SEUNTAI KATA PEMBUKA BICARA...

Top 50 hình ảnh động chúc mừng năm mới - Happy New Year 2020 | Happy new  year gif, Happy new year images, New year gif

Selamat Datang, Salam Sejahtera, Selamat Tahun Baru 2018!!! Anda sangat dialu-alukan dalam blog ini. Semoga segala informasi yang dipaparkan dapat membantu kalian.

Saya percaya masih ada yang empunya rencana dan cita-cita yang masih belum terlaksana di tahun yang lalu dan meletakkan visi baru di Tahun Baru ini dengan tekad dan azam yang lebih baik. Kita semua pastinya rasa sangat bersyukur kerana masih diberi kesempatan dan nafas baru di tahun baru ini terus memperbaiki diri meniti puncak kejayaan yang diidamkan sesuai dengan rencana-Nya.

Menyedari akan hakikat itu, teruskan usaha murni kita masing-masing untuk mentransformasikan diri melalui pendidikan kerana hanya melaluinya perubahan dalam segenap aspek akan dicapai!

Ingatlah bahawa KEJAYAAN banyak terletak pada usaha DIRI SENDIRI dan semangat yang tidak pernah mengenal erti putus asa. Pepatah mengatakan di mana ada kemahuan, di situ ada jalan dan kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya kerana yang bulat takkan datang bergolek dan yang pipih takkan datang melayang!

Semoga kita semua beroleh kebahagiaan dan kejayaan yang paling cemerlang sebagaimana yang dihajati dengan izin, bimbingan dan petunjuk daripada TUHAN. Oleh itu, janganlah lupa untuk sentiasa berdoa dan mengucap Syukur ke atas segala yang telah kita nikmati selama ini.

SELAMAT MAJU JAYA & TERUSKAN USAHA YANG DISERTAI DENGAN KESUNGGUHAN TINGGI KE ARAH KECEMERLANGAN DIRI, KELUARGA, BANGSA DAN NEGARA YANG TERCINTA!!!

Tuesday 27 March 2012

Imbangan Air

Konsep Imbangan Air

Imbangan air merujuk kepada keseimbangan antara input dan output air. Maknanya, imbangan air atau juga dikenali sebagai imbangan hidrologi ialah keseimbangan antara jumlah air yg diterima (input) dr atmosfera (kerpasan spt hujan, embun & salji) oleh permukaan bumi adalah sama dengan jumlah air yg keluar (output) ke atmosfera (melalui proses sejatan, sejat-peluhan, yg mengalami larian pmukaan & yg disimpan dlm tanih sbg storan).

Formula imbangan air adalah spt berikut;

P = ET + dST + S di mana;

P ialah Jumlah air yg diterima drp kerpasan.
ET ialah Jumlah air yg hilang melalui proses sejat-peluhan.
dST ialah Air yg diterima atau hilang dr lapisan tanah.
S ialah Air yg berlebihan atau storan.

Imbangan air boleh dikaji drp segi sama ada pd skala makro (global) atau mikro (tempatan).

Terdapat 2 situasi berkaitan dengan imbangan air, iaitu imbangan air negatif (kurangan air-kemarau) dan imbangan air posotif (lebihan air-banjir).


Konsep Lebihan Air
Lebihan air merupakan imbangan air positif, yang bermaksud jumlah kerpasan melebihi sejatan. Apabila jumlah kerpasan terutamanya hujan yang turun ke permukaan bumi melebihi kadar sejatan air ke atmosfera dalam tempoh yang panjang, ianya boleh menyebabkan berlakunya banjir.

Konsep Kurangan air
Kurangan air atau imbangan air negatif pula ialah kekurangan air yang dialami oleh sesebuah kawasan dalam tempoh masa tertentu. Dalam hal ini, kadar sejatan melebihi daripada kerpasan (hujan) yang turun di kawasan berkenaan. Kesan daripada imbangan air negatif yang dialami oleh sesebuah kawasan itu ialah berlakunya fenomena kemarau.G

Imbangan air boleh dijelaskan seperti rajah berikut;
 
Imbangan Air mengikut ruang dan masa
Keterangan:
Jumlah kerpasan dari lautan dan daratan (P)=(et) jumlah sejatan dari lautan dan daratan, iaitu seluruh sejatan ke lapisan atmosfera sepatutnya mesti menurun semula sebagai kerpasan ke permukaan bumi. Sejatan dari lautan adalah sebanyak 84% , tetapi yang menurun sebagai kerpasan di lautan ialah sebanyak 77%. Berlaku kehilangan kerpasan sebanyak 7%. Sementara di daratan, sejat peluhan ialah sebanyak 16%, tetapi kerpasan sebanyak 23%, iaitu lebihan kerpasan sebanyak 7%. Kehilangan 7% kerpasan di lautan telah ditiup ke daratan sebagai awan. Apabila sampai di daratan, awan ini menurun sebagai kerpasan lalu menyebabkan terdapatnya lebihan 7% kerpasan di daratan. Lebihan 7% kerpasan di daratan ini disalirkan sebagai air larian di permukaan daratan. Formula imbangan air akan menjadi seimbang, iaitu jumlah kerpasan dari lautan dan daratan (+7% air larian) = jumlah sejatan dari lautan dan daratan (-7% wap air yang ditiupke daratan). Oleh itu, elemen (+r) boleh diketepikan kerana tujuh peratus air larian di permukaan tanah datang dari kehilangan tujuh peratus kerpasan di lautan.

Oleh itu, P=ET, iaitu jumlah kerpasan di daratan dan di lautan bersamaan dengan jumlah sejatan (termasuk sejat peluhan) dari lautan dan daratan.

77% + 23% (+7%) = 84% +16% (-7%), iaitu 100% = 100%

Faktor-faktor Mempengaruhi Imbangan Air
 
1. Jumlah kerpasan (terutamanya hujan).
2. Nilai sejat-peluhan yang dipengaruhi oleh suhu.
3. Litupan tumbuhan.
4. Kelembapan tanih.
5. Geologi - mempengaruhi kadar susupan.
6. Tindakan manusia - melalui pelbagai aktiviti, terutamanya pmbangunan sosioekonomi.  

Wednesday 14 March 2012

Kitar Hidrologi

Konsep Kitar Hidrologi

Ayoade, J.O. (1988) dalam bukunya yang berjudul "The Hydrology and Water Resources" mengatakan hidrologi adalah satu penelitian saintifik tentang kitaran air. Istilah kitaran digunakan untuk menerangkan pertukaran air yang berterusan dalam pelbagai bentuk seperti wap, cecair dan pepejal yang melibatkan pelbagai ruang sama ada ruang hidrosfera, atmosfera, biosfera mahupun litosfera. Kitar hidrologi (air) ini sebenarnya tidak mempunyai titik permulaan dan penamat yang mutlak. Ianya merujuk kepada sistem edaran air yang melibatkan berbagai storan dan laluan untuk air tersebut berputar dan bertukar bentuknya dari satu tahap ke satu tahap yang lain.

Walaupun kitaran air ini tiada tempat permulaan dan penamat yang nyata, tetapi ianya adalah lebih mudah bermula dari lautan. Air (laut) akan tersejat ke atmosfera (melalui proses sejatan) lalu membentuk wap-wap air yang akan berkumpul dan membentuk awan. Wap-wap air (awan) ini pula seterusnya akan melalui proses alir lintang, di mana ianya akan ditiup oleh angin ke bahagian daratan. Wap-wap air (awan) ini apabila mencapai tahap tepu, iaitu tidak berupaya menampung kehadiran wap-wap air lagi, kerpasan akan turun. Kerpasan ini pula akan berlaku dalam pelbagai bentuk, iaitu sama ada hujan, salji, embun dan sebagainya.

Di bahagian daratan, kerpasan ini akan dialirkan dalam pelbagai cara seperti melalui larian air permukaan atau dialirkan oleh sistem saliran (sungai) ke laut selepas ianya dipintas oleh tumbuhan. Sebahagian daripada kerpasan itu juga akan menyusup masuk ke dalam tanah dan mengalir sebagai air bawah tanah yang juga akan mengalir menuju ke laut. Di laut, proses yang sama akan berulangan yang bermula semula dengan proses sejatan.

Proses-proses Fizikal Dalam Kitar Hidrologi

Amnya, terdapat pelbagai proses fizikal yang terlibat dalam kitar hidrologi. Proses-proses tersebut adalah berbeza mengikut peringkat dan ruang. Proses-proses tersebut terbahagi kepada dua kumpulan, iaitu proses mendatar dan proses menegak.

i) Proses mendatar:
   - Larian air permukaan
   - Aliran air bawah tanah
   - Alir lintang atmosfera

ii) Proses menegak:
   - Sejatan
   - Perpeluhan dan sejatpeluhan
   - Pemeluwapan
   - Kerpasan
   - Pintasan/ cegatan silara
   - Resapan/ susupan

Antisiklon

Konsep Antisiklon

Antisiklon merujuk kepada kumpulan udara yang berputar mengelilingi pusat tekanan udara tinggi.Maknanya dalam konteks antisiklon angin akan bergerak keluar dari tengah atau pusat yang memiliki tekanan udara yang tinggi.

Sel-sel tekanan tinggi merupakan merupakan zon yang mempunyai tekanan udara yang lebih tinggi berbanding dengan tekanan udara di sekelilingnya. Ia juga dikenali sebagai antisiklon kerana di zon inilah angin bergerak keluar, iaitu angin mula bergerak keluar dari pusat antisiklon yang bertekanan tinggi ke kawasan udara sekitarnya yang bertekanan rendah.

Kesan kejadian antisiklon

Antisiklon akan mewujudkan 2 fenomena cuaca yang penting, iaitu;

i) Keadaan cuaca yang baik dan tenang tanpa hujan

Awan biasanya tidak terdapat di langit. Ini memperlihatkan langit berkeadaan cerah. Angin bertiup dengan perlahan dan tidak kencang sebagaimana siklon. Angin yang bertiup dari pusat sel tekanan tinggi ini akan dipesongkan oleh daya korialis. Ia akan bertiup mengikut putaran jam di hemisfera utara dan melawan arah jam di hemisfera selatan.

Memandangkan kecerunan zon-zon tekanan tinggi ini adalah landai di pusatnya, ini menyebabkan angin yang bertiup keluar dari pusat tersebut adalah kurang laju/ kencang sebaliknya angin semakin kencang bertiup di zon pinggir antisiklon, dimana tiupan angin disertai gelombang-gelombang sejuk dan mungkin sekali sekala berlakunya ribut salji.

ii) Perubahan kepada tekanan udara, angin dan kelembapan udara setempat.

Antisiklon boleh mengubah ketiga-tiga unsur cuaca di atas daripada keadaan lazimnya. Semasa antisiklon berlaku, tekanan udara sekitar akan naik dan suhu akan turun dengan cepat. Arah-arah angin juga turut berubah, di mana arah angin akan beralih kepada baratan. Ia turut menyebabkan kelembapan bandingan udara menurun. Apabila pusat antisiklon tiba, suhu berada pada paras yang paling rendah dan ini akan menyebabkan angin hanya bertiup sepoi-sepoi atau berhenti sama sekali.  

 

Wednesday 7 March 2012

Modul Cuti Sekolah(Mac)







Modul Cuti Sekolah (Mac)
 

Geografi (942)
 
 
PUSAT PRAUNIVERSITI SMKPO

Arahan: Jawab semua soalan.

Soalan Struktur : Bahagian A (Alam Sekitar Fizikal)
    1.       Nyatakan konsep sistem menurut RJ Chorley.
    2.       Senaraikan 3 jenis sistem alam sekitar fizikal.
    3.       Berikan 5 ciri sistem alam sekitar fizikal.
    4.       Nyatakan maksud dan  kesan-kesan pergerakan bumi dalam sistem suria.
    5.       Takrifkan tenaga endogenik dan eksogenik.
    6.       Nyata dan huraikan secara ringkas 3 mekanisme pemindahan tenaga suria.
    7.       Berikan 5 faktor mempengaruhi perbezaan taburan tenaga suria di muka bumi.
    8.       Apa itu proses geomorfologi?
    9.     Terangkan secara ringkas 2 kumpulan utama proses geomorfologi.
   10.   Nyatakan unsur-unsur cuaca dan iklim.
   11.   Takrifkan maksud tekanan udara.
   12.   Takrifkan konsep siklon.
   13.   Berikan maksud antisiklon.
   14.   Nyatakan aspek-aspek perbezaan siklon tropika dan siklon sederhana dunia.
   15.   Senaraikan 5 kesan negatif siklon terhadap alam sekitar.

Soalan Struktur : Bahagian B (Alam Sekitar Manusia)
    1.       Nyatakan konsep penduduk yang diukur secara kualiti dan kuantiti.
    2.       Nyatakan 3 peringkat utama kegiatan ekonomi.
    3.       Senaraikan 5 ciri utama kegiatan ekonomi.
    4.       Berikan 5 kepentingan pelbagai kegiatan ekonomi terhadap pembangunan negara Malaysia.
    5.       Berikan 5 impak negatif pelbagai kegiatan ekonomi terhadap alam sekitar negara Malaysia.
    6.       Berikan konsep dan pola migrasi dalaman dan luaran.
    7.       Senaraikan 5 faktor berlakunya migrasi luaran di sesebuah negara.
    8.       Nyatakan pengaruh kemasukan migran ke atas pembangunan Negara Malaysia.
    9.       Apa itu globalisasi ekonomi?
   10.   Huraikan secara ringkas 2 istilah yg berkaitan globalisasi.
   11.   Apakah 5 keburukan globalisasi ke atas sesebuah negara?
   12.   Nyatakan 5 projek kerjasama yang dirancang dan dipersetujui negara-negara anggota APEC.
   13.   Berikan 5 sebab mengapa negara-negara anggota APEC perlu bekerjasama antara satu sama lain.
   14.   Berikan 5 masalah yang boleh menghalang kerjasama yang lebih kukuh dalam kalangan negara-negara anggota APEC.   
   15.   Berikan 1 contoh bagi setiap amalan pembangunan lestari dalam sektor;
a.       Pertanian dan penternakan.
b.      Perindustrian.
c.       Perlombongan
d.      Perhotelan dan pelancongan
e.      Pengangkutan dan perhubungan.   

*Peringatan : 5 % daripada modul ini akan diambil kira ke dalam pemarkahan untuk ujian Mac 2012.