SEUNTAI KATA PEMBUKA BICARA...

Top 50 hình ảnh động chúc mừng năm mới - Happy New Year 2020 | Happy new  year gif, Happy new year images, New year gif

Selamat Datang, Salam Sejahtera, Selamat Tahun Baru 2018!!! Anda sangat dialu-alukan dalam blog ini. Semoga segala informasi yang dipaparkan dapat membantu kalian.

Saya percaya masih ada yang empunya rencana dan cita-cita yang masih belum terlaksana di tahun yang lalu dan meletakkan visi baru di Tahun Baru ini dengan tekad dan azam yang lebih baik. Kita semua pastinya rasa sangat bersyukur kerana masih diberi kesempatan dan nafas baru di tahun baru ini terus memperbaiki diri meniti puncak kejayaan yang diidamkan sesuai dengan rencana-Nya.

Menyedari akan hakikat itu, teruskan usaha murni kita masing-masing untuk mentransformasikan diri melalui pendidikan kerana hanya melaluinya perubahan dalam segenap aspek akan dicapai!

Ingatlah bahawa KEJAYAAN banyak terletak pada usaha DIRI SENDIRI dan semangat yang tidak pernah mengenal erti putus asa. Pepatah mengatakan di mana ada kemahuan, di situ ada jalan dan kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya kerana yang bulat takkan datang bergolek dan yang pipih takkan datang melayang!

Semoga kita semua beroleh kebahagiaan dan kejayaan yang paling cemerlang sebagaimana yang dihajati dengan izin, bimbingan dan petunjuk daripada TUHAN. Oleh itu, janganlah lupa untuk sentiasa berdoa dan mengucap Syukur ke atas segala yang telah kita nikmati selama ini.

SELAMAT MAJU JAYA & TERUSKAN USAHA YANG DISERTAI DENGAN KESUNGGUHAN TINGGI KE ARAH KECEMERLANGAN DIRI, KELUARGA, BANGSA DAN NEGARA YANG TERCINTA!!!

Thursday, 28 July 2016

MIGRASI LUARAN (ANTARABANSGA)

Takrif - migrasi/phijrahan/ppindahan penduduk/ migran dari sebuah negara ke sebuah negara yg lain/ benua ke benua yg lain yg melibatkan /melintasi/ melepasi sempadan politik antarabangsa.
Cth: Warga Indonesia (migran) masuk ke negara kita, Malaysia.

Pola Migrasi Antarabangsa:
1) Arah aliran
i) migrasi antara benua - dari benua ke benua. cth: migran dari benua Afrika ke benua Amerika Utara
ii) migrasi antara negara - dari negara ke negara. Cth: migran dari negara Indonesia/ Nepal/ Bangladesh/Vietnam/India ke Malaysia.

2) Isipadu Aliran
- merujuk kepada adakah banyak/ ramai atau sedikit?

3) Komposisi Aliran
- merujuk kepada jantina, umur, taraf pendidikan

Faktor-Faktor Mempengaruhi Migrasi Antarabangsa/ Luaran

- perlu berkisarkan kepada persoalan tentang APA YANG MENARIK & MENOLAK migran untuk datang/bhijrah masuk ke ssbuah ngr tersebut??
- Cthnya: persoalan, kenapa/mengapa warga Bangladesh datang/masuk ke negara kita, Malaysia? Dlm kes ini, faktor menarik adalah lebih diutamakan daripada faktor menolak. Maksudnya, untuk memahami faktor-faktor penyebab kemasukan migran Bangladesh ke Melaysia, para pelajar STPM/Prauniversiti perlu mengemukakan/menghuraikan/menjelaskan faktor-faktor penarik (apa yg menarik mereka masuk), barulah diikuti dengan faktor-faktor penolak (yg menolak migran Bangladesh masuk ke Malaysia).

- Antara faktor-faktornya ialah;

(a) Faktor menarik

i) Terdapat peluang pekerjaan – byk kekosongan tng buruh mahir yg ditinggalkan oleh buruh tmptan.
ii) Pertumbuhan ekonomi yg pesat – pbuatan & pkhidmatan/pertanian/pbinaan.
iii) Kadar upah / gaji tinggi – berbanding ngr asal.
iv) Kadar tukaran m/wang yg tinggi
v) Peluang pelaburan yg byk – mampu mpkbgkan jenis2 pniagaan ttu. Cth: ind. mknan/perladangan
vi) Peluang melanjutkan pelajaran - banyak di IPT/kolej2 swasta
vii) Dasar / polisi kerajaan - galak kemasukan migran dr luar negara - beri taraf penduduk tetap. Cth: Singapura beri trf penduduk tetap kpd migran yg btrf profesional (kembangkan ekonomi).

(b) Faktor menolak

i) Berlaku/terjadi bencana alam di negara asal - gempa bumi/ tsunami/ taufan
ii) Pergolakan politik & perkauman/ rusuhan - peperangan/ rampasan kuasa/ - rasa tidak selamat
iii) Ketiadaan peluang pekerjaan - dihimpit pengangguran & kemiskinan
iv) Keputusan peribadi - bmain di luar negara (Sukan)

Soalan Masteri OMG

1) Jelaskan bagaimana faktor ekonomi mempengaruhi kemasukan warga asing ke negara Malaysia. [6]
2 (a) Mengapakah negara Malaysia menjadi destinasi migran antarabangsa pada masa       kini? [12]
  (b) Nilaikan kesan kemasukan migran antarabangsa terhadap sosioekonomi negara Malaysia.  [13]


No comments:

Post a Comment