SEUNTAI KATA PEMBUKA BICARA...

Top 50 hình ảnh động chúc mừng năm mới - Happy New Year 2020 | Happy new  year gif, Happy new year images, New year gif

Selamat Datang, Salam Sejahtera, Selamat Tahun Baru 2018!!! Anda sangat dialu-alukan dalam blog ini. Semoga segala informasi yang dipaparkan dapat membantu kalian.

Saya percaya masih ada yang empunya rencana dan cita-cita yang masih belum terlaksana di tahun yang lalu dan meletakkan visi baru di Tahun Baru ini dengan tekad dan azam yang lebih baik. Kita semua pastinya rasa sangat bersyukur kerana masih diberi kesempatan dan nafas baru di tahun baru ini terus memperbaiki diri meniti puncak kejayaan yang diidamkan sesuai dengan rencana-Nya.

Menyedari akan hakikat itu, teruskan usaha murni kita masing-masing untuk mentransformasikan diri melalui pendidikan kerana hanya melaluinya perubahan dalam segenap aspek akan dicapai!

Ingatlah bahawa KEJAYAAN banyak terletak pada usaha DIRI SENDIRI dan semangat yang tidak pernah mengenal erti putus asa. Pepatah mengatakan di mana ada kemahuan, di situ ada jalan dan kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya kerana yang bulat takkan datang bergolek dan yang pipih takkan datang melayang!

Semoga kita semua beroleh kebahagiaan dan kejayaan yang paling cemerlang sebagaimana yang dihajati dengan izin, bimbingan dan petunjuk daripada TUHAN. Oleh itu, janganlah lupa untuk sentiasa berdoa dan mengucap Syukur ke atas segala yang telah kita nikmati selama ini.

SELAMAT MAJU JAYA & TERUSKAN USAHA YANG DISERTAI DENGAN KESUNGGUHAN TINGGI KE ARAH KECEMERLANGAN DIRI, KELUARGA, BANGSA DAN NEGARA YANG TERCINTA!!!

Sunday 4 March 2012

Siklon

Konsep Siklon
- ribut atau taufan yang terbentuk di kawasan tekanan udara rendah.
- kumpulan udara yang bergerak secara berputar.
- ianya bergerak dengan berputar mengelilingi pusat tekanan udara rendah.
- biasanya membawa tiupan angin yg sangat kencang dan keadaaan cuaca yang buruk.

Puting beliung yang melanda Teluk Buih, 
Air Papan, Mersing (19/06/2011)
Gambar satelit MODIS yang dirakam pada 29 Ogos 2010, 10.45 malam (Waktu Piawai Malaysia) di Lautan Atlantik menunjukkan sistem ribut yang sedang berpusar. (Menurut pusingan jam) Hurikan Danielle, ribut luar-tropika, Ribut Tropika Fiona dan Hurikan Earl.



Jenis Siklon
- secara amnya, terbahagi kpd 2, iaitu siklon tropika dan siklon sederhana dunia;

a) Siklon Tropika
- terjadi di zon tekanan udara rendah di kawasan tropika. Ini kerana kawasannya adalah lebih panas berbanding kawasan-kawasan lain di dunia.
- a/bila suhu tinggi, maka tekanan udara di kawasan ini menjadi rendah.
- siklon tropika ini terbahagi kpd 2, iaitu;

(i) Ribut tropika
- blaku di kwsn garis lintang tropika, 8 darjah hingga 35 darjah utara dan selatan khatulistiwa.
- ia terbentuk di merata-rata tempat di lautan, terutamanya di Lautan Pasifik.
- akibat proses pemanasan yg tinggi oleh matahari, arus lautan menjadi panas dan ini menyebabkan jisim udara yg panas mengembang lalu naik ke atas utk membentuk sel tekanan udara yg rendah di bawahnya.
- berbanding dgn tekanan udara sekeliling yg masih lg tinggi, maka angin bertiup masuk dgn kencang ke kwsn tekanan udara rendah tersebut (sistem tekanan udara rendah ini boleh meliputi kwsn yg luas, biasanya bergaris pusat antara 80 - 400 km).
- semakin ke pusat, tekanan udara menjadi semakin rendah & angin akan bertiup semakin kencang sehingga adakalanya melebihi 270 km/jam dlm bentuk pusaran angin kencang yg dikenali dgn pelbagai nama spt hurikan, Willy-Willies, taufan atau siklon.
- antara negara yg paling kerap dilanda ialah Filipina.

(ii) Tornado
- berbanding ribut tropika, tornado terjadi dgn saiz liputan yg lebih kecil tetapi mempunyai kelajuan yg lebih tinggi (kuat). Cuma ianya berlangsung dalam jangka masa yg lebih pendek berbanding ribut tropika.
- tornado terjadi akibat perbezaan kecerunan tekanan udara yg begitu besar antara tekanan udara sekeliling yg amat tinggi dgn kwsn yg mengalami tekanan udara yg amat rendah (spt di sempadan perenggan jisim udara panas dgn udara lembap).
- garis kecerunan tekanan yg amat curam ini mybbkan angin dr luar menyerbi masuk dgn kencang secara berpusar dgn mbawa arus perolakan yg sgt kuat pd tahap kelajuan (halaju) yg melebihi 650 km/jam.
- kekuatan dan halaju angin sgt kuat & hebat ini memberikan impak yg sgt hebat & lebih ketara bbdg ribut tropika.
- juga dikenali sbg puting beliung.
- Amerika Syarikat adalah cth negara yg sering dilanda tornado.

Taufan Nargis
   



b) Siklon Sederhana Dunia
- berlaku di garis lintang 50 darjah - 65 darjah utara dan selatan.
- pgerakannya adalah dr barat ke timur di zon angin baratan dunia.
- berlaku a/bila angin baratan (panas & lembap) bertemu dgn angin timuran kutub (sejuk & kering) di perenggan kutub. Udara panas & ringan yg tdpt bhampiran garisan khatulistiwa akan bgerak ke kutub sementara udara yg sejuk & tumpat dr kutub bgerak ke khatulistiwa.
- di pertengahan perjalanan antara khatulistiwa dgn kutub, kedua-dua jisim udara tersebut akan bertemu. Oleh kerana kedua-dua jisim udara ini mempunyai ketumpatan yg blainan, maka ia tidak boleh bpadu. Keadaan inilah yg mbentuk perenggan kutub, iaitu zon tekanan udara rendah di mana jisim udara kutub & jisim udara tropika bertemu.
- angin akan bgerak mengikut arah pusingan jam di sepanjang peranggan kutub tersebut.
- dlm proses pbentukan siklon sederhana dunia, kewujudan perenggan pegun memisahkan udara sejuk dgn udara panas.
- perbezaan haluan dan pergeseran antara jisim udara panas dgn jisim udara sejuk myebabkan tbentuknya satu siri gelombang yg akan menolak ke dlm jisim udara sejuk.
- di bhgian depan gelombang, udara panas menolak ke atas udara sejuk, lalu mbentuk perenggan panas. M/kala di bhgian belakang gelombang, udara sejuk menyusup ke bawah udara panas lalu menolaknya ke atas utk mbentuk perenggan udara sejuk. Ini akan mengakibatkan tbentuknya tekanan udara rendah di puncak gelombang.
- seterusnya, a/bila daya korialis btindak, angin akan bgerak melawan pusingan jam di pusat tekanan rendah di hemisfera utara.
a/bila udara mhampiri pusat tekanan rendah ini, maka udara tersebut akan mengembang & menyejuk & blakulah pemeluwapan yg kemudiannya membawa hujan yg dikenali sbg hujan siklon.
-hujan siklon sederhana biasanya mpunyai kelajuan antara 30 km - 38 km/jam.
- perenggan sejuk siklon lazimnya bergerak lebih laju drp pernggan panas. Ini mbolehkan kedua-duanya bertemu & akan mybbkan pusat siklon dikelilingi oleh udara sejuk.
- perlu diketahui bhw, tanpa adanya udara panas utk mbekalkan tenaga maka siklon mjadi semakin lemah & pemeluwapan akan bkurangan & biasanya selepas seminggu siklon tersebut akan hilang/ berhenti dan langit akan kembali normal/ cerah.

Perbezaan antara siklon tropika dengan siklon sederhana dunia.
- antara aspek perbezaan antara kedua-dua jenis siklon ini meliputi;
  
i. Kawasan kejadian.
-selain kawasan garis lintang yg telah dinyatakan di atas, siklon tropika kebanyakkannya blaku di laut m/kala siklon sederhana dunia pula byk blaku di daratan.


ii. Kekuatan & bentuk.
- Tiupan siklon tropika lebih kuat kerana kecerunan tekanan udara yg tinggi dgn udara rendah adalah lebih besar bbanding siklon sederhana dunia.
- ini kerana kwsn tropika lebih panas bbanding dgn kwsn sederhana dunia terutamanya di zon khatulistiwa.
- isobar siklon tropika bbtuk bulat m/kala isobar siklon sederhana dunia pula adalah bujur. Ini mybbkan diameter siklon tropika lebih pendek (80 - 400 km) sedangkan diameter siklon sederhana dunia lebih panjang ( melebihi 2000 km).
- perbezaan bentuk isobar & diameter ini, jelas menunjukkan bhw kwsn yg terdedah dgn ancaman siklon tropika adalah kecil berbanding siklon sederhana dunia yg lebih luas.

iii. Cara pergerakan menaik jisim udara.
- bg siklon tropika, jism udara naik a/bila ia mjadi kurang stabil akibat dipanaskan. Jisim udara yg lembap ini akan naik & blaku pemeluwapan.
- pemeluwapan akan mbebaskan haba pendam yg ada dlm jisim udara tsebut, llau memanas & meringankan lagi jisim udara utk naik dengan lebih tinggi secara bpusar.
- siklon sederhana dunia pula - jisim udara naik melalui proses ptemuan kumpulan udara sejuk dgn kumpulan udara panas dlm atmosfera utk mbentuk perenggan panas. Akibatnya, kumpulan udara panas akan naik ke atas melintasi kumpulan udara sejuk lalu mbentuk satu zon tekanan udara rendah di bawahnya.
- kewujudan zon tekanan udara rendah ini mybbkan kumpulan udara sejuk yg lebih tinggi tekannya akan mengelilingi & btiup masuk ke kwsn tekanan rendah tsebut yg akan mbtuk satu lg perenggan/ sempadan yg dipanggil sbg perenggan sejuk sambil menolak udara panas terus naik ke atas.
- akhirnya, a/bila kedua-dua perenggan ini btemu semula ia akan mbtuk temu perenggan. Pd peringkat ini, kesemua udara panas dekat pusat siklon telah terangkat ke atas & udara sejuk berada di sekeliling pusat siklon bkenaan.

iv. Arah pergerakan.
- siklon sederhana dunia- bgerak dr barat ke timur & dipengaruhi oleh angin baratan.
- siklon tropika - dr timur ke barat & dipengaruhi oleh angin timuran yg kemudiannya mbelok ke kutub.

v. Taburan suhu.
- siklon tropika - taburan suhunya hampir sama di semua kwsn.
- siklon sederhana dunia - berbeza-beza krn bgantung kpd pbezaan kumpulan udara panas & kumpulan udara sejuk yg btemu.

vi. Masa pembentukan.
- siklon sederhana dunia - sms musim dingin (sejuk)
- siklon tropika - sms musim panas & luruh (bulan Jun - Nov di HU & bulan Jan - Apr di HS). Ini adalah kerana pada masa inilah air laut cepat panas & mjd paling panas utk mewujudkan jisim udara yg tidak stabil & cepat naik ke atas (atmosfera).

No comments:

Post a Comment