A. TABURAN SUHU SECARA MENEGAK
Maksud/Konsep:
- ialah perubahan suhu akibat pertambahan ketinggian sesuatu kawasan ( tanah tinggi ) di permukaan bumi.
Penerangan Konsep:
- Taburan suhu secara menegak ini ditentukan oleh proses pemindahan haba oleh
pergerakan udara secara menegak.
- Perubahan suhu menegak berlaku melalui pengeluaran haba pendam akibat proses pemeluwapan.
- Sptmana yg kita tahu, semakin tinggi sesuatu kawasan, suhunya akan semakin rendah/menurun/menjadi semakin sejuk. Namun, kejatuhan suhu ini adalah berbeza-beza antara satu tempat dengan tempat yang lain
dan antara musim.
- Kadar purata pengurangan suhu ialah setiap kenaikan 100 meter suhu jatuh sebanyak 0.65 darjah C ( Kadar tukaran suhu ini dikenali sebagai kadar tukaran normal).
- Prinsip 10:1K dan 5:1K,
i) akan berlaku penurunan suhu sebanyak 10 darjah C untuk setiap kenaikan 1000 meter (KATAK).
ii) akan berlaku penurunan suhu sebanyak 5 darjah C untuk setiap kenaikan 1000 meter (KATAB).
Taburan suhu secara menegak (berdasarkan aras ketinggian) |
Faktor yang mempengaruhi taburan suhu secara menegak
- Lapisan udara yang berhampiran permukaan bumi lebih tumpat dan mempuyai banyak
bahan-bahan yang menyerap bahangan. Bahangan diserap oleh bahan-bahan seperti
wap-wap air, habuk. debu, gas-gas dan pertikel-partikel terampai yang terdapat
dengan banyaknya berhampiran permukaan bumi dan kemudiannya membebaskan
bahangan tersebut secara beransur-ansur lalu memanaskan atmosfera berhampiran
permukaan bumi.
- Manakala lapisan atas atmosfera udaranya lebih nipis, kering dan bersih. Oleh
penyerapan dan pembebasan bahangan kurang berlaku. Kesannya lapisan atmosfera
bahagian atas menjadi lebih sejuk.
Fenomena olak suhu
Konsep/Maksud Olak Suhu:
- ialah keadaan suhu sesuatu kawasan yang lebih rendah berhampiran permukaan bumi berbanding bahagian atasnya yg lebih panas.
Penerangan konsep
- Olak suhu merujuk kepada lapisan udara di peringkat bawah adalah lebih sejuk
daripada lapisan atasnya (lebih panas).
- Olak suhu biasanya berlaku pada waktu malam kerana pada masa itulah pengeluaran bahangan
bumi pesat dan hal ini menyebabkan permukaan bumi menjadi lebih sejuk daripada
bahagian atasnya.
- Udara berhampiran permukaan bumi menyentuh permukaan bumi yang sejuk lalu
menyebabkan udara tersebut turut menjadi sejuk.
- Kesannya udara berhampiran permukaan bumi tersebut lebih sejuk daripada udara
di bahagian atasnya.
- Di kawasan yang berbukit bukau , udara sejuk yang berat ini akan mengalir ke dasar lurah-lurah.
Faktor-Faktor Yang Menggalakkan Pembentukan Kejadian Olak Suhu:
1. Tempoh wktu malam yang panjang, contohnya pada musim sejuk di kawasan sederhana dunia.
2. Langit yang cerah tanpa awan untuk membolehkan bahangan cepat hilang ke angkasa lepas.
3. Malam yang tenang tanpa pergerakan angin yang kencang supaya tidak terdapat
percampuran antara udara panas dengan udara sejuk.
4. Udara yang kering ( kurang wap-wap air ) dapat mengurangkan bahangan bumi diserap
wap-wap air di udara.
5. Sifat permukaan bumi. Keadaan permukaan yang bersalji dapat membalikkan sinaran matahari pada
waktu siang, jadi kadar serapan haba oleh permukaan bumi adalah rendah (suhu sejuk).
B. TABURAN SUHU SECARA MENDATAR.
Konsep/maksud :
- merujuk kepada perubahan suhu antara satu tempat dengan satu tempat yang lain mengikut kedudukan garis lintang ( latitud ). Secara asasnya, G. Khatulistiwa lebih panas, G. Sartan dan G. Jadi suhunya sederhana dan Hemisfera Utara dan H. Selatan bersuhu sejuk.
Kata kunci
- perubahan suhu
- antara satu tempat dengan tempat yang lain
- mengikut garis lintang ( latitud ) - GK(panas), GS & GJ(sederhana), HU&HS (sejuk).
Penerangan konsep
- di kawasan latitud/ GL Khatulistiwa ( 0 darjah ), beza antara suhu tahunannya adalah kecil sepanjang tahun ( iaitu antara 1- 2 darjah celcius shj).
- Beza antara suhu tahunan semakin besar bermula dari Khatulistiwa ke arah kawasan
berlatitud tinggi ( kedua-dua kutub ).
- Beza antara suhu tahunan besar di kawasan Artik dan Antartika.
Taburan suhu mendatar (berdasarkan Garis Lintang) |
Faktor –Faktor Yang Mempengaruhi Taburan Suhu Secara Mendatar :
1. Kedudukan Garis Lintang / Latitud
- Suhu semakin berkurangan bermula dari latitud Khatulistiwa ( 0 darjah ) ke arah kedua-dua kutub.
- Sebab-sebab perbezaan suhu antara latitud disebabkan oleh:-
i. Bahangan matahari lebih tertumpu ke kawasan khatulistiwa kerana kawasan
khatulistiwa lebih dekat dengan matahari. Permukaan bumi kawasan khatulistiwa
terdedah secara tegak ( 90 darjah ) kepada sinaran matahari. Oleh itu, keamatan
tenaga matahari yang diterima oleh kawasan latitud Khatulistiwa sentiasa tinggi.
Kesannya suhu permukaan kawasan Khatulistiwa tinggi sepanjang tahun.
ii. Kawasan latitud tinggi ( kedua-dua kutub Utara dan Selatan), sudut pancaran (zenith) matahari lebih jauh dan condong. Kesannya keamatan tenaga matahari yang diterima rendah. Oleh itu, suhu permukaan di kedua-dua kutub sentiasa rendah (sejuk).
2. Pengaruh kebenuan dan lautan
- Daratan lebih cepat menjadi panas berbanding lautan pada waktu siang.
Oleh itu, kawasan tengah benua ( daratan ) lebih panas berbanding dengan kawasan berhampiran dengan laut pada waktu siang.
Oleh itu, kawasan tengah benua ( daratan ) lebih panas berbanding dengan kawasan berhampiran dengan laut pada waktu siang.
- Pada waktu malam air masih lagi membebaskan habanya dan keadaan ini menyebabkan kawasan pinggir laut menjadi lebih panas pada waktu malam berbanding dengan kawasan tengah benua yang lebih cepat menjadi sejuk.
3. Pengaruh badan-badan air yang besar
- Tasik-tasik yang besar dapat mempengaruhi beza antara suhu kawasan yang terletak lebih kurang satu kilometer darinya .
- Badan-badan air seperti tasik dapat mengurangkan suhu sekitarnya pada musim panas dan menambahkan suhu sekitarnya pada musim sejuk.
- Contohnya kawasan Tasik-tasik Besar St. Lawrence di Amerika Utara.
3. Pengaruh arus lautan
- Arus lautan dunia dapat menyederhanakan suhu musim dingin dan musim
panas kawasan-kawasan yang dilaluinya.
- Arus lautan sama ada arus panas atau sejuk dapat memindahkan haba dari
satu tempat ke satu tempat yang lain.
- Pengaliran arus lautan dari kawasan Khatulistiwa ke arah kutub dapat memanaskan
udara di kawasan kutub dan sebaliknya.
- Contoh Hanyutan Atlantik Utara ( arus panas ) yang bergerak dari kawasan latitud
rendah mengalir kearah kutub utara telah meningkatkan suhu kawasan pinggir
pantai Kepulauan British dan Eropah pada musim dingin. Arus Sejuk Labrador
yang mengalir dari Kutub Utara ke Khatulistiwa telah mengurangkan suhu
udara di kawasan Khatulistiwa.
4. Pengaruh angin lazim
- Angin yang bertiup seringkali dapat menyederhanakan suhu kawasan yang dilaluinya.
Contoh Angin Baratan ( angin lazim ) yang panas bertiup kearah pantai barat
Eropah telah meningkatkan suhu kawasan pinggir pantai barat Eropah tersebut.
Manakala pantai timurnya lebih sejuk kerana menerima angin sejuk dari kawasan
pedalaman benua tersebut.
- Angin Cinuk ( angin panas ) yang bertiup daripada lautan Pasifik telah meningkatkan
suhu dan mencairkan salji dan mempercepatkan kedatangan musim bunga di Dataran
tinggi Amerika Syarikat dan Prairie Kanada.
5. Pengaruh banjaran gunung
- Banjaran gunung (aspek ) termasuk arah dan darjah kecerunan amat berkesan
mempengaruhi suhu di kawasan-kawasan di laitud sederhana.
- Di hemisfera utara, cerun yang mengadap ke selatan menerima lebih banyak
bahang matahari berbanding cerun yang mengadap utara. Oleh itu, di hemisfera
utara cerun yang mengadap selatan suhu lebih tinggi berbanding cerun yang mengadap
utara ( kutub utara ).
- Di hemisfera selatan, cerun yang mengadap ke utara menerima lebih banyak bahang
matahari berbanding cerun yang mengadap Selatan. Oleh itu, di hemisfera selatan
cerun yang mengadap utara suhu lebih tinggi berbanding cerun yang mengadap selatan
( Antartika ).
6. Pengaruh / Litupan tumbuhan
- Tumbuh-tumbuhan semulajadi berperanan penting dalam mengurangkan suhu sesuatu
kawasan.
- Kawasan yang mempunyai tumbuhan semulajadi yang banyak suhu persekitarannya
lebih rendah berbanding kawasan lapang.
- Tumbuhan dapat mengurangkan kepekatan gas karbon dioksida diudara sesuatu kawasan
melalui proses fotosentesis- dapat mengatasi masalah kesan rumah hijau.
- Melalui proses perpeluhan, tumbuhan mengeluarkan manik-manik air yang
dapat menyederhanakan suhu persekitaran.
- Tumbuhan juga mempunyai nilai albedo yang tersendiri, contohnya rumput mempunyai
nilai albedo antara 10 -15 %. Kesannya sebahagian bahang matahari dapat dipulangkan
ke ruang angkasa dan sekaligus mengurangkan suhu kawasan tersebut.
7. Faktor warna/kecerahan permukaan bumi (albedo)
- Atmosfera dan permukaan bumi mempunyai nilai albedo yang berbeza-beza.
- Salji membalikkan lebih kurang 80% - 90% bahangan matahari yang diterimanya,
Awan pula dapat membalikkan dan menyerap sebahagian bahangan matahari
yang diterima pada waktu siang.
- Perlindungan awan dan pembalikan bahang matahari oleh permukaan bersalji
akan mengurangkan suhu pada waktu siang.
- Kawasan gurun panas yang tidak berawan menerima banyak sinaran matahari
secara terus menerus pada waktu siang menyebabkan suhu di kawasan tersebut
tinggi pada waktu siang.
thanks for the notes, really useful
ReplyDelete<3
hmm..
ReplyDelete