SEUNTAI KATA PEMBUKA BICARA...

Top 50 hình ảnh động chúc mừng năm mới - Happy New Year 2020 | Happy new  year gif, Happy new year images, New year gif

Selamat Datang, Salam Sejahtera, Selamat Tahun Baru 2018!!! Anda sangat dialu-alukan dalam blog ini. Semoga segala informasi yang dipaparkan dapat membantu kalian.

Saya percaya masih ada yang empunya rencana dan cita-cita yang masih belum terlaksana di tahun yang lalu dan meletakkan visi baru di Tahun Baru ini dengan tekad dan azam yang lebih baik. Kita semua pastinya rasa sangat bersyukur kerana masih diberi kesempatan dan nafas baru di tahun baru ini terus memperbaiki diri meniti puncak kejayaan yang diidamkan sesuai dengan rencana-Nya.

Menyedari akan hakikat itu, teruskan usaha murni kita masing-masing untuk mentransformasikan diri melalui pendidikan kerana hanya melaluinya perubahan dalam segenap aspek akan dicapai!

Ingatlah bahawa KEJAYAAN banyak terletak pada usaha DIRI SENDIRI dan semangat yang tidak pernah mengenal erti putus asa. Pepatah mengatakan di mana ada kemahuan, di situ ada jalan dan kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya kerana yang bulat takkan datang bergolek dan yang pipih takkan datang melayang!

Semoga kita semua beroleh kebahagiaan dan kejayaan yang paling cemerlang sebagaimana yang dihajati dengan izin, bimbingan dan petunjuk daripada TUHAN. Oleh itu, janganlah lupa untuk sentiasa berdoa dan mengucap Syukur ke atas segala yang telah kita nikmati selama ini.

SELAMAT MAJU JAYA & TERUSKAN USAHA YANG DISERTAI DENGAN KESUNGGUHAN TINGGI KE ARAH KECEMERLANGAN DIRI, KELUARGA, BANGSA DAN NEGARA YANG TERCINTA!!!

Tuesday, 28 February 2017

Jelaskan unsur-unsur cuaca semasa fenomena La-Nina.

Soalan: Jelaskan unsur-unsur cuaca semasa fenomena La-Nina. [10]

i. Suhu - permukaan Lautan Pasifik menjadi rendah menyebabkan tiupan bayu laut nyaman.
ii. Tekanan udara - tinggi akibat penurunan suhu permukaan Lautan Pasifik.
iii. Angin - pergerakan angin kencang dari kwsn Lautan Pasifik (TU Tinggi/Suhu Tinggi) ke daratan (TU Rendah/Suhu panas) - hasilkan angin bpusar dgn kelajuan melebihi 120 km/j. cth: siklon (taufan, puting beliung, tornado)
iv. Kerpasan - Kewujudan kwsn bertekanan tinggi dengan angin btiup kencang mbawa taburan hujan lebat drp kebiasaan.
v. Kelembapan udara - tinggi (wap air byk) 
vi. Awan - pembentukan awan kumulunimbus yg sgt giat dlm kawasan yg luas.

Mana-mana 5 x 2 = 10m

Tajuk 3.2: Unsur-Unsur Cuaca & Iklim

Maksud

Cuaca - fenomena harian yg sentiasa berubah mengikut masa, iaitu sama ada pagi, petang atau malam yang melibatkan suhu, hujan, awan, angin, dll dalam skala yg kecil spt kws/ daerah/ negeri/wilayah.

Iklim - purata unsur2 cuaca dalam tempoh/jangka masa panjang, iaitu 30 tahun dan ke atas dan meliputi skala yg luas/besar spt negara/rantau/benua/dunia.

Elemen2/Unsur2 Cuaca & Iklim

1. Suhu - darjah kepanasan udara di sstu tempat/kwsn disebabkan oleh pancaran/ sinaran/ chy / bhgn matahari dan diukur dalam unit darjah selsius atau darjah fahrenheit. Alat : Termometer.

2. Kerpasan - titisan/cecair yg jatuh/turun drp awan ke pmb akibat tarikan graviti bumi. Cth: hujan, salji, hujan batu, hujan beku dan embun. Alat : Tolok hujan dlm unit mm padu.

3. Kelembapan Udara - jumlah/ peratusan wap air yg terkandung/terdapat dalam udara. Terbahagi kepada Kelembapan Mutlak dan Kelembapan Bandingan. Alat : Higrometer.

4. Tekanan Udara - berat jisim/isipadu udara yg dikenakan ke atas pmb, wujud dalam 2 keadaan iaitu Udara lembap (udara sejuk) dgn TUnya tinggi dan Udara kering (suhu panas) dgn TUnya rendah.
Alat : Barometer aneroid dlm unit mb(milibar).

5. Awan - titisan2/wap2 air yg terpeluwap/terkondenssasi dan terapung2 di ruang udara/atmosfera disebabkan oleh daya graviti. 3 kumpulan utama : Awan Tinggi (Sirrus), Awan Tengah (Alto) dan Awan Rendah (Kumulus)

6. Angin - udara yg bergerak secara mendatar/laminar atau berpusar dari pusat tekanan udara tinggi ke pusat tekanan udara rendah. Cth: angin laminar bergerak secara mendatar, ribut dan angin siklon bergerak secara berpusar. Alat :Anemometer, arah mata angin, wind shock, dll.

Suhu dan Tekanan Udara adalah berhubungan secara songsang, iaitu;
Suhu Tinggi (panas) ; TU Rendah, sebaliknya apabila
Suhu Rendah (sejuk) ; TU Tinggi

Elemen2/Usur2 cuaca dan iklim ini sangat mempengaruhi/ berperanan dalam mencorakkan pelbagai fenomena cuaca dan iklim yg berlaku/ terjadi di pmb. Sebarang perubahan kecil secara semulajadi mahupun melalui campurtangan manusia akan memberi/mendatangkan kesan yg sgt besar kpd alam sekitar fizikal dan alam sekitar manusia.