SEUNTAI KATA PEMBUKA BICARA...

Top 50 hình ảnh động chúc mừng năm mới - Happy New Year 2020 | Happy new  year gif, Happy new year images, New year gif

Selamat Datang, Salam Sejahtera, Selamat Tahun Baru 2018!!! Anda sangat dialu-alukan dalam blog ini. Semoga segala informasi yang dipaparkan dapat membantu kalian.

Saya percaya masih ada yang empunya rencana dan cita-cita yang masih belum terlaksana di tahun yang lalu dan meletakkan visi baru di Tahun Baru ini dengan tekad dan azam yang lebih baik. Kita semua pastinya rasa sangat bersyukur kerana masih diberi kesempatan dan nafas baru di tahun baru ini terus memperbaiki diri meniti puncak kejayaan yang diidamkan sesuai dengan rencana-Nya.

Menyedari akan hakikat itu, teruskan usaha murni kita masing-masing untuk mentransformasikan diri melalui pendidikan kerana hanya melaluinya perubahan dalam segenap aspek akan dicapai!

Ingatlah bahawa KEJAYAAN banyak terletak pada usaha DIRI SENDIRI dan semangat yang tidak pernah mengenal erti putus asa. Pepatah mengatakan di mana ada kemahuan, di situ ada jalan dan kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya kerana yang bulat takkan datang bergolek dan yang pipih takkan datang melayang!

Semoga kita semua beroleh kebahagiaan dan kejayaan yang paling cemerlang sebagaimana yang dihajati dengan izin, bimbingan dan petunjuk daripada TUHAN. Oleh itu, janganlah lupa untuk sentiasa berdoa dan mengucap Syukur ke atas segala yang telah kita nikmati selama ini.

SELAMAT MAJU JAYA & TERUSKAN USAHA YANG DISERTAI DENGAN KESUNGGUHAN TINGGI KE ARAH KECEMERLANGAN DIRI, KELUARGA, BANGSA DAN NEGARA YANG TERCINTA!!!

Thursday 5 July 2018

1.3. PERTUMBUHAN PENDUDUK

Maksud pertumbuhan penduduk :

Merujuk kepada peningkatan/pertambahan & penurunan/pengurangan dalam jumlah/bilangan penduduk di sstu kws/ngr bg tempoh masa tertentu.

Rumus/formula mengira kadar pertumbuhan penduduk adalah seperti berikut,

r = 1/n Log e (Pn / Po ) X 10, dimana;

r + Kadar pertumbuhan
n= Bilangan tahun
Pn= Penduduk tahun semasa
Po= Penduduk tahun asas

Bagaimana pertumbuhan penduduk berlaku?

- melalui ;
i) Pertumbuhan semulajadi / Kadar Pertumbuhan semulajadi
(Jumlah / Kadar Kelahiran - Jumlah / Kadar Kematian)

ii) Jumlah / Kadar Pertumbuhan penduduk
( Kadar/jumlah kelahiran - Kadar/ jumlah kematian + Kadar/ Jumlah Migrasi bersih)


Faktor2 pertumbuhan penduduk :

1. Kadar kelahiran
2. Kadar kematian
3. Migrasi bersih

1) Kadar kelahiran dan Kadar Kematian 
a) Faktor sosial
i - Perkembangan dan kemajuan teknologi perubatan dan kesihatan moden, iaitu
-          Kemudahan fizikal lengkap - hospital, klinik- kemudahsampaian
-          Perkhidmatan kesihatan tinggi- kesampaian- lbh ramai doctor
-          Ubat-ubatan - mengelakkan kematian/cegah penyakit
-          Teknologi dan peralatan canggih & lengkap - mudahkan proses kelahiran/IJN bg jantung baru
-          Kajian perubatan - peluang dan alternative/ amalan perancangan keluarga
-          Kawalan penyakit & program imunisasi - meningkatkan penjagaan kesihatan
-          Kempen amalan kesihatan- tingkatkan ilmu ttg kesihatan/gaya pemakanan

-          Penyebaran maklumat ttg kesihatan.
ii - Keberkesanan amalan perancangan keluarga
iii - Perkahwinan di usia muda, tahap kesuburan/fertiliti tinggi
iv - Agama. cth: Agama Islam, dsb menggalakkan umatnya mempunyai anak ramai / ramai umat dan mengharamkan pengguguran anak secara haram.

b) Faktor ekonomi
i - Perkembangan dan kemajuan ekonomi moden - sediakan peluang pekerjaan dgn banyak, menarik penduduk desa berhijrah masuk ke bdr
ii - Peluang pekerjaan yang mudah, banyak dan meluas - tawarkan gaji & upah tinggi/lumayan/besar
iii - Pendapatan perkapita meningkat - mampu sara bilangan ahli keluarga yg ramai
iv - Kuasa beli meningkat

c) Faktor Migrasi
- Migrasi daripada negara jiran Thailand, Indonesia, Filipina dan Vietnam secara sah atau haram
meningkatkan jumlah penduduk.

d) Faktor governan / Dasar kerajaan
- Dasar 70 juta penduduk
- Insentif rebet/pelepasan cukai pendapatan, memberi kemudahan cuti bersalin kpd penjawat awam wanita, kemudahan cuti isteri bersalin kpd suami penjawat awam yg isterinya bersalin, kemudahan rawatan ibu mengandung dan bersalin percuma di hospital2 kerajaan, dsb.

e) Kestabilan politik
- Keadaan dalam negara yg aman, tenteram dan makmur akan meningkatkan kadar lahir dan pertumbuhan penduduk
- cth: tiada peperangan, rusuhan kaum, dsb


Kesan positif dan kesan negatif pertumbuhan penduduk Malaysia terhadap :

Kesan Positif :

i) Ciri demografi ;
- Kadar Kelahiran masih tinggi,
- golongan muda yang ramai,
- golongan muda lebih ramai daripada golongan dewasa.

ii) Status sosioekonomi ;
- Nisbah tanggungan golongan dewasa terhadap golongan tua adalah kecil/rendah.
- Golongan muda yang ramai, menjadi pelapis dan aset tenaga kerja pada masa hadapan.
- Mempercepatkan pembangunan sumber alam (pembangunan sumber alam dioptimumkan)
- Meluaskan saiz pasaran domestik (barangan keperluan golongan muda dan dewasa).
- Menjamin tenaga kerja anggota keselamatan dalam negara (polis) dan tenaga kerja menjaga kedaulatan negara (tentera)

Kesan Negatif :

i) Ciri demografi
- Kadar kelahiran tinggi
- golongan muda yang tidak produktif adalah tinggi berbanding dengan golongan dewasa yang produktif.

ii) Status sosioekonomi
- Nisbah tanggungan golongan dewasa menanggung golongan muda yang tidak produktif adalah tinggi
- Pembangunan sumber terjejas kerana kekurangan tenaga profesional dewasa
- Mengurangkan saiz pasaran domestik barangan keperluan golongan dewasa kerana jumlah golongan dewasa yang sedikit

Kesan pertumbuhan penduduk terhadap ciri demografi dan status sosioekonomi antara negara maju dengan negara sedang membangun :

Terhadap Negara Maju :

i) Ciri demografi :
- Kadar kelahiran dan kadar kematian sangat rendah.
- Golongan dewasa lebih ramai daripada golongan muda
- Nisbah tanggungan orang dewasa kepada orang muda adalah rendah
- nisbah tanggungan golongan dewasa terhadap orang tua adalah tinggi

- kadar kematian sangat rendah

ii) Ciri sosioekonomi:
- Golongan dewasa yang ramai-Aset tenaga kerja pelbagai sektor ekonomi

Terhadap Negara Sedang Membangun :

i) Ciri Demografi
- Kadar kelahiran dan kadar kematian tinggi.
- Golongan muda lebih ramai daripada golongan dewasa dan tua.
- Nisbah tanggungan orang dewasa terhadap orang muda adalah tinggi dan nisbah tanggungan golongan dewasa terhadap orang tua adalah rendah - kadar kematian tinggi

ii) ciri sosioekonomi :
- Penggunaan semasa -kekurangan golongan dewasa yang produktif sebagai tenaga kerja pelbagai sektor ekonomi dan anggota keselamatan polis dan tentera.
- namun pada masa hadapan, apabila golongan muda membesar, aset pelapis tenaga kerja
- Aset membangunkan sumber alam
- Memperluaskan saiz pasaran domestik, barangan keperluan golongan muda dan dewasa.
- Menguatkan pertahanan sesebuah negara, polis, tentera, RELA.

Namun, pertumbuhan penduduk yang pesat di sesebuah negara memberikan kesan/impak negatif, iaitu menyebabkan/ berlakunya;

1. Pengangguran 
2. Kemiskinan 
3. Kekurangan kemudahan asas
4. Masalah sosial- jenayah, moral
5. Kualiti hidup rendah 
6. Persaingan gunatanah/ruangan setinggan/tekanan terhadap sumber/kepupusan flora dan fauna
7. Pencemaran air/tanah/bau/bunyi/udara.

Soalan Tutorial;
a) Berikan tiga faktor pertumbuhan penduduk. (3m)
   b) Bagaimanakah kemajuan teknologi perubatan dan kesihatan moden mempengaruhi 
        kadar pertumbuhan penduduk? (6m)
   c) Huraikan tiga kesan negatif akibat pertumbuhan penduduk yg pesat di sesebuah
        Negara. (6m)


" Masa itu bukanlah seperti emas yang boleh dijual-beli...
maka, berusahalah dengan bijak !!! "

1 comment: