SEUNTAI KATA PEMBUKA BICARA...
Selamat Datang, Salam Sejahtera, Selamat Tahun Baru 2018!!! Anda sangat dialu-alukan dalam blog ini. Semoga segala informasi yang dipaparkan dapat membantu kalian.
Saya percaya masih ada yang empunya rencana dan cita-cita yang masih belum terlaksana di tahun yang lalu dan meletakkan visi baru di Tahun Baru ini dengan tekad dan azam yang lebih baik. Kita semua pastinya rasa sangat bersyukur kerana masih diberi kesempatan dan nafas baru di tahun baru ini terus memperbaiki diri meniti puncak kejayaan yang diidamkan sesuai dengan rencana-Nya.
Menyedari akan hakikat itu, teruskan usaha murni kita masing-masing untuk mentransformasikan diri melalui pendidikan kerana hanya melaluinya perubahan dalam segenap aspek akan dicapai!
Ingatlah bahawa KEJAYAAN banyak terletak pada usaha DIRI SENDIRI dan semangat yang tidak pernah mengenal erti putus asa. Pepatah mengatakan di mana ada kemahuan, di situ ada jalan dan kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya kerana yang bulat takkan datang bergolek dan yang pipih takkan datang melayang!
Semoga kita semua beroleh kebahagiaan dan kejayaan yang paling cemerlang sebagaimana yang dihajati dengan izin, bimbingan dan petunjuk daripada TUHAN. Oleh itu, janganlah lupa untuk sentiasa berdoa dan mengucap Syukur ke atas segala yang telah kita nikmati selama ini.

SELAMAT MAJU JAYA & TERUSKAN USAHA YANG DISERTAI DENGAN KESUNGGUHAN TINGGI KE ARAH KECEMERLANGAN DIRI, KELUARGA, BANGSA DAN NEGARA YANG TERCINTA!!!
Sunday, 27 May 2012
MODUL CUTI SEKOLAH PERTENGAHAN TAHUN (MEI/JUN 2012)
A) Alam Sekitar Fizikal (942/1)
Dengan menjalankan kajian di sekitar kawasan tempat tinggal anda,
i) nyatakan keadaan cuaca di sepanjang tempoh minggu pertama cuti persekolahan anda.
ii) huraikan pembentukan cuaca yang telah anda nyatakan di (i) di atas.
iii) jelaskan dengan memberi contoh/ bukti yang sesuai pengaruh cuaca berkenaan terhadap alam sekitar di sekitar kawasan tempat tinggal anda.
B) Alam Sekitar Manusia (942/2)
Dengan merujuk kepada projek SAMUR (Sabah Ammonia and Urea),
i) huraikan secara ringkas latar belakang projek berkenaan.
ii) jelaskan kepentingan dan sumbangan projek berkenaan terhadap penduduk setempat dan kawasan berhampiran dengan daerah Sipitang.
iii) cadangkan langkah-langkah mengatasi impak negatif projek berkenaan terhadap kompenan alam sekitar.
1) Semua pelajar WAJIB melaksanakan tugasan ini pada masa cuti pertengahan tahun ini.
2) Tugasan anda perlu bertaip komputer menggunakan font Times New Roman sahaja dengan langkau 1.5 spacing.
3) Tugasan ini hendaklah diserahkan kepada pensyarah Geografi anda pada hari terakhir persekolahan minggu pertama persekolahan penggal kedua.
4) Kegagalan mana-mana pelajar menyerahkan tugasan masing-masing mengikut ketetapan yang telah ditetapkan akan dikenakan tindakan sewajarnya.
Sekian dan Selamat Bercuti serta diucapkan Selamat Hari Gawai Dayak dan Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan 2015 buat seluruh warga MALAYSIA !

Arahan dan peringatan kepada semua pelajar PSS2 BK3 SMKPO 2015:
1) Semua pelajar WAJIB melaksanakan tugasan ini pada masa cuti pertengahan tahun ini.
2) Tugasan anda perlu bertaip komputer menggunakan font Times New Roman sahaja dengan langkau 1.5 spacing.
3) Tugasan ini hendaklah diserahkan kepada pensyarah Geografi anda pada hari terakhir persekolahan minggu pertama persekolahan penggal kedua.
4) Kegagalan mana-mana pelajar menyerahkan tugasan masing-masing mengikut ketetapan yang telah ditetapkan akan dikenakan tindakan sewajarnya.
Sekian dan Selamat Bercuti serta diucapkan Selamat Hari Gawai Dayak dan Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan 2015 buat seluruh warga MALAYSIA !
Subscribe to:
Posts (Atom)