SEUNTAI KATA PEMBUKA BICARA...

Top 50 hình ảnh động chúc mừng năm mới - Happy New Year 2020 | Happy new  year gif, Happy new year images, New year gif

Selamat Datang, Salam Sejahtera, Selamat Tahun Baru 2018!!! Anda sangat dialu-alukan dalam blog ini. Semoga segala informasi yang dipaparkan dapat membantu kalian.

Saya percaya masih ada yang empunya rencana dan cita-cita yang masih belum terlaksana di tahun yang lalu dan meletakkan visi baru di Tahun Baru ini dengan tekad dan azam yang lebih baik. Kita semua pastinya rasa sangat bersyukur kerana masih diberi kesempatan dan nafas baru di tahun baru ini terus memperbaiki diri meniti puncak kejayaan yang diidamkan sesuai dengan rencana-Nya.

Menyedari akan hakikat itu, teruskan usaha murni kita masing-masing untuk mentransformasikan diri melalui pendidikan kerana hanya melaluinya perubahan dalam segenap aspek akan dicapai!

Ingatlah bahawa KEJAYAAN banyak terletak pada usaha DIRI SENDIRI dan semangat yang tidak pernah mengenal erti putus asa. Pepatah mengatakan di mana ada kemahuan, di situ ada jalan dan kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya kerana yang bulat takkan datang bergolek dan yang pipih takkan datang melayang!

Semoga kita semua beroleh kebahagiaan dan kejayaan yang paling cemerlang sebagaimana yang dihajati dengan izin, bimbingan dan petunjuk daripada TUHAN. Oleh itu, janganlah lupa untuk sentiasa berdoa dan mengucap Syukur ke atas segala yang telah kita nikmati selama ini.

SELAMAT MAJU JAYA & TERUSKAN USAHA YANG DISERTAI DENGAN KESUNGGUHAN TINGGI KE ARAH KECEMERLANGAN DIRI, KELUARGA, BANGSA DAN NEGARA YANG TERCINTA!!!

Sunday, 12 February 2012

Globalisasi Ekonomi:Kepentingan Saling Bergantung Antara Negara


Kepentingan Saling Bergantung Antara Negara

• Dlm sistem ekonomi global, tiada negara yg mempunyai ekonomi yg lengkap.
• Setiap negara perlu bergantung antara satu sama lain demi mewujudkan keadaan saling melengkapi agar ekonomi lebih pantas berkembang.
• Kekurangan dlm sesebuah negara akan ditampung oleh kelebihan yang ada di negara yg lain.

1. Perkongsian sumber alam khususnya sumber bahan mentah dan sumber tenaga
• Sesetengah negara tidak mempunyai bekalan tenaga yg cukup utk mengerakkan sektor ekonomi.
• Oleh sebab itu negara terpaksa bergantung kpd negara luar bagi memperoleh sumber kuasa tersebut.
• Cthnya, Jepun bergantung kpd negara teluk bagi memperoleh bekalan petroleum.

2. Perkongsian dan pemindahan teknologi, penyelidikan dan pembangunan (R&D), serta inovasi baru dlm pelbagai bidang
• Melalui pemindahan dan perkongsian teknologi moden maka bidang-bidang seperti pembangunan sumber manusia, sumber tenaga, perindustrian, sumber marin, pelancongan, pertanian dan sebagainya disesebuah negara boleh dimajukan.
• Cthnya, industri HITEC di Malaysia, negara bergantung kpd permindahan teknologi dari negara Jepun.

3. Perluasan pasaran dan perdagangan antara negara atau kawasan
• Kerjasama serantau membolehkan sesebuah negara memperluaskan pasaaran barangan dan perkhidmatan mereka ke kws dan negara lain.
• Faedah drp perkongsian pasaran akan dpt dinikmati kususnya drp segi pertambahan permintaan kuasa beli pengguna.
• Cthnya, barangan negara Asia Tenggara boleh dijual di pasaran Eropah dan Aemerika dan begitulah sebaliknya.
4. Perkongsian modal
• Kekurangan modal dlm sesebuah negara boleh ditampung oleh negara lain sama ada drp pelaburan kerajaan ataupun swasta melalui perkongsian bijak seperti kaedah pelaburan bersama atau perlaburan silang.
• Cthnya, pelaburan swasta mempercepatkan proses pembangunan ekonomi di kws setiga pertumbuhan ASEAN di IMT-GT, IMS-GT, EAGA_BIMP.
• Rakyat mendapat limpahan pembangunan manakala pihak swasta memperolehi keuntungan melalui pegangan ekuiti.

5. Perkongsian buruh dan tenaga pakar
• Kekurangan buruh & tenaga pakar dlm sesebuah negara boleh ditampung oleh negara lain.Cthnya Malaysia bergantung kpd tenaga buruh dari Indonesia dlm sektor perladangan dan pembinaan.
• Kemasukan buruh Indonesia membolehkan sektor pembinaan berkembang dgn pesat manakala Indonesia memperolehi keuntungan melalui pengaliran masuk mata wang Ringgit hasil gaji/upah warganya yang bekerja dlm sektor tersebut di Malaysia.
• Selain itu perkongsian pakar juga berlaku dgn meminjam tenaga pakar dari negara maju. Keuntungan di perolehi melalui latihan dan R&D.

Kajian kes: Ciri saling bergantung antara Malaysia dgn negara lain.
• Malaysia amat bergantung kpd sumber bhn mentah, sumber kuasa & sumber makanan dari negara-negara lain. Cthnya, Malaysia bergantung kpd Thailand utk mendapatkan bekalan beras, sumber perikanan, sayur-sayuran, buah-buahan.
• Bergantung kpd Filipina utk bekalan gula, Indonesia utk bekalan beras.
• Teknologi moden dari negara maju seperi Jepun, Korea, USA, Rusia dll utk sektor perindustrian. Malaysia pula membekalkan minyak sawit & getah asli.
• Malaysia bergantung kpd pasaran luar negara spt AFTA, USA, Eropah, Asia Pasifik dll. Cthnya, produk alat penghawa dingin Malaysia amat bergantung kpd pasaran negara Timur Tengah.
• Pelaburan modal asing juga di perlukan oleh Malaysia utk menggerak dan memajukan sektor ekonomi seperti perindustrian, perkhidmatan, pelancongan dll.
• Tanpa modal asing Malaysia tidak mempunyai modal yg mencukupi utk mengegarak, menjana dan memperkasakan ekonominya.
• Negara maju yg byk melabur di Malaysia ialah seperti negara Jepun, Korea, USA, England, Jerman dll disamping pelaburan dari negara serantau Asean seperti Thailand, Indonesia, Singapura, Vietnam dan Filipina.

No comments:

Post a Comment