Bahagian B : Alam Sekitar Manusia
Penduduk Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum |
1.1. Konsep Penduduk
- sekumpulan orang/manusia yang tinggal di sesuatu kawasan/ sesebuah negara.
- penduduk merujuk kepada sumber manusia/tenaga kerja yang diukur secara,
a) kuantiti
- bilangan/saiz
- ramai / sedikit (muda, dewasa, tua)
India memiliki bilangan tertinggi di dunia |
Perbezaan jumlah penduduk di Asia Tenggara |
b) umur & jantina
- 3 kump umur utama (muda, dewasa, tua)
c) kualiti
- taraf pendidikan (rendah, menengah, tinggi)
- kemahiran / skill dimiliki (mahir-profesional, tidak mahir-separuh/tidak profesional)
- kesihatan (sihat / tidak sihat - fizikal, emosi,)
- sikap (sahsiah, keterbukaan)
1.2. Penduduk sebagai agen perubahan
- perlu melihat apa/ bagaimana penduduk membawa/menyebabkan perubahan di sesebuah kawasan atau negara.
- dilihat dalam aspek;
a) perubahan sosioekonomi,
b) perubahan landskap fizikal,
c) perubahan landskap budaya
a) Penduduk Sebagai Agen Perubahan Sosioekonomi
Tenaga kerja profesional sebagai arkitek/jurutera |
- dari segi sosial, penduduk yang berkualiti tinggi membantu meningkatkan/memajukan/mengembangkan sistem/ bidang pendidikan, kesihatan dan telekomunikasi di sesebuah negara.
Pesawah menuai padi |
Penggunaan kerbau untuk membajak sawah |
Nelayan tradisional |
b) Penduduk Sebagai Agen Perubahan Landskap Fizikal
- Dalam hal ini, penduduk berperanan mengubah landskap fizikal dengan bertindak ke atas elemen-elemen alam sekitar spt tanah dengan melakukan penarahan, pengoondolan dan peneresan bukit utk membina petempatan, rangkaian jalan raya dan lebuh raya, membina hotel atau chalet di kawasan pinggir pantai.
- Penduduk juga berupaya menukarkan landskap hutan semulajadi kepada landskap tasik buatan manusia yang akan meninggalkan kesan/impak yang lebih banyak mendatangkan keburukan spt tanah runtuh, hakisan, banjir lumpur dan sebagainya.
c) Penduduk Sebagai Agen Perubahan Landskap Budaya
- hal ini sejajar dengan tuntutan untuk memajukan ekonomi. Maka, atas sebab ini banyak landskap budaya diwujudkan sebagai menggantikan landskap fizikal yang ada.
- cthnya: di kawasan sawah padi telah dibina sistem perparitan dan taliair untuk membekalkan sumber bekalan air yg mencukupi.
- Pembandaran pesat membawa kepada pembinaan struktur bangunan-bangunan konkrit yang serba moden. cth: pembinaan bangunan2 gedung pasaraya mewah, hotel2 mewah dsb.
- rangkaian jalan2 raya, lebuh raya, lapangan2 terbang, dsb turut dibina dengan tujuan meningkatkan taraf hidup penduduk.
Perumahan moden |
Hotel bertaraf lima bintang |
Struktur bangunan lama KL suatu ketika dahulu |
Kuala Lumpur suatu ketika dahulu |
Kuala Lumpur pada masa kini |
Kesimpulannya, penduduk yang menjadi sumber manusia berperanan sebagai agen perubahan dengan melakukan atau menjalankan pelbaagi aktiviti pembangunan sosioekonominya seiring dengan perubahan masa dan arus pembangunan dan pemodenan yang pastinya semakin rancak atau pesat pada era ICT dan globalisasi.
No comments:
Post a Comment