimbingan dan petunjuk daripada TUHAN. Oleh itu, janganlah lupa untuk sentiasa berdoa dan mengucap Syukur ke atas segala yang telah kita nikmati selama ini.

SELAMAT MAJU JAYA & TERUSKAN USAHA YANG DISERTAI DENGAN KESUNGGUHAN TINGGI KE ARAH KECEMERLANGAN DIRI, KELUARGA, BANGSA DAN NEGARA YANG TERCINTA!!!

Monday 25 June 2018

1.4. Tenaga

Apa itu tenaga?
Takrifkan tenaga?
Apakah yang dimaksudkan/ ditakrifkan sebagai tenaga?

Takrif/maksud umum:
Tenaga ialah daya/keupayaan/kemampuan untuk melakukan/mengoperasikan/mgerakkan sstu kerja/proses.

Takrif/maksud khusus dlm konsteks alam sekitar fizikal:
Tenaga ialah daya/keupayaan/kemampuan untuk melakukan/megoperasikan/mgerakkan proses2 fizikal, iaitu proses eksogen spt proses luluhawa, proses hakisan, proses pengangkutan, proses pemendapan, proses fotosintesis, proses kitaran hidrologi dan sebagainya serta proses endogen spt proses hanyutan benua, proses perlipatan dan gelinciran kerak bumi, aktiviti igneus dan pembentkan gng berapi, pembentukan/metamorfosisme batuan, dsb.

Cth: Tenaga matahari, tng. haba, tng. solar, tng. elektrik, tng. kinetik, tng. potensi, etc.

Ciri-ciri Tenaga
i) Tidak boleh dicipta/dihasilkan.

ii) Boleh berubah/bertukar bentuk kepada bentuk tenaga yang lain
Cth: Tng chy mhari (tng haba/bhgan) ditukar kpd tng kimia apabila digunakan oleh unsur hidupan di muka bumi, terutamanya dalam proses fotosintesis dan metabolisme.

iii) Tidak boleh dimusnahkan.

Jenis-jenis Tenaga
i) Tng eksogenik/eksogenetik/ eksogen
Cth: tng mh/suria, tng haba, tng kinetik, tng. keupayaan, tng kimia, tng keupayaan, etc.

ii) Tng endogenik/endogenetik/endogen
Cth: tng haba dlm bumi, tng radiogenik, tng seismik, tng graviti, tng magnetik, tng geoterma, etc.

Punca Tenaga
i) Tng eksogenik/eksogenetik/ eksogen - bpunca dr luar bumi; sinaran chy mh (gelombang elektromagnet pendek)
ii) Tng endogenik/endogenetik/endogen - bpunca dr dalam bumi; pencerakinan nukleus atom, etc.

Cth: Tng radiogenik, tng haba dlm bumi, tng. magnetik, tng graviti, tng geoterma, etc.

Peranan/Pengaruh Tenaga
Secara umumnya, tenaga bertanggungjawab/berperanan dalam mengerakkan/ mjana pelbagai proses geomorfologi, iaitu;

i) proses eksogenik/eksogen/eksogenetik
(chy/sinaran mh - bekalkan tng haba/bahangan yg seterusnya membentuk/hasilkan tng2 yg lain utk mgerakkan proses luluhawa, hakisan, gerakan jisim, fotosintesis, sejatan, pengangkutan, pemendapan, etc.

ii) proses endogen/endogen/endogenetik
(tng haba dlm bumi - tng seismik, tng graviti, tng geoterma, etc - bolehkan proses2 hanyutan benua, perlipatan dan gelinciran kerak bumi, isostasi, proses igneus dan akt gunung berapi, metamorfosisme/pembentukan batuan.

Peranan/pengaruh tenaga suria terhadap tumbuhan

i. Membolehkan proses fotosintesis berlaku.

ii. Menyebabkan berlaku proses transpirasi dan perpeluhan.

iii. Membolehkan tumbuhan berbunga dan berbuah

iv. Menentukan jenis pokok/tumbuhan/hutan

v. Menentukan sifat/ciri edafik pokok/tumbuhan

Peranan/pengaruh tng suria terhadap haiwan

i. Mempengarhi sifat/ciri fizikal haiwan

ii. Mempengaruhi warna kulit/bulu haiwan

iii. Mempengaruhi proses metabolisme haiwan

iv. Mewujudkan taburan/kepelbagaian jenis haiwan mengikut kawasan

Peranan/pengaruh tng suria terhadap proses fizikal

i. Mengerakkan/menjana kitaran hidrologi (hidrologi)

ii. Menentukan jenis iklim sstu kwsan.

iii. Membentuk tiupan angin

iv. Menghasilkan kerpasan/hujan 

v. Menghasilkan kelembapan udara

vi. Menentukan/menjana suhu

vii. Menjana proses luluhawa 

viii. Menjana proses pergerakan jisim

ix. Menjana proses hakisan permukaan

x. Menjana proses pengangkutan

xi. Menjana proses pemendapan

Peranan/pengaruh tenaga suria terhadap manusia

i. Menentukan warna pigmen kulit manusia
ii. Mempengaruhi akt sosioekonomi manusia
iii. Mempengaruhi akt seharian manusia

MASTERY 942 :

Tutorial Esei Panjang:
Tutorial 1 
Huraikan/jelaskan/terangkan peranan tenaga suria (chy mh) terhadap tumbuhan dan haiwan (flora dan fauna). [10]

Tips ;
Tips 1: Kata tugas soalan - Huraikan/jelaskan/terangkan...
Tips 2: peranan tenaga suria (peranan maksudnya kepentingan/ apa perlunya...tenaga suria disini perlu ada elemennya, iaitu suhu, bahangan, haba & nilai ukurnya, iaitu tinggi, sederhana, mencukupi, berpanjang, panas dan lembap sepanjang tahun)
Tips 3: terhadap tumbuhan dan haiwan
Tips 4: markah diperuntukkan - 10m

Perancangan jawapan ;
Tidak perlu pengenalan. Terus menjawap kepada kehendak jawapan.
Setiap pernyataan isi/fakta sebaik-baiknya disertai dgn kata kerja.
Huraian/penjelasan/penerangan biarlah ringkas & padat & bermakna serta dapat menyokong/mengukuhkan isi/fakta (Tak perlu berjela-jela panjang. Biasanya pelajar risau jika huraian/penjelasan mereka tak panjang lebar).

Tutorial 2
Huraikan/jelaskan/terangkan peranan tenaga suria (chy mh) terhadap akt sosioekonomi manusia. [11]

Tips ;
Tips 1: Kata tugas soalan - Huraikan/jelaskan/terangkan...
Tips 2: peranan tenaga suria (peranan maksudnya kepentingan/ apa perlunya...tenaga suria disini perlu ada elemennya, iaitu suhu, bahangan, haba, cuaca yg panas/sejuk & nilai ukurnya, iaitu tinggi, rendah, sederhana, mencukupi, berpanjangan, panas dan lembap sepanjang tahun)
Tips 3: terhadap akt sosioekonomi - maksudnya akt sosial & akt ekonomi manusia, tanya menyentuh akt seharian manusia. Yang penting, pelajar perlu menyebutkan apa kegiatan/apa yg dapat dilakukan dlm akt sosial & ekonomi manusia itu.
Tips 4: markah diperuntukkan - 11m (maksudnya perlu ada kesimpulan yg berupa penegasan, 1m)

Perancangan jawapan ;
Tidak perlu pengenalan. Terus menjawap kepda kehendak soalan.
Setiap pernyataan isi/fakta sebaik-baiknya disertai dgn kata kerja.
Huraian/penjelasan/penerangan biarlah ringkas & padat & bermakna serta dapat menyokong/mengukuhkan isi/fakta (Tak perlu berjela-jela panjang. Biasanya pelajar risau jika huraian/penjelasan mereka tak panjang lebar).

Contoh cadangan jawapan ;

F1 - Menggiatkan aktiviti pertanian.
H1 - Chy mhr yg cukup/ suhu tinggi yg mneghasilkan panas yg mencukupi memudahkan penanaman pelbagai hasil tani/pertanian/tanaman. cth: penanaman padi, sayur2an, dsb.

F2 - Menggalakkan aktiviti pelancongan.
H2 - Suhu yg tinggi/panas menarik kedatangan pelancong untuk berjemur di tepi pantai.

F3 - Menggalakkan akt perindustrian/IKS.
H3 - Suhu yg tinggi/panas mencukupi memudahkan pengeringan ikan dan kain batik.

F4 - Menggiatkan aktiviti pembalakan.
H4 - Suhu tinggi/ panas memudahkan penebangan pokok dan proses mengangkut keluar kayu balak disebabkan keadaan jalan yg tidak basah, berlumpur & becak.

F5 - Menggiatkan aktivit perikanan.
H5 - Chy mh/ suhu yg tinggi & mencukupi menggalakkan pertumbuhan plankton yg menjadi sumber makanan kpd ikan dsb. Hal ini menggalakkan/meningkatkan penangkapan ikan/ hasil tangkapan.

F6 - Memudahkan akt riadah dan rekreasi.
H6 - Suhu tinggi/panas/sederhana memudahkan manusia berjogging dsb.

Kesimpulan - Jelaslah bhw tenaga suria sangat berperanan terhadap aktiviti sosioekonomi manusia seperti aktiviti pertanian, akt pelancongan, akt pembalakan, akt perindustrian dan akt riadah dan rekreasi.


Tutorial 3
Huraikan/jelaskan/terangkan peranan tng suria (chy mh) terhadap akt seharian manusia. [6]

Tips ;

Jawapan hanya menyentuh aspek kehidupan seharian manusia yg dapat dijalankan dgn lancar.
cth : pergi ke tempat kerja, berniaga, pengangkutan dan perhubungan & akt domestik.

Tutorial 4
Bagaimanakah.../jelaskan bagaimana tng suria mempenagruhi akt manusia di kwsn tropika lembap. [15]

Tutorial 5
Mengapakah berlaku perbezaan penerimaan bahangan suria di permukaan bumi? [12]

Tutorial 6
Jelaskan perubahan terhadap proses fizikal di permukaan akibat peningkatan suhu dunia. [13]


Tutorial Esei Pendek:
Tutorial 7
Jelaskan pengaruh tenaga suria terhadap proses luluhawa kimia. [4]
i.........................................
ii........................................

Tutorial 8
Bagaimanakah taburan tenaga suria yang berbeza mempengaruhi aktiviti pelancongan? [6]
i.........................................
ii.........................................


Semoga bermanfaat...