SEUNTAI KATA PEMBUKA BICARA...

Top 50 hình ảnh động chúc mừng năm mới - Happy New Year 2020 | Happy new  year gif, Happy new year images, New year gif

Selamat Datang, Salam Sejahtera, Selamat Tahun Baru 2018!!! Anda sangat dialu-alukan dalam blog ini. Semoga segala informasi yang dipaparkan dapat membantu kalian.

Saya percaya masih ada yang empunya rencana dan cita-cita yang masih belum terlaksana di tahun yang lalu dan meletakkan visi baru di Tahun Baru ini dengan tekad dan azam yang lebih baik. Kita semua pastinya rasa sangat bersyukur kerana masih diberi kesempatan dan nafas baru di tahun baru ini terus memperbaiki diri meniti puncak kejayaan yang diidamkan sesuai dengan rencana-Nya.

Menyedari akan hakikat itu, teruskan usaha murni kita masing-masing untuk mentransformasikan diri melalui pendidikan kerana hanya melaluinya perubahan dalam segenap aspek akan dicapai!

Ingatlah bahawa KEJAYAAN banyak terletak pada usaha DIRI SENDIRI dan semangat yang tidak pernah mengenal erti putus asa. Pepatah mengatakan di mana ada kemahuan, di situ ada jalan dan kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya kerana yang bulat takkan datang bergolek dan yang pipih takkan datang melayang!

Semoga kita semua beroleh kebahagiaan dan kejayaan yang paling cemerlang sebagaimana yang dihajati dengan izin, bimbingan dan petunjuk daripada TUHAN. Oleh itu, janganlah lupa untuk sentiasa berdoa dan mengucap Syukur ke atas segala yang telah kita nikmati selama ini.

SELAMAT MAJU JAYA & TERUSKAN USAHA YANG DISERTAI DENGAN KESUNGGUHAN TINGGI KE ARAH KECEMERLANGAN DIRI, KELUARGA, BANGSA DAN NEGARA YANG TERCINTA!!!

Monday, 29 June 2015

Penduduk


Bahagian B : Alam Sekitar Manusia
Penduduk Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum
Tema 1: Penduduk

1.1. Konsep Penduduk
- sekumpulan orang/manusia yang tinggal di sesuatu kawasan/ sesebuah negara.
- penduduk merujuk kepada sumber manusia/tenaga kerja yang diukur secara,


a) kuantiti
- bilangan/saiz
- ramai / sedikit (muda, dewasa, tua)
India memiliki bilangan tertinggi di dunia







Perbezaan jumlah penduduk di Asia Tenggara

b) umur & jantina
- 3 kump umur utama (muda, dewasa, tua)


c) kualiti
- taraf pendidikan (rendah, menengah, tinggi)
- kemahiran / skill dimiliki (mahir-profesional, tidak mahir-separuh/tidak profesional)
- kesihatan (sihat / tidak sihat - fizikal, emosi,)
- sikap (sahsiah, keterbukaan)


1.2. Penduduk sebagai agen perubahan
- perlu melihat apa/ bagaimana penduduk membawa/menyebabkan perubahan di sesebuah kawasan atau negara.
- dilihat dalam aspek;
a) perubahan sosioekonomi,
b) perubahan landskap fizikal,
c) perubahan landskap budaya




a) Penduduk Sebagai Agen Perubahan Sosioekonomi

Image result for gambar pekerjaan modern
Tenaga kerja profesional sebagai arkitek/jurutera
- Sebagai agen perubahan ekonomi, penduduk di sesebuah negara menjadi/ dianggap sebagai sumber tenaga (kerja) yang terpenting menukarkan sektor ekonomi tradisional (pertanian) kepada sektor ekonomi moden (perindustrian dan perkhidmatan).        

- dari segi sosial, penduduk yang berkualiti tinggi membantu meningkatkan/memajukan/mengembangkan sistem/ bidang pendidikan, kesihatan dan telekomunikasi di sesebuah negara.




Pesawah menuai padi
Image result for gambar pesawah
Penggunaan kerbau untuk membajak sawah
Seorang nelayan sedang menangkap ikan di tengah kolam yang tenang ...
Nelayan tradisional

b) Penduduk Sebagai Agen Perubahan Landskap Fizikal
- Dalam hal ini, penduduk berperanan mengubah landskap fizikal dengan bertindak ke atas elemen-elemen alam sekitar spt tanah dengan melakukan penarahan, pengoondolan dan peneresan bukit utk membina petempatan, rangkaian jalan raya dan lebuh raya, membina hotel atau chalet di kawasan pinggir pantai.
- Penduduk juga berupaya menukarkan landskap hutan semulajadi kepada landskap tasik buatan manusia yang akan meninggalkan kesan/impak yang lebih banyak mendatangkan keburukan spt tanah runtuh, hakisan, banjir lumpur dan sebagainya.

c) Penduduk Sebagai Agen Perubahan Landskap Budaya
- hal ini sejajar dengan tuntutan untuk memajukan ekonomi. Maka, atas sebab ini banyak landskap budaya diwujudkan sebagai menggantikan landskap fizikal yang ada.
- cthnya: di kawasan sawah padi telah dibina sistem perparitan dan taliair untuk membekalkan sumber bekalan air yg mencukupi.
- Pembandaran pesat membawa kepada pembinaan struktur bangunan-bangunan konkrit yang serba moden. cth: pembinaan bangunan2 gedung pasaraya mewah, hotel2 mewah dsb.
- rangkaian jalan2 raya, lebuh raya, lapangan2 terbang, dsb turut dibina dengan tujuan meningkatkan taraf hidup penduduk.

Jasa Desain Perumahan Bagus dan Menarik type 88 luas tanah 154
Perumahan moden

... lada untuk take over Hotel Hilton ni tapi tauke dia cakap tak cukup
Hotel bertaraf lima bintang
 
Thread: Gambar-Gambar lama pemandangan Kuala Lumpur
Struktur bangunan lama KL suatu ketika dahulu
Gambar) Kuala Lumpur Lama-Menyingkap Nostalgia
Kuala Lumpur suatu ketika dahulu
 




Kuala Lumpur, Malaysia – Travel Guide
Kuala Lumpur pada masa kini

Kesimpulannya, penduduk yang menjadi sumber manusia berperanan sebagai agen perubahan dengan melakukan atau menjalankan pelbaagi aktiviti pembangunan sosioekonominya seiring dengan perubahan masa dan arus pembangunan dan pemodenan yang pastinya semakin rancak atau pesat pada era ICT dan globalisasi.