SEUNTAI KATA PEMBUKA BICARA...

Top 50 hình ảnh động chúc mừng năm mới - Happy New Year 2020 | Happy new  year gif, Happy new year images, New year gif

Selamat Datang, Salam Sejahtera, Selamat Tahun Baru 2018!!! Anda sangat dialu-alukan dalam blog ini. Semoga segala informasi yang dipaparkan dapat membantu kalian.

Saya percaya masih ada yang empunya rencana dan cita-cita yang masih belum terlaksana di tahun yang lalu dan meletakkan visi baru di Tahun Baru ini dengan tekad dan azam yang lebih baik. Kita semua pastinya rasa sangat bersyukur kerana masih diberi kesempatan dan nafas baru di tahun baru ini terus memperbaiki diri meniti puncak kejayaan yang diidamkan sesuai dengan rencana-Nya.

Menyedari akan hakikat itu, teruskan usaha murni kita masing-masing untuk mentransformasikan diri melalui pendidikan kerana hanya melaluinya perubahan dalam segenap aspek akan dicapai!

Ingatlah bahawa KEJAYAAN banyak terletak pada usaha DIRI SENDIRI dan semangat yang tidak pernah mengenal erti putus asa. Pepatah mengatakan di mana ada kemahuan, di situ ada jalan dan kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya kerana yang bulat takkan datang bergolek dan yang pipih takkan datang melayang!

Semoga kita semua beroleh kebahagiaan dan kejayaan yang paling cemerlang sebagaimana yang dihajati dengan izin, bimbingan dan petunjuk daripada TUHAN. Oleh itu, janganlah lupa untuk sentiasa berdoa dan mengucap Syukur ke atas segala yang telah kita nikmati selama ini.

SELAMAT MAJU JAYA & TERUSKAN USAHA YANG DISERTAI DENGAN KESUNGGUHAN TINGGI KE ARAH KECEMERLANGAN DIRI, KELUARGA, BANGSA DAN NEGARA YANG TERCINTA!!!

Saturday, 16 April 2011

Pencemaran Alam Sekitar

Pencemaran merujuk kepada sebarang perbuatan "merosakkan atau tidak bersih atau kotor". Pencemaran boleh juga berlaku apabila sesuatu yang mulia, murni, baik, bersih dan sistematik diceroboh oleh unsur-unsur yang bertentangan dengan sistem, moral, tatacara, tabii, dan nilai alam. 

Sikap manusia yang tidak beretika dengan melanggar prinsip dan hukum alam menjadi penyebab kepada berlakunya perubahan dan kerosakan alam sekitar dan komponennya. Pencemaran alam sekitar boleh ditakrifkan sebagai gangguan atau kerosakan terhadap kebersihan alam sekitar akibat pengumpulan bahan pencemar sama ada yang bersifat boleh diuraikan seperti sisa toksik atau bahan pencemar yang bersifat tidak boleh diuraikan seperti logam buatan. Pencemaran merupakan perubahan alam sekitar yang tidak diingini akibat penghasilan dan pembebasan pelbagai jenis bahan pencemar seperti sisa pepejal oleh pelbagai aktiviti manusia dalam mengejar pembangunan sosioekonomi mahupun secara semulajadi.
 

Terdapat tiga jenis pencemaran alam sekitar yang sering dibicarakan iaitu pencemaran air, pencemaran udara dan pencemaran bunyi. Pencemaran air pada umumnya berpunca daripada pembuangan sampah sarap domestik, bahan buangan toksik atau radioaktif dari perindustrian dan pertanian, tumpahan minyak dari kapal dan hakisan tanah. Selain itu, pencemaran tanah juga turut berlaku terutamanya akibat penggunaan pelbagai jenis racun serangga dan makhluk perosak dan baja kimia dalam sektor pertanian.




Asap kilang mencemarkan udara
Pencemaran sungai





Pembakaran terbuka
Pelepasan asap kenderaan
             

Projek pembangunan antara penyumbang asbut

Pelbagai punca pencemaran tanih



Pelbagai pencemaran alam sekitar dan amalan tidak beretika masyarakat menjadi isu utama di Malaysia masa kini. Kebanyakan masalah ini berpunca daripada sikap ambil mudah pihak terlibat dengan pengurusan ataupun individu tertentu kerana mereka mempunyai pilihan untuk menentukan tindakan yang perlu diambil. Pilihan-pilihan itu menurut Dr Mohamad Diah Jurini (2005) terbahagi kepada 5 kriteria iaitu:

1. Most ethical decisions have extended consequence
2. Personal implications
3. Most ethical decisions have multiple alternatives
4. Most ethical decisions have uncertain consequence
5. Most ethical decisions have mixed outcomes



Faktor-Faktor Pencemaran Alam Sekitar


Antaranya adalah seperti berikut;


a) Faktor semulajadi: 


1. Kebakaran hutan secara semulajadi akibat kemarau, terutamanya el-nino.
2. Letusan gunung berapi.
3. Kewujudan komponen asbut.
4. Kejadian tanah runtuh.


b) Faktor manusia:


1. Pembuangan pelbagai jenis sampah sarap dan sisa domestik.
2. Tumpahan minyak.
3. Penggunaan baja urea dan racun makhluk perosak dalam sektor pertanian.
4. Pelepasan asap-asap kilang dan kenderaan.
5. Amalan pembakaran terbuka.
6. Kegiatan pembalakan yang tidak terancang terutamanya pembalakan haram.
7. Penebusgunaan tanah dan penambakan laut.
8. Perlombongan dan kuari.
9. Amalan mengebom dan menuba ikan dalam sektor perikanan.
10. Penggunaan bahan api fosil.
11. Pelbagai kegiatan pembangunan sosioekonomi yang dijalankan.


Kesan-kesan Pencemaran Alam Sekitar


a) Kesan ke atas alam sekitar fizikal:


1. Berlakunya fenomena jerebu dan pulau haba.
2. Pemanasan global dan penipisan lapisan ozon.
3. Hujan asid.
4. Menjejaskan ekosistem dan biodiversiti.
5. Gangguan terhadap struktur geologi atau tanih.
6. Banjir kilat.
7. Tanah runtuh dan kegagalan cerun.


b) Kesan ke atas alam sekitar manusia:


1. Menjejaskan tahap kesihatan.
2. Menjejaskan pelbagai aktiviti sosioekonomi manusia.
3. Menjejaskan pendapatan negara.


Langkah mengatasi pencemaran alam sekitar


Dalam mengatasi masalah pencemaran alam sekitar ini, terdapat tiga aspek syang perlu diberi perhatian oleh semua pihak sepertimana yang digariskan dalam konsep amalan pembangunan lestari, iaitu;


i) pemeliharaan dan pemuliharaan,
ii) penguatkuasaan undang-undang, dan
iii) pendidikan alam sekitar. 


Antara langkah-langkah yang boleh diambil dalam konteks ini ialah seperti;


1. Tidak melakukan pembakaran terbuka.
2. Mengurangkan kebergantungan kepada bahan api fosil.
3. Mengurangkan pelepasan asap kilang dan kenderaan.
4. Penggunaan sumber tenaga alternatif.
5. Program kitar semula.
6. Penghutanan semula.
7. Akta Kualiti Alam Sekitar 1978 oleh JAS.
8. EIA.
9. Kempen-kempen kesedaran.
10. Pendidikan alam sekitar samada secara formal ataupun tidak formal.
11. Mengambil langkah-langkah pengurusan strategik.



 

No comments:

Post a Comment