SEUNTAI KATA PEMBUKA BICARA...

Top 50 hình ảnh động chúc mừng năm mới - Happy New Year 2020 | Happy new  year gif, Happy new year images, New year gif

Selamat Datang, Salam Sejahtera, Selamat Tahun Baru 2018!!! Anda sangat dialu-alukan dalam blog ini. Semoga segala informasi yang dipaparkan dapat membantu kalian.

Saya percaya masih ada yang empunya rencana dan cita-cita yang masih belum terlaksana di tahun yang lalu dan meletakkan visi baru di Tahun Baru ini dengan tekad dan azam yang lebih baik. Kita semua pastinya rasa sangat bersyukur kerana masih diberi kesempatan dan nafas baru di tahun baru ini terus memperbaiki diri meniti puncak kejayaan yang diidamkan sesuai dengan rencana-Nya.

Menyedari akan hakikat itu, teruskan usaha murni kita masing-masing untuk mentransformasikan diri melalui pendidikan kerana hanya melaluinya perubahan dalam segenap aspek akan dicapai!

Ingatlah bahawa KEJAYAAN banyak terletak pada usaha DIRI SENDIRI dan semangat yang tidak pernah mengenal erti putus asa. Pepatah mengatakan di mana ada kemahuan, di situ ada jalan dan kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya kerana yang bulat takkan datang bergolek dan yang pipih takkan datang melayang!

Semoga kita semua beroleh kebahagiaan dan kejayaan yang paling cemerlang sebagaimana yang dihajati dengan izin, bimbingan dan petunjuk daripada TUHAN. Oleh itu, janganlah lupa untuk sentiasa berdoa dan mengucap Syukur ke atas segala yang telah kita nikmati selama ini.

SELAMAT MAJU JAYA & TERUSKAN USAHA YANG DISERTAI DENGAN KESUNGGUHAN TINGGI KE ARAH KECEMERLANGAN DIRI, KELUARGA, BANGSA DAN NEGARA YANG TERCINTA!!!

Thursday, 26 July 2012

Proses Endogenik

Proses endogenik merujuk kepada proses-proses geomorfologi atau pembentukan bentuk bumi dari dalam bumi spt lipatan, gelinciran, gempa bumi, aktiviti igneus & gunung berapi dan hanyutan benua akibat tenaga dalaman bumi spt tenaga graviti & tenaga haba.

i) Proses Lipatan (Orogenis)
- merujuk kpd proses lenturan & kedutan kerak bumi akibat
- jenis2 lipatan;
   a) antiklin (lintap mungkum)
   b) sinklin (lintap lendut)
   c) monoklin
   d) lipatan simetri
   e) lipatan asimetri
   f) lipatan rebah - tebing tinggi
   g) lipatan lampau - nappe
- berperanan dlm mbtuk sistem & rangkaian gunung lipat tua & muda, banjaran gunung & lurah gunung lipat.

ii) Gelinciran
- rekahan, retakan atau pecahan kerak bumi kesan drp penegangan & himpitan/ mampatan yg tidak seimbang di kedua-dua belah garisan gelinciran.
- jenis2;
   a) gelinciran biasa - cth: Grand Canyon, AS.
   b) gelinciran rabak - cth: Great Glen, Scotland & Gelinciran San Andreas di California, AS.

- kesan mbentuk bmb berikut;
  a) gunung bongkah (hors@horst)
      cth: Gunung Hunsruck, Vosges & Black Forest di Rhine, Eropah.
      cth: Gunung Harz, Eropah

  b) lurah gelinciran (graben)
      cth: Lurah Gelinciran Afrika Timur (Plat Arab & Plat Afrika bergerak menjauhi satu sama lain)
      cth: Lurah Jordan, Lurah Gelinciran Rhina (kelebaran 30-45 km)    
      cth: Tasik Baikal, Rusia
      cth: Laut Merah (tbentuk 20 juta tahun lalu) yg merupakan lurah gelinciran tpanjang di dunia    
             dipercayai melebar 2cm setiap tahun.

  c) cerun curam gelinciran
      cth: Taman Negara Niagara, AS yang menghasilkan Air Terjun Niagara.
      cth: Tebing tinggi pinggir laut Dorset, England.
       

Sunday, 22 July 2012

Batuan dan Kepentingannya




Contoh batuan
BATUAN ATAU GEOLOGI


Definisi

Batuan - pepejal yg terhasil/tbentuk drp paduan pelbagai jenis mineral yg terikat antara satu dengan lain melalui proses pemejalan, pemadatan dan penyimenan serta penjelmaan batuan baru.
- setiap batuan mpyai kuantiti & jenis mineral yg bbeza dan perbezaan ini mpengaruhi sifat warna & ketahanan batuan.



- batuan dpt dikelaskan/ diklasifikasikan melalui;
   i) kdgn bhn mineral,
   ii) proses pbentukannya,
   iii) usia

Pelbagai contoh batuan
- namun, batuan lebih mudah dikenali bdsrkan proses pbentukan/ kejadiannya.






Jenis batuan

- bdsrkan proses kejadian/ pbtukan, batuan dpt dibhgikan kpd 3 jenis/kumpulan yg utama, iaitu;
   i) batuan igneus
   ii) batuan enapan (sedimen)
   iii) batuan metamorfik (jelmaan)


 i) Batuan Igneus
- tbentuk drp proses penyejukan, pemejalan dan pbekuan magma/lava sama ada di dlm/ di luar kerak bumi (permukaan bumi).
Pembentukan batuan igneus
- 2 jenis, iaitu;
   (a) batuan igneus terobosan
        - tbtuk apabila magma yg meletus keluar ke pmb menyejuk & 
          membeku.
        - cth: kumpulan batuan pumis, obsidian & basalt.
   (b) batuan igneus rejahan
        - tbtuk a/bila magma membeku di dlm/ lapisan kerak bumi
        - cth: kumpulan batuan gabro & granit.

    


ii) Batuan Enapan
- batuan yg tbntuk melalui proses pemadatan & penyimanan bhn2 enapan(sedimen) oleh sungai, glasier, angin & ombak.
- bhn2 mendapan (sedimen) ini terdiri drp;
   a) bhn x organik (pecahan drp batuan igneus)
   b) bhn organik (tumbuhan & haiwan yg telah mati).
- bhn2 organik & bukan organik ini dimendapkan oleh sg, glasier, angin & ombak secara bperingkat2. Seterusnya dlm suatu j/masa yg lama, bhn2 mendapan ini seterusnya akan menerima tekanan akibat berat beban mendapan yg semakin bertambah dr sms ke sms. Pd masa ini, bhn2 mendapan tsebut mengalami proses pemadatan & penyimenan utk mbtuk batuan enapan/ sedimen.
- tdpt 3 jenis batuan enapan, iaitu;
   a) enapan kimia - thasil melalui proses enapan bhn2 kimia batuan yg dilarutkan oleh air sms proses
                              luluhawa/ penguraian batuan.
                            - cth; batu garam , gipsum.
   b) enapan klastik - tdr drp bhn2 enapan spt pasir, kelikir & kelodak.
                              - thasil melalui proses pemadatan & penyimenan bhn2 enapan diatas.
                              - cth ; - batu pasir & syal (kelodak & lempung). syal paling byk di muka bumi.
                                        - pemadatan & penyimanan bhn kelikir akan mbentuk batuan 
                                           konglomerat & breksia.
   c) enapan organik -  thasil drp mendapan sisa bhn2 organik/ hidupan spt tumbuhan & hidupan    
                                     laut.
                               - cth; batu kapur thasil akibat mendapan hidupan bercangkerang (kerang-
                                          kerangan, siput).
                                        - hablur kalsit dlm kulit cangkerang hidupan tersebut mbtuk batu kapur.
                                - cth; batu arang - drp tumbuhan bbatang keras yg tertimbus sms 
                                          gelinciran/pelipatan kerak bumi yg kemudiannya terdedah kpd haba yg 
                                           tinggi di dlm bumi.


iii) Batuan Metamorfik

- juga dikenali sbg batuan jelmaan.
- thasil drp proses jelmaan/metamorfosisme batuan igneus ataupun batuan enapan.
- batuan igneus/ enapan akan mengalami tekanan & haba yg tinggi dlm kerak bumi yg akan menyebabkan batuan tersebut mengalami perubahan tekstur & komposisi kimia sebelum mbtuk batuan baru.
- cth ; batu pasir kpd kuarzit/kuartza, batu kapur kpd marmar, grafit kpd berlian, batu arang kpd grafit, dsb.
- proses metamorfosisme ini blaku jauh di bawah pmb, khususnya di bawah zon luluhawa(30 meter ke dlm bumi).
- haba yg panas & tekanan dlm zon ini tidak akan meleburkan batuan, tetapi berupaya mengubah tekstur dan komposisi/ kandungan mineral batuan.
- terdapat 2 cara pbentukan batuan metamorfosis ini, iaitu;

a) metamorfosis serantau,
- metamorfosis serantau berlaku akibat pemampatan & penimbunan beban di atasnya lalu menyebabkan perubahan tekstur & kdgan mineral batuan tersebut. 
   -cth; kuarza, marmar, gneis

b) metamorfosis sentuhan.
- metamorfosis sentuhan pula berlaku a/bila batuan di kws sekitar aliran magma tkena (bsentuhan) haba panas magma (300-800 darjah selsius) tsebut lalu mengubah bentuk & kdgan kimia (mineral) batuan tsebut utk mjadi batuan baru.


Perkaitan antara batuan dengan konfigurasi muka bumi.

- konfigurasi- kepelbagaian bmb.
- batuan mpyi kaitan yg rapat dgn pbtukan pelbagai landskap pmb.
- misalnya - pdg darat kars (kws batu kapur)
               - bukit
               - gunung
               - banjaran
               - lurah
               - cerun
               - lembah
               - tanah pamah

- kepelbagaian (konfurasi) bmb di atas dibentuk melalui proses geomorfologi (luluhawa, hakisan, pemendapan, gerakan jisim) yg dipengaruhi juga oleh unsur2 cuaca & iklim, tumbuhan s/jadi & kesan aktiviti manusia.
- keberkesanan semua proses geomorfologi di atas adalah bergantung kpd sifat/ciri2 batuan spt ketahanan & kekerasan batuan, ketelapan & keliangan batuan, & kdgan kimia yg akan menerima tindak balas unsur cuaca & iklim, hidupan melalui proses luluhawa, hakisan & gerakan jisim.

Kepentingan Batuan
- penting sbg sumber alam s/jadi yg berguna & sgt penting dlm pelbagai aktiviti kehidupan manusia.
- antaranya;

i) Aktiviti Pertanian - batuan igneus jenis basalt yg thasil drp magma g/berapi mjadi tanih yg subur (terluluhawa) yg sesuai utk penanaman pelbagai hasil tanaman, khususnya penanaman padi sawah.
           - cth: di lereng2 g/berapi di Pulau Jawa (Indonesia) & Mindanao (Filipina) - 
                    penanaman padi sawah giat dijalankan kerana memiliki tanih lava bes yg sgt subur.
           - pembentukan tanih gambut dan laterit oleh proses luluhawa batuan juga sgt sesuai  
                      bg penanaman  kelapa sawit & getah yg turut menyumbang kpd sumber pendapatan  
                      negara, khususnya negara Malaysia.
                    - batuan enapan spt batu kapur turut digunakan utk meneutralkan keasidan tanih 
                      pertanian khususnya sawah bagi mengembalikan tahap kesuburan tanih sebelum 
                      ditanam semula.
            
ii) Aktiviti Pembinaan - batuan enapan spt batu kapur digunakan sbg bahan mentah dlm industri  simen.
                     - pasir juga digunakan secara meluas dlm industri pembinaan bangunan.
                     - batuan igneus rejahan spt batu granit digunakan dlm pembinaan bangunan & j/raya.
                     - batu marmar (metamorfosis) digunakan dgn meluas dlm pbinaan & persiapan bgunan/
                       rumah, iaitu sbg jubin lantai, dinding, meja dan kabinet dapur.

iii) Perlombongan - batuan metamorfosis yg thasil drp metamorfosisme bhn2 mineral batuan igneus 
                                 menghasilkan bijih timah & bijih besi yg bernilai tinggi.

iv) Akt Pembuatan & IKS - batuan enapan spt batu garam digunakan dlm industri pengeringan ikan                                                & pengawetan makanan.
                                  - batu enapan jenis batu pasir yg mengandungi silika digunakan utk mbuat kaca
                                  - batuan enapan yg mbtuk tanah liat (kaolin) 

v) Sektor domestik - batu grafit turut dijadikan mata pensel dan serbuk pencetak kertas.

vi) Aktiviti Pelancongan - pelbagai pandang darat kars di kws gua batu kapur spt stalagmit, stalactit                                             & tiang kalsit mampu menarik kedatangan pelancong/ pengunjung                                                         (dlm/luar) dlm sektor eko-pelancongan.

vii) Aktiviti Penyelidikan & Pembangunan (R&D) - menggalakkan proses pendidikan & R&D bg                                                                                           para pelajar dan pengkaji pencinta alam sekitar.

viii) Kecantikan - batuan metamorfosis spt berlian, emas, batu permata, batu jed & zamrud dijadikan 
                            brg kemas & perhiasan kaum wanita spt rantai, gelang, cincin & subang.
                        - batuan enapan spt batu kapur digunakan oleh wanita dahulu kala utk mencantikkan 
                          diri.

ix) Akt perubatan/kesihatan - batu kapur turut digunakan dlm sektor perubatan utk menguatkan                                                           tulang dan gigi.

x) Akt Sukan & rekreasi - batuan enapan drp bhn organik spt bitumin digunakan utk mbina                                                            trek/balapan.
                                         - batu grafit utk mbuat batang raket bg sukan raket.

xi) Keselamatan & persenjataan - orang dahulu kala menggunakan batuan yg keras & tahan utk 
                                                     dijadikan peralatan seharian, senjata dan pisau utk melapah & 
                                                     memotong daging.