SEUNTAI KATA PEMBUKA BICARA...

Top 50 hình ảnh động chúc mừng năm mới - Happy New Year 2020 | Happy new  year gif, Happy new year images, New year gif

Selamat Datang, Salam Sejahtera, Selamat Tahun Baru 2018!!! Anda sangat dialu-alukan dalam blog ini. Semoga segala informasi yang dipaparkan dapat membantu kalian.

Saya percaya masih ada yang empunya rencana dan cita-cita yang masih belum terlaksana di tahun yang lalu dan meletakkan visi baru di Tahun Baru ini dengan tekad dan azam yang lebih baik. Kita semua pastinya rasa sangat bersyukur kerana masih diberi kesempatan dan nafas baru di tahun baru ini terus memperbaiki diri meniti puncak kejayaan yang diidamkan sesuai dengan rencana-Nya.

Menyedari akan hakikat itu, teruskan usaha murni kita masing-masing untuk mentransformasikan diri melalui pendidikan kerana hanya melaluinya perubahan dalam segenap aspek akan dicapai!

Ingatlah bahawa KEJAYAAN banyak terletak pada usaha DIRI SENDIRI dan semangat yang tidak pernah mengenal erti putus asa. Pepatah mengatakan di mana ada kemahuan, di situ ada jalan dan kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya kerana yang bulat takkan datang bergolek dan yang pipih takkan datang melayang!

Semoga kita semua beroleh kebahagiaan dan kejayaan yang paling cemerlang sebagaimana yang dihajati dengan izin, bimbingan dan petunjuk daripada TUHAN. Oleh itu, janganlah lupa untuk sentiasa berdoa dan mengucap Syukur ke atas segala yang telah kita nikmati selama ini.

SELAMAT MAJU JAYA & TERUSKAN USAHA YANG DISERTAI DENGAN KESUNGGUHAN TINGGI KE ARAH KECEMERLANGAN DIRI, KELUARGA, BANGSA DAN NEGARA YANG TERCINTA!!!

Tuesday, 19 April 2011

Kesan Aktiviti Manusia Terhadap Ekosistem Tasik

Pengenalan : Konsep / definisi
Ekosistem tasik juga dikenali ekosistem Lentus

     Eksosistem tasik merujuk kepada ekosistem air yang tidak berarus yang juga turut dikenali sebagai ekosistem Lentus sama seperti ekosistem kolam. Air tasik atau kolam tidak mengalir sepertimana air mengalir (sungai) yang berarus. Kerpasan seperti hujan dan juga sistem saliran lain yang memasuki tasik atau berakhir di tasik tersebut menjadi input air kepada ekosistem tasik/ kolam.


Keindahan Tasik Chini



     Tasik atau kolam mempunyai komponen biotik dan abiotik yang tersendiri. Ekosistem tasik/ kolam turut mempunyai siratan atau rantaian makanannya yang tersendiri dan unik.
Rantaian makanan sebuah tasik 
  
Tasik yang tercemar adalah sebuah ekosistem yang 'mati'
   


Walau bagaimanapun, kealpaan manusia dalam mengejar pembangunan dan kemajuan lahiriah telah mendatangkan pengaruh dan impak yang besar terhadap ekosistem tasik.

Pelbagai aktiviti manusia pengaruhi ekosistem tasik
       




 

       Apabila hidupan tasik terjejas, ini bermakna seluruh ekosistem tasik itu turut terjejas. Dalam hal ini, pengukuran penting yang menjadi asas kepada kemerosotan kualiti ekosistem tasik bolehlah didasarkan kepada sumber-sumber air bersih yang ditakung oleh sesebuah tasik. Maknanya, apabila air tasik tercemar (oleh apa jua unsur), maka kualitinya turut merosot.

Bakteria E-Coli
     
      Pelbagai indikator digunakan untuk menentukan indeks kemerosotan kualiti air tasik (kadar pencemaran air) seperti mengukur tahap kandungan BOD atau Biological Oxigen Demand, kandungan bakteria E.Coli, kandungan Amoniakal Nitrogen (NH3-N), kandungan Pepejal Terampai (SS), Nilai Keasidan (pH) selain memerhatikan perubahan warna dan bau yang ada terhadap air tasik berkenaan.

 Bagaimana Ekosistem Tasik Boleh Terjejas?

       Ekosistem tasik boleh terganggu dan terjejas keseimbangannya apabila ianya terdedah kepada pelbagai bentuk aktiviti manusia. Antaranya ialah ;
Kegiatan menebusguna tasik

1. Menebusguna tasik untuk dijadikan pelbagai tapak pembinaan seperti kawasan perumahan, industri dsb. Apabila tasik ditimbus bermakna memusnahkan terus semua ekosistem di dalamnya. Habitat tasik berkenaan akan hilang dan semua jenis hidupannya akan mati.

2. Pembangunan pertanian dan penternakan - Penggunaan pelbagai jenis racun serangga seperti DDT dan baja kimia (urea) menyebabkan sumber-sumber air tasik tercemar apabila bahan kimia tersebut dilarutresap oleh air tanih menuju ke tasik disamping air hujan yang sudah tercemar menjadi hujan asid. Contohnya dapat dikesan di tasik-tasik di kawasan perladangan getah dan kelapa sawit yang berskala komersil.

     Sisa pertanian seperti baja kimia (urea) dan racun serangga (makhluk perosak) akan dibawa oleh air larian permukaan atau dilarutresapkan oleh air hujan ke dalam tanih yang akhirnya dialirkan ke dalam tasik yang berdekatan. Kesannya kualiti air tasik terjejas, nilai pHnya bertambah yang boleh mematikan pelbagai hidupan di dalamnya seperti zooplankton dan tumbuhan hijau yang terdapat di sekitar tasik. Rantaian dan siratan makanan dalam tasik juga akan mengalami kemusnahan.

Pelepasan sisa industri perkilangan
3. Aktiviti industri perkilangan 

    Kepesatan industri perkilangan dikatakan menjadi penyumbang terbesar terhadap kerosakan ekosistem tasik pada masa kini. Pencemaran yang diwujudkan daripada kegiatan industri perkilangan ini memberikan impak dan pengaruh yang sangat besar terhadap tasik. Penyaluran dan pembuangan sisa toksid ke dalam tasik oleh sesetengah kilang seperti kilang pemprosesan kelapa sawit, getah, kilang membuat cat dan petrokimia ke dalam tasik akan meningkatkan tahap pencemaran air tasik tersebut dengan menambahkan lagi nilai BODnya yang seterusnya memusnahkan sama sekali hidupan di dalam tasik sekaligus memusnahkan keseluruhan ekosistem tasik tersebut. Di Jepun misalnya, pembuangan raksa daripada beberapa kilang merosakkan Tasik Minimata. Sementara di negara kita sendiri pula, impak akibat pembuangan sisa toksid oleh kilang-kilang industri dapat dilihat di sekitar kawasan Lembah Klang dan Kuala Lumpur.
Sisa toksid menambahkan BOD





Sebuah restoran terapung di Tasik Kenyir
 4. Aktiviti pelancongan - Ini meliputi penyaluran dan pembuangan sisa kumbahan dari hotel, chalet, resort ke kawasan tasik yang berdekatan. Ini akan meningkatkan kandungan bakteria E.Coli dalam tasik tersebut. Peningkatan bakteria E.Coli ini menunjukkan bahawa kualiti air tasik semakin merosot dan jika keadaan ini berterusan, maka hidupannya (biotik) akan mati. Air tasik akan diklasifikasikan sebagai tercemar apabila kandungan bakterianya melebihi paras yang dibenarkan iaitu 200 MPN/100 ml.

Amalan urus tadbir kawasan peranginan secara cekap perlu untuk keseimbangan ekosistem tasik agar tidak musnah


5. Pelbagai aktiviti riadah dan rekreasi 

     Pelbagai aktiviti riadah dan rekreasi serta sukan yang dijalankan di sesebuah tasik turut mengganggu ekosistem tasik tersebut. Tabiat membuang pelbagai bentuk sampah-sarap dan sisa makanan serta tumpahan sisa minyak daripada sukan bot laju yang dijalankan di tasik akan meningkat kandungan BOD dan mengurangkan oksigen ke dalam air tasik berkenaan yang seterusnya menjejaskan pertumbuhan alga dan plankton yang menjadi membekalkan sumber makanan kepada pelbagai hidupan di dalam tasik tersebut. Malahan, aktiviti sukan memancing turut menyumbang kepada pengurangan dan kepupusan spesis tertentu yang terdapat di dalam sesebuah tasik.
Pelbagai jenis sisa domestik dibuang oleh setinggan
6. Kepesatan sektor pembandaran (urbanisasi)  

   Pertambahan penduduk bandar dan kewujudan persetingganan turut menyumbang kepada terjejasnya sistem tasik dan ekosistemnya. Hal ini terjadi apabila sikap dan norma penduduk bandar, terutamanya penduduk setinggan membuang sisa domestik seperti pelbagai sampah-sarap dan air kumbahan sewenang-wenangnya ke dalam tasik atau takungan air yang berhampiran. Ini termasuklah juga dengan pembuangan sisa-sisa makanan oleh para peniaga dan pengusaha restoran dan gerai-gerai makanan dan lain-lain sisa dari kawasan-kawasan perumahan ke dalam sistem tasik.                                                                                   
   






 
 Pembuangan sisa-sisa pepejal ke dalam tasik seperti ini
merosakkan lagi ekosistem tasik dan seluruh hidupannya


 
Perlombongan pasir musnahkan ekosistem tasik
7. Pembangunan sektor perlombongan dan tenaga 
  
  Sisa perlombongan bijih timah, emas dan tembaga mencemarkan tasik apabila ianya dialirkan atau dibuang ke dalam tasik seperti yang berlaku di Mamut, Sabah akibat perlombongan tembaga. Manakala di Tanah Tinggi Cameron pula, ekosistem beberapa tasik berdekatan didapati musnah akibat pembuangan bahan enap cemar sehingga boleh mengganggu bekalan air bersih kepada penduduk di sekitar kawasan berdekatan.

Reaktor nuklear tertumpu di pinggir tasik, sungai atau laut
     Pembinaan loji dan reaktor nuklear yang tertumpu di pinggir tasik, sungai atau laut bagi tujuan membekalkan sumber tenaga turut menjejaskan tasik, kolam, sungai malahan laut. Dalam reaktor nuklear, air yang banyak diperlukan untuk menyejukkan reaktor semasa penghasilan atom yang membebaskan haba yang sangat tinggi.
     Pembuangan air panas daripada reaktor nuklear ini mengakibatkan kenaikan suhu air tasik, kolam, sungai mahupun air laut. Situasi ini akan menyebabkan hidupan akuatik mati, terutamanya apabila suhu air tasik, kolam, sungai dan laut meningkat melebihi 5 darjah celcius daripada suhu air biasa. Keadaan ini turut menjadi punca pengurangan oksigen terlarut dalam air dan membawa kepada peningkatan dalam nilai BOD air tasik, kolam, sungai dan laut berkenaan.

8. Aktiviti perikanan - Ini merangkumi penggunaan kaedah penangkapan ikan yang salah seperti mengebom dan menuba ikan serta menggunakan racun tikus bukan sahaja meningkatkan tahap pencemaran air tasik tersebut, malahan turut menjejaskan keseimbangan ekosistem tasik itu juga. Selain itu, aktiviti memancing jika tidak terkawal berpotensi membawa kemusnahan ekosistem tasik dengan pengurangan ataupun kepupusan terhadap spesies-spesies hidupan akuatik tertentu terutamanya ikan toman dan kelah.




Aktiviti memancing yang terkawal dapat membantu menjamin kelangsungan spesies ikan kelah dan toman seperti di Tasik Kenyir






Konklusi...



Keindahan tasik giatkan sektor pelancongan
     
    Sebagai konklusinya, dalam mengejar arus pembangunan sosioekonomi untuk yang bertujuan sama ada bagi kesejahteraan masa kini dan masa hadapan, pelbagai langkah yang efisien perlu diambil oleh semua pihak di pelbagai peringkat. 

Tasik Bera
 




    Dalam hal ini, pengaplikasian terhadap nilai-nilai pembangunan dalam konsep pembangunan lestari perlu diberi keutamaan bagi memastikan keseimbangan ekosistem tasik terus terpelihara dan terjamin demi faedah bersama dalam jangkamasa panjang.































No comments:

Post a Comment