SEUNTAI KATA PEMBUKA BICARA...

Top 50 hình ảnh động chúc mừng năm mới - Happy New Year 2020 | Happy new  year gif, Happy new year images, New year gif

Selamat Datang, Salam Sejahtera, Selamat Tahun Baru 2018!!! Anda sangat dialu-alukan dalam blog ini. Semoga segala informasi yang dipaparkan dapat membantu kalian.

Saya percaya masih ada yang empunya rencana dan cita-cita yang masih belum terlaksana di tahun yang lalu dan meletakkan visi baru di Tahun Baru ini dengan tekad dan azam yang lebih baik. Kita semua pastinya rasa sangat bersyukur kerana masih diberi kesempatan dan nafas baru di tahun baru ini terus memperbaiki diri meniti puncak kejayaan yang diidamkan sesuai dengan rencana-Nya.

Menyedari akan hakikat itu, teruskan usaha murni kita masing-masing untuk mentransformasikan diri melalui pendidikan kerana hanya melaluinya perubahan dalam segenap aspek akan dicapai!

Ingatlah bahawa KEJAYAAN banyak terletak pada usaha DIRI SENDIRI dan semangat yang tidak pernah mengenal erti putus asa. Pepatah mengatakan di mana ada kemahuan, di situ ada jalan dan kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya kerana yang bulat takkan datang bergolek dan yang pipih takkan datang melayang!

Semoga kita semua beroleh kebahagiaan dan kejayaan yang paling cemerlang sebagaimana yang dihajati dengan izin, bimbingan dan petunjuk daripada TUHAN. Oleh itu, janganlah lupa untuk sentiasa berdoa dan mengucap Syukur ke atas segala yang telah kita nikmati selama ini.

SELAMAT MAJU JAYA & TERUSKAN USAHA YANG DISERTAI DENGAN KESUNGGUHAN TINGGI KE ARAH KECEMERLANGAN DIRI, KELUARGA, BANGSA DAN NEGARA YANG TERCINTA!!!

Wednesday, 14 March 2012

Kitar Hidrologi

Konsep Kitar Hidrologi

Ayoade, J.O. (1988) dalam bukunya yang berjudul "The Hydrology and Water Resources" mengatakan hidrologi adalah satu penelitian saintifik tentang kitaran air. Istilah kitaran digunakan untuk menerangkan pertukaran air yang berterusan dalam pelbagai bentuk seperti wap, cecair dan pepejal yang melibatkan pelbagai ruang sama ada ruang hidrosfera, atmosfera, biosfera mahupun litosfera. Kitar hidrologi (air) ini sebenarnya tidak mempunyai titik permulaan dan penamat yang mutlak. Ianya merujuk kepada sistem edaran air yang melibatkan berbagai storan dan laluan untuk air tersebut berputar dan bertukar bentuknya dari satu tahap ke satu tahap yang lain.

Walaupun kitaran air ini tiada tempat permulaan dan penamat yang nyata, tetapi ianya adalah lebih mudah bermula dari lautan. Air (laut) akan tersejat ke atmosfera (melalui proses sejatan) lalu membentuk wap-wap air yang akan berkumpul dan membentuk awan. Wap-wap air (awan) ini pula seterusnya akan melalui proses alir lintang, di mana ianya akan ditiup oleh angin ke bahagian daratan. Wap-wap air (awan) ini apabila mencapai tahap tepu, iaitu tidak berupaya menampung kehadiran wap-wap air lagi, kerpasan akan turun. Kerpasan ini pula akan berlaku dalam pelbagai bentuk, iaitu sama ada hujan, salji, embun dan sebagainya.

Di bahagian daratan, kerpasan ini akan dialirkan dalam pelbagai cara seperti melalui larian air permukaan atau dialirkan oleh sistem saliran (sungai) ke laut selepas ianya dipintas oleh tumbuhan. Sebahagian daripada kerpasan itu juga akan menyusup masuk ke dalam tanah dan mengalir sebagai air bawah tanah yang juga akan mengalir menuju ke laut. Di laut, proses yang sama akan berulangan yang bermula semula dengan proses sejatan.

Proses-proses Fizikal Dalam Kitar Hidrologi

Amnya, terdapat pelbagai proses fizikal yang terlibat dalam kitar hidrologi. Proses-proses tersebut adalah berbeza mengikut peringkat dan ruang. Proses-proses tersebut terbahagi kepada dua kumpulan, iaitu proses mendatar dan proses menegak.

i) Proses mendatar:
   - Larian air permukaan
   - Aliran air bawah tanah
   - Alir lintang atmosfera

ii) Proses menegak:
   - Sejatan
   - Perpeluhan dan sejatpeluhan
   - Pemeluwapan
   - Kerpasan
   - Pintasan/ cegatan silara
   - Resapan/ susupan

No comments:

Post a Comment