SEUNTAI KATA PEMBUKA BICARA...

Top 50 hình ảnh động chúc mừng năm mới - Happy New Year 2020 | Happy new  year gif, Happy new year images, New year gif

Selamat Datang, Salam Sejahtera, Selamat Tahun Baru 2018!!! Anda sangat dialu-alukan dalam blog ini. Semoga segala informasi yang dipaparkan dapat membantu kalian.

Saya percaya masih ada yang empunya rencana dan cita-cita yang masih belum terlaksana di tahun yang lalu dan meletakkan visi baru di Tahun Baru ini dengan tekad dan azam yang lebih baik. Kita semua pastinya rasa sangat bersyukur kerana masih diberi kesempatan dan nafas baru di tahun baru ini terus memperbaiki diri meniti puncak kejayaan yang diidamkan sesuai dengan rencana-Nya.

Menyedari akan hakikat itu, teruskan usaha murni kita masing-masing untuk mentransformasikan diri melalui pendidikan kerana hanya melaluinya perubahan dalam segenap aspek akan dicapai!

Ingatlah bahawa KEJAYAAN banyak terletak pada usaha DIRI SENDIRI dan semangat yang tidak pernah mengenal erti putus asa. Pepatah mengatakan di mana ada kemahuan, di situ ada jalan dan kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya kerana yang bulat takkan datang bergolek dan yang pipih takkan datang melayang!

Semoga kita semua beroleh kebahagiaan dan kejayaan yang paling cemerlang sebagaimana yang dihajati dengan izin, bimbingan dan petunjuk daripada TUHAN. Oleh itu, janganlah lupa untuk sentiasa berdoa dan mengucap Syukur ke atas segala yang telah kita nikmati selama ini.

SELAMAT MAJU JAYA & TERUSKAN USAHA YANG DISERTAI DENGAN KESUNGGUHAN TINGGI KE ARAH KECEMERLANGAN DIRI, KELUARGA, BANGSA DAN NEGARA YANG TERCINTA!!!

Monday, 14 January 2019

CUACA DAN IKLIM: Taburan Suhu (Menegak dan Mendatar)

A.  TABURAN SUHU SECARA MENEGAK

Maksud/Konsep:
 -      ialah perubahan suhu akibat pertambahan ketinggian sesuatu kawasan  ( tanah tinggi ) di permukaan bumi.

Penerangan Konsep:
-  Taburan suhu secara menegak ini ditentukan oleh proses pemindahan haba oleh
    pergerakan udara secara menegak. 
  Perubahan suhu menegak  berlaku melalui pengeluaran haba pendam akibat proses pemeluwapan.
-   Sptmana yg kita tahu, semakin tinggi sesuatu kawasan, suhunya akan semakin rendah/menurun/menjadi semakin sejuk. Namun, kejatuhan suhu ini adalah berbeza-beza antara satu tempat dengan tempat yang lain  
     dan antara musim.
-   Kadar purata pengurangan suhu ialah setiap kenaikan 100 meter suhu jatuh sebanyak 0.65 darjah C ( Kadar tukaran suhu ini dikenali sebagai kadar tukaran normal).
- Prinsip 10:1K dan 5:1K,
i) akan berlaku penurunan suhu sebanyak 10 darjah C untuk setiap kenaikan 1000 meter (KATAK).
ii) akan berlaku penurunan suhu sebanyak 5 darjah C untuk setiap kenaikan 1000 meter (KATAB).

Taburan suhu secara menegak (berdasarkan aras ketinggian)
 Faktor yang mempengaruhi taburan suhu secara menegak
-    Lapisan udara yang berhampiran permukaan bumi lebih tumpat dan  mempuyai banyak 
    bahan-bahan yang menyerap bahangan. Bahangan diserap oleh bahan-bahan seperti
    wap-wap air, habuk. debu, gas-gas dan pertikel-partikel terampai yang terdapat 
    dengan banyaknya berhampiran permukaan bumi dan kemudiannya membebaskan 
    bahangan tersebut secara beransur-ansur lalu memanaskan atmosfera berhampiran 
    permukaan bumi.
-   Manakala lapisan atas atmosfera  udaranya lebih nipis, kering dan bersih. Oleh 
    penyerapan dan pembebasan bahangan kurang berlaku. Kesannya lapisan atmosfera 
    bahagian atas menjadi lebih sejuk.


Fenomena olak suhu

Konsep/Maksud Olak Suhu:
-          ialah keadaan suhu sesuatu kawasan yang lebih rendah berhampiran permukaan bumi berbanding bahagian atasnya yg lebih panas. 
   
Penerangan konsep
-     Olak suhu merujuk kepada lapisan udara di peringkat bawah adalah lebih sejuk 
      daripada lapisan atasnya (lebih panas).
-    Olak suhu biasanya berlaku pada waktu malam kerana pada masa itulah pengeluaran bahangan 
      bumi pesat dan hal ini menyebabkan permukaan bumi menjadi lebih sejuk daripada 
      bahagian atasnya.
-    Udara berhampiran permukaan bumi menyentuh permukaan bumi yang sejuk lalu 
      menyebabkan udara tersebut turut menjadi sejuk.
-      Kesannya udara berhampiran permukaan bumi tersebut lebih sejuk daripada udara 
     di bahagian atasnya.
-     Di kawasan yang berbukit bukau , udara sejuk yang berat ini akan mengalir ke dasar lurah-lurah.


Faktor-Faktor Yang Menggalakkan Pembentukan Kejadian Olak Suhu:
1. Tempoh wktu malam yang panjang, contohnya pada musim sejuk di kawasan sederhana dunia.
2. Langit yang cerah tanpa awan untuk membolehkan bahangan cepat hilang ke angkasa lepas. 
3. Malam yang tenang tanpa pergerakan angin yang kencang supaya tidak terdapat 
     percampuran antara udara panas dengan udara sejuk.
4. Udara yang kering ( kurang wap-wap air ) dapat mengurangkan bahangan bumi diserap 
     wap-wap air di udara.
5. Sifat permukaan bumi. Keadaan permukaan yang bersalji dapat membalikkan sinaran matahari pada 
     waktu siang, jadi kadar serapan haba oleh permukaan bumi adalah rendah (suhu sejuk).  


B. TABURAN SUHU SECARA MENDATAR.

Konsep/maksud :

- merujuk kepada perubahan suhu antara satu tempat dengan satu tempat yang lain mengikut kedudukan garis lintang ( latitud ). Secara asasnya, G. Khatulistiwa lebih panas, G. Sartan dan G. Jadi suhunya sederhana dan Hemisfera Utara dan H. Selatan bersuhu sejuk.

Kata kunci

-          perubahan suhu
-          antara satu tempat dengan tempat yang lain
-          mengikut garis lintang ( latitud ) - GK(panas), GS & GJ(sederhana), HU&HS (sejuk).

 Penerangan konsep
 -          di kawasan latitud/ GL Khatulistiwa ( 0 darjah ), beza antara suhu tahunannya adalah kecil sepanjang tahun ( iaitu antara 1- 2 darjah celcius shj).
-          Beza antara suhu tahunan semakin besar bermula dari Khatulistiwa ke arah kawasan 
        berlatitud tinggi ( kedua-dua kutub ).
-         Beza antara suhu tahunan besar di kawasan Artik dan Antartika.
     
Taburan suhu mendatar (berdasarkan Garis Lintang)
Faktor –Faktor Yang Mempengaruhi Taburan Suhu Secara Mendatar :

1.  Kedudukan Garis Lintang / Latitud
-          Suhu semakin berkurangan bermula dari latitud Khatulistiwa ( 0 darjah ) ke arah kedua-dua kutub.
-          Sebab-sebab perbezaan suhu antara latitud disebabkan oleh:-

i.     Bahangan matahari lebih tertumpu ke kawasan khatulistiwa kerana kawasan 
     khatulistiwa lebih dekat dengan matahari. Permukaan bumi kawasan khatulistiwa 
     terdedah secara tegak ( 90 darjah ) kepada sinaran matahari. Oleh itu,  keamatan 
     tenaga matahari yang diterima oleh kawasan latitud Khatulistiwa sentiasa tinggi. 
     Kesannya suhu permukaan kawasan Khatulistiwa tinggi sepanjang tahun.

ii. Kawasan latitud  tinggi ( kedua-dua kutub Utara dan Selatan), sudut pancaran (zenith) matahari lebih jauh dan condong.  Kesannya keamatan tenaga matahari yang diterima rendah. Oleh itu, suhu permukaan di kedua-dua kutub sentiasa rendah (sejuk). 

2.  Pengaruh kebenuan dan lautan
-       Daratan lebih cepat menjadi panas berbanding lautan pada waktu siang. 
Oleh itu, kawasan tengah benua ( daratan ) lebih panas berbanding dengan kawasan berhampiran dengan laut pada waktu siang.  
-      Pada waktu malam air masih lagi membebaskan habanya dan keadaan ini menyebabkan kawasan pinggir laut  menjadi lebih panas pada waktu malam berbanding dengan kawasan tengah benua yang lebih cepat menjadi sejuk.

3.  Pengaruh badan-badan air yang besar
-      Tasik-tasik yang besar dapat mempengaruhi beza antara suhu kawasan yang terletak lebih kurang satu kilometer darinya .
-      Badan-badan air seperti tasik dapat mengurangkan suhu sekitarnya pada musim panas dan menambahkan suhu  sekitarnya pada musim sejuk.
-      Contohnya kawasan Tasik-tasik Besar St. Lawrence di Amerika Utara. 

3.      Pengaruh arus lautan
-       Arus lautan dunia dapat menyederhanakan suhu musim dingin dan musim 
      panas kawasan-kawasan yang dilaluinya.
-       Arus lautan sama ada arus panas atau sejuk dapat memindahkan haba dari 
      satu tempat ke satu tempat yang lain.
-      Pengaliran arus lautan dari kawasan Khatulistiwa ke arah kutub dapat memanaskan 
      udara di kawasan kutub dan sebaliknya. 
-      Contoh Hanyutan Atlantik Utara  ( arus panas ) yang bergerak dari kawasan latitud 
      rendah mengalir kearah kutub utara telah meningkatkan suhu kawasan pinggir 
      pantai Kepulauan British dan Eropah pada musim dingin. Arus Sejuk Labrador 
      yang mengalir dari Kutub Utara ke Khatulistiwa telah mengurangkan suhu 
      udara di kawasan Khatulistiwa.

4.       Pengaruh angin lazim
-      Angin yang bertiup seringkali dapat menyederhanakan suhu kawasan yang dilaluinya.  
     Contoh Angin Baratan ( angin lazim ) yang panas bertiup kearah pantai barat 
     Eropah telah meningkatkan suhu kawasan pinggir pantai barat Eropah tersebut. 
     Manakala pantai timurnya lebih sejuk kerana menerima   angin sejuk dari kawasan 
     pedalaman  benua tersebut.
-     Angin Cinuk ( angin panas ) yang bertiup daripada lautan Pasifik telah meningkatkan 
    suhu dan mencairkan salji dan mempercepatkan kedatangan musim bunga di Dataran 
    tinggi Amerika Syarikat dan Prairie Kanada.

5.      Pengaruh banjaran gunung
-       Banjaran  gunung  (aspek ) termasuk arah dan darjah kecerunan amat berkesan 
      mempengaruhi suhu di kawasan-kawasan di laitud sederhana.
-      Di hemisfera utara, cerun yang mengadap ke selatan menerima lebih banyak 
     bahang matahari berbanding cerun yang mengadap utara. Oleh itu, di hemisfera 
     utara cerun yang mengadap selatan suhu lebih tinggi berbanding cerun yang mengadap 
     utara ( kutub utara ).
-     Di hemisfera selatan, cerun yang mengadap ke utara menerima lebih banyak bahang 
     matahari berbanding cerun yang mengadap Selatan. Oleh itu, di hemisfera selatan 
     cerun yang mengadap utara suhu lebih tinggi berbanding cerun yang mengadap selatan 
     ( Antartika ).
                                    
6.      Pengaruh / Litupan tumbuhan
-       Tumbuh-tumbuhan semulajadi berperanan penting dalam mengurangkan suhu sesuatu 
      kawasan.
-      Kawasan yang mempunyai tumbuhan semulajadi yang banyak suhu persekitarannya
      lebih rendah berbanding kawasan lapang.
-      Tumbuhan dapat mengurangkan kepekatan gas karbon dioksida diudara sesuatu kawasan
      melalui proses fotosentesis- dapat mengatasi masalah kesan rumah hijau.
-       Melalui proses perpeluhan, tumbuhan mengeluarkan manik-manik air yang 
      dapat menyederhanakan suhu persekitaran.  
-       Tumbuhan juga mempunyai nilai albedo yang tersendiri, contohnya rumput mempunyai 
     nilai albedo antara 10 -15 %. Kesannya sebahagian bahang matahari dapat dipulangkan  
     ke ruang angkasa dan sekaligus mengurangkan suhu kawasan tersebut.

7.      Faktor warna/kecerahan permukaan bumi (albedo)
-          Atmosfera dan permukaan bumi mempunyai nilai albedo yang berbeza-beza.
-          Salji membalikkan lebih kurang 80% - 90% bahangan matahari yang diterimanya,
Awan pula dapat membalikkan dan menyerap sebahagian bahangan matahari 
 yang diterima pada waktu siang.
-          Perlindungan awan dan pembalikan bahang matahari oleh permukaan bersalji 
        akan mengurangkan suhu pada waktu siang.
-         Kawasan gurun panas yang tidak berawan menerima banyak  sinaran  matahari 
       secara terus menerus pada waktu siang menyebabkan suhu di kawasan tersebut 
       tinggi pada waktu siang.