SEUNTAI KATA PEMBUKA BICARA...

Top 50 hình ảnh động chúc mừng năm mới - Happy New Year 2020 | Happy new  year gif, Happy new year images, New year gif

Selamat Datang, Salam Sejahtera, Selamat Tahun Baru 2018!!! Anda sangat dialu-alukan dalam blog ini. Semoga segala informasi yang dipaparkan dapat membantu kalian.

Saya percaya masih ada yang empunya rencana dan cita-cita yang masih belum terlaksana di tahun yang lalu dan meletakkan visi baru di Tahun Baru ini dengan tekad dan azam yang lebih baik. Kita semua pastinya rasa sangat bersyukur kerana masih diberi kesempatan dan nafas baru di tahun baru ini terus memperbaiki diri meniti puncak kejayaan yang diidamkan sesuai dengan rencana-Nya.

Menyedari akan hakikat itu, teruskan usaha murni kita masing-masing untuk mentransformasikan diri melalui pendidikan kerana hanya melaluinya perubahan dalam segenap aspek akan dicapai!

Ingatlah bahawa KEJAYAAN banyak terletak pada usaha DIRI SENDIRI dan semangat yang tidak pernah mengenal erti putus asa. Pepatah mengatakan di mana ada kemahuan, di situ ada jalan dan kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya kerana yang bulat takkan datang bergolek dan yang pipih takkan datang melayang!

Semoga kita semua beroleh kebahagiaan dan kejayaan yang paling cemerlang sebagaimana yang dihajati dengan izin, bimbingan dan petunjuk daripada TUHAN. Oleh itu, janganlah lupa untuk sentiasa berdoa dan mengucap Syukur ke atas segala yang telah kita nikmati selama ini.

SELAMAT MAJU JAYA & TERUSKAN USAHA YANG DISERTAI DENGAN KESUNGGUHAN TINGGI KE ARAH KECEMERLANGAN DIRI, KELUARGA, BANGSA DAN NEGARA YANG TERCINTA!!!

Saturday, 2 September 2017

MIGRASI DALAMAN

MASTERI OMG...942 STPM

1 (a) Apakah yang dimaksudkan dengan migrasi dalaman?
Perpindahan penduduk/individu/seseorang dari satu tempat ke satu tempat tanpa melintasi sempadan antarabangsa yang hanya melibatkan sempadan negeri/ daerah/bandar/mukim/kampung sahaja atas sebab-sebab tertentu untuk tempoh/ jangka masa tertentu.

(b) Nyatakan arah aliran migrasi dalaman yang berlaku di Malaysia?
(i) Migrasi bandar ke bandar
(ii) Migrasi bandar ke luar bandar
(iii) Migrasi luar bandar ke bandar
(iv) Migrasi luar bandar ke luar bandar

(c) Huraikan pola migrasi dalaman yang berlaku di Malaysia pada masa kini.
(i) Arah aliran (dari mana ke mana?) - Penduduk luar bandar ke bandar untuk mencari pekerjaan danmelanjutkan pelajaran/ Penduduk bandar yang berhijrah/ atau kembali ke luar bandar kerana pencen atau tamat tempoh perkhidmatan.
(ii) Isipadu aliran (berkaitan jumlah/bilangan, iaitu banyak @ sedikit) - 
(iii) Komposisi aliran (berkaitan jantina/umur/taraf pendidikan) - 

(d) Jelaskan faktor-faktor yang mempengaruhi migrasi luar bandar ke bandar di Malaysia.
(i) Terdapat banyak peluang pekerjaan di bandar - perkembangan pesat kegiatan ekonomi moden menawarkan banyak peluang pekerjaan di bandar, tetapi di l/bdr pekerjaan tiada/terhad. 
(ii) Penawaran upah/ gaji/ pendapatan - di bdr pendapatan/gaji/upah tinggi/ tetap, ttp di l/bdr pendapatan/gaji/upah rendah/tidak tetap
(iii) Adanya kemudahan asas/infrastruktur di bandar - banyak, lengkap & moden, l/bandar kurang.
(iv) Adanya kemudahan sosial & pembandaran - di bandar banyak & moden, l/bdr kurang & tidak lengkap. cth: kesihatan & pendidikan
(v) Dasar governan - bdr lebih diberi tumpuan utk dibangunkan, jd tumpuan pelaburan/FDI, l/bdr terabai/ terbiar/ lambat dibangunkan, kws krang sumber bpotensi - mundur
(vi) Berpindah/ bertukar tempat kerja - ikut klrga/suami yg bkerja di bdr.

(e) Huraikan kesan-kesan positif akibat migrasi luar bandar ke bandar terhadap kawasan desa dan kawasan bandar di Malaysia.
(i) Berlaku kemajuan ekonomi bandar - pertambahan tng kerja utk gerakkan industri/ sektor eko selain bawa masuk modal ke bandar
(ii) Mempercepatkan proses pembandaran - ptambahan penduduk akibat migrasi masuk menyebabkan proses pembandaran pesat/cepat - kwsn kediaman & kemudahan pmbandaran berkembang - berlaku rebakan bandar (dr pusat bdr ke pinggir bdr - lingkungan pengaruh bdr semakin luas).
(iii) Berlaku kemajuan infrastruktur & sosial bandar - keperluan penduduk bertambah sejajar dgn peningkatan migrasi masuk ke bandar - kemudahan asas & infrastruktur disediakan bg penuhi keperluan pduduk bdr yg semakin meningkat. cth: perumahan terancang, bekalan air bersih, elektrik, pertambahan keperluan pendidikan, kesihatan dsb.
(iv) Pertambahan saiz pasaran di bandar - pertambahan pduduk sebabkan saiz pasaran menjadi luas, kemajuan ekonomi bertambah - pendapatan perkapita penduduk meningkat, kuasa beli meningkat.
(v) Berlaku pembauran budaya positif & penyebaran industri di bandar.
(vi) Berlaku penghantaran wang/ modal ke tempat asal - penduduk l/bdr yg dtg bkerja di bdr htr balik wang ke kg halaman.
(vii) Wujud penyebaran inovasi & teknik dr bdr ke l/bdr - guna teknologi lebih moden & terkini dlm perusahaan/ eko desa.
(viii) Mengurangkan tekanan terhadap sumber alam di l/bdr - pembangunan yg kurang di l/bdr secara tidak langsung kurangkan pencemaran alam sekitar dan kerosakan alam di kwsn l/bdr.   

(e) Bagaimanakah faktor ekonomi mempengaruhi kemasukan warga asing ke Malaysia?
(i) Peluang pkjaan yg byk di Msia - byk kkosongn tng krja/ buruh kurang mahir (krn samada ditinggalkan oleh pkrja tmptn / memilih kerja)
(ii) Pertumbuhan eko yg pesat - pbuatan & pkhid/ pert/pbinaan - perlukan tng pekerja yg ramai
(iii) Kdr upah yg tinggi/lumayan - bbdg ngr asal
(iv) Kadar tukaran mw yg tinggi - bbdg ngr asal. cth. nilai RM lebih tinggi bbdg Rupiah 
(v) Peluang pelaburan yg byk - mampu kbgkan jenis2 pniagaan ttu. Cth, ind mknan & francais, 


No comments:

Post a Comment